Wednesday, December 22, 2010

nasihat

Pengalaman ialah gelaran yang diberikan oleh setiap orang terhadap kesilapan mereka - hassan Al banna

Nasihat Hassan Al Banna

Persahabatan adalah perisai bagi segala bencana dan segala peristiwa yang terjadi setiap zaman

Saturday, November 6, 2010

PAS Tewas di GALAS!

Kemenangan bergaya BN dalam pilihanraya kecil dun GALAS baru-baru ini menyentak seketika kerajaan PAS kelantan. UNdi yang diperolehi oleh calon BN Abdul Aziz sebanyak 5 324 berbanding Dr Zulkefli sebanyak 4 134adalah satu angka yang besar jika dibandingkan dengan keaadaan yang berlaku di negiri kelantan ini.

Usahlah pihak PAS menyalahkan SPR, BN dengan kekalahan tersebut! Cerminlah diri dan muhasabahlah dimana kepincangan yang berlaku dalam jentera kita pada PRK tersebut.

Andainya tidak manipulasi cerita tidak dipanggil tv RTM (mat sabu panggil Rehat tunggu mati kepada RTM)dan TV3 (ramai bloggers panggil TV 3 suku). Dan Andainya Tidak MENIPU tidak dipanggil BN namanya. Secara tiba-tiba calonnya mendapat ijazah dalam "pengajian perniagaan (UUM)" hahahaah

saranan aku:

1. PAS janganlah terikut2 gaya BN dalam meraih undi. Kita semua tahu BN akan ulur duit (AKA RASUAH LA TUH!!!) tapi sebagai gerakkan ISlam janganlah hendaknya PAS terikut-ikut dengan rentak BN tersebut. Kalau nak derma tunggulah lepas pilihanraya. Memang patut sesetengah golongan menerima derma tersebut tapi kalau derma tersebut diniatkan supaya mereka mengundi PAS apakah hukumnya?

2. Masih lagi terdapat beberapa perkara dan isu yang belum lagi diselesaikan di peringkat kawasan tersebut terutamanya mengenai pemilikan tanah, geran tanah dan sebagainya. LAdang rakyat misalnya adalah salah satu usaha murni kerajaan Kelantan tetapi kelemahan dan perlaksaannya perlulah diperbaiki dan semoga dapat menjadi senjata yang ampuh dalam PRU 13 nanti disamping ianya memberi manfaat kepada penduduk kelantan yang memerlukannya.

3. Isu air bersih walaupun tidak dibesar-besarkan semasa PRK kali ini adalah penting untuk diselesaikan supaya ianya dapat menjaga kebajikan rakyat kelantan dan seterusnya dapat menaikkan persepsi yang baik terhadap kerajaan kelantan.

kesimpulanya aku mengesorkan tadbirlah kerajaan kelantan dengan sebaiknya.berilah kebajikan terhadap rakyat selayaknya. InsyaAllah PRU13 nanti PAS akan terus menjadi pilihan rakyat kelantan dan negara MALAYSIA.

Monday, October 4, 2010

ringkasan forum tarbawi, MAsjid Rusila.

Satu point menarik nak kongsi dari ustaz nik zawawi dalam forum tarbawi....



katanya : jangan ingat lepas kita dah kalahkan musuh kita iaitu umno dalam pru-13 kita dah berjaya dan boleh bergembira, kerana bila kita memegang Malaysia, kita akan berhadapan dengan musuh yang lebih besar seperti Amerika dan sekutu-sekutunya... maka persiapkanlah diri kita dengan tarbiyah untuk menghadapi musuh2 kita ini



point dari dato' bentara setia tuan guru haji nik abdul aziz nik mat



ambe meninggalkan pesanan untuk pemuda supaya mengamalkan 3 perkara ini iaitu

1. baca quran setiap hari

2. qiamulaill

3. solat dhuha





point dari ustaz yahya othman, murabbi pas pusat



tarbiyah adalah usaha yang dilakukan oleh murabbi kepada murid-muridnya



pengisian tarbiyah adalah usrah, mukhayyam, qiamulaill, durus khususi



pemuda hendaklah

1. memastikan boleh membaca quran dengan betul dan menjadi imam solat

2. naqib memastikan anak buah solat dengan sempurna dan faham makna bacaan dalam solat, kerana selagi mana rakyat masih tak faham makna bacaan dalam solat, umno akan terus memerintah



pesanan kepada pemuda

1. mesti berilmu

2. mesti mengamalkan ilmu

3. bercakap benar

4. bermaaf-maafan

5. baca quran



jikalau nak masuk syurga , sertailah PAS dan jujur, ikhlas, tidak khianat (amanat terakhir ustaz yahya othman)





point dari ustaz nasharuddin mat isa , timbalan presiden pas



kita hendaklah bangga menjadi orang mukmin yang duduk di dalam pas



pemuda hendaklah memastikan tidak ada satu hari berlalu tanpa membaca Al-Quran!



kunci beramal dengan quran

1) membaca al-quran

2) melihat terjemah al-quran

3) melihat tafsir quran

4) beramal dengan al-Quran

5) istiqamah dengan Al-Quran





Khalid Mesyal (hamas, palestin) kata akan belajar dengan PAS atas penubuhan DHPP , jadi , berbanggalah menjadi ahli PAS!







point dari ustaz nasrudin hasan at-tantawi, ketua pemuda pas pusat



berintima dalam pas ini ada kerana beberapa perkara, antaranya kerana



1. syakhsi (peribadi) : kerana peribadi tokoh2 tertentu

2. gharawi ( kecenderungan) : kerana minat pada kopiah orang2 pas

3. istijali ( kebetulan ) : lahir dalam keluarga pas



tetapi yang perlu ialah kita mestilah intima kerana aqidi (aqidah)





point dari ustaz ahmad yahya, ketua pemuda pas kedah



tarbiyah adalah jantung, dan perlu diletakkan di tempat utama dalam organisasi



rahsia utama bagaimana kedah boleh menang dalam pru12 kerana kita buat post mortem pada 2004 dan mendapati bahawa tarbiyahlah kunci utama untuk menang



soalan untuk semua? apa yang dirasai selepas solat?

jika kata rasa lega kerana telah menunaikan kewajipan, ianya masih tidak mencukupi ....







point dari ustaz zulkifli ismail, ketua dewan ulama pas melaka



pemuda pas hendaklah menguasai



1.fiqh marhali

2. fiqh aulawiyay

3. takzim al waqt (memuliakan waktu)

4. membelakangkan keuntungan peribadi , mazhab dan aliran serta pandangan peribadai untuk memastikan kepentingan jemaah diutamakan



point dari ustazah nuridah salleh, ketua dewan muslimat pas pusat



pemuda hendaklah memastikan isteri-isteri mereka tidak dibiarkan di rumah sahaja, hendaklah memastikan isteri turut serta mengambil bahagian dan memegang jawatan dalam pas





point dari tuan guru dato seri hj hadi, presiden pas



abdullah b mubarak menulis surat kepada fudhail b iyad, meminta supaya meninggalkan tempat beribadatannya dan pergi ke medan jihad



berjihad ialah melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh dan sanggup menghadapi dugaan/cubaan/dugaan





wallahua'lam

(emel dari seorang sahabat)

Monday, September 13, 2010

Daulat Tuanku

ALLAHUAKBAR
ALLAHUAKBAR
ALLAHUAKBAR

Patik meranfak sembah diatas pemashyuran kebawah duli Tuanku sultan Fariz Petra sebagai kebawah duli sultan kelantan yang baru. Baginda sangat terkenal sebagai tengku Mahkota yang sangat dihormati dan dikenali ramai. Bukan kerana konvoinya yang berjela-jela atau bukan kerana kenderaannya yang mewah-mewah atau bukan kerana liputan media tetapi kerana keluhuran budi pekerti baginda dan ketegasan baginda dalam melaksaan hukum-hukum Islam.

Adalah tidak pelik seandainya kita tiba-tiba melihat baginda bersolat jumaat di Masjid-masjid diserata tempat diKelantan tanda dihebohkan dahulu oleh jawatankuasa masjid. Itulah resam baginda yang hampir menyerupai resm khalifah Umar Alkhattab yang turun sendiri melihat apa yang berlaku di negara madinah pada waktu-waktu malam sewaktu khilafah islam. Inilah sultan yang patut dicontohi.

patik mengharapkan semua jajahan takluk Kelantan akan lebih harmoni dan sejahtera sewaktu dibawah pemerintahan sultan kita yang tercinta ini. Patik juga harapkan tiada lagi pengampu-pengampu yang mengadu domba pihak istana dan kerajaan kelantan demi kepentingan politik sempit mereka atau demi memenuhi poket mereka.

aku ni walaupun bukan dilahirkan di kelantan tapi masih consider orang kelantan sebab aku bole cakap kelantan. hahaha sebenarnya aku masih dikira orang kelantan kerana mengikut undang-undang tubuh kerajaan kelantan,anak kepada bapa yang dilahirkan dikelantan adalah consider rakyat kelantan. so tak salah aku ngaku orang kelantan. hahaha.

Tuesday, August 24, 2010

NOTA TAMBAHAN SIRI 8

Pengenalan Am PAS
Dikemaskini terakhir di laman web PAS pada 07 Januari 2007.

PARTI lslam Se-Malaysia atau ringkasnya disebut PAS adalah sebuah parti politik yang diluluskan pendaftarannya pada 31hb. Mei 1955 dengan Registration No. 733 (Penang). Pada awalnya ia didaftarkan atas nama Persatuan lslam Se-Malaya dengan rujukan kelulusan pendaftarannya 34 in R. of. S 26/52.

Tujuan atau matlamat perjuangan PAS ialah memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup lslam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah serta mempertahankan kesucian lslam, juga kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Dengan itu, dasar yang diperjuangkan oleh PAS ialah lslam dengan seruannya ialah Allahu Akbar. Bagi mencapai tujuan atau matlamat perjuangan tersebut, usaha-usaha yang dilakukan oleh PAS termasuklah:

1. Menyeru umat manusia kepada syariat Allah dan sunnah Rasulullah melalui dakwah, sama ada secara lisan, tulisan mahupun amalan.

2. Memperjuangkn lslam sebagai akidah dan syariah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai ke-lslaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan.

3. Memupuk dan memperkuatkan ukhwah lslamiah dan menyuburkan rasa perpaduan di kalangan rakyat bagi memelihara kehidupan politik dan masyarakat yang sihat dan berkebajikan.

4. Mengajak dan menggalakkan badan-badan, pertubuhan-pertubuhan dan orang-orang perseorangan bagi mengenali dan memahami serta memperjuangkan konsep dan pandangan hidup lslam.

5. Menyediakan rencana-rencana dan bertindak bagi memperbaiki susunan serta institusi-institusi masyarakat, bentuk politik, keadilan ekonomi dan negara untuk membela kepentingan umat lslam dan rakyat seluruhnya.

6. Menyertai dan bekerjasama dengan badan-badan, persatuan-persatuan atau pertubuhan-pertubuhan yang tidak berlawanan tujuannya dengan PAS bilamana dan selama ianya mustahak dan sesuai serta tidak bercanggah dengan undang-undang negara.

7. Mempertahankan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara yang tunggal dalam amalannya disamping berusaha mengembangkan bahasa al-Quran.

8. Memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan ajaran lslam.

9. Memperjuangkan hak dan kepentingan umat lslam di negara ini tanpa mengabaikan tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat Malaysia dan tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaum di dalam negara ini.

10. Menyertai dan bekerjasama dengan Bangsa-Bangsa Bersatu serta badan-badan lain yang sah bagi mengekalkan keamanan dan menjamin hak-hak asasi manusia serta menghapuskan segala macam kezaliman, kepalsuan, perhambaan dan penindasan di kalangan umat manusia.

11. Melakukan apa-apa juga usaha dan tindakan dalam batas-batas Perlembagaan dan undang-undang negara bagi mencapai semua tujuan-tujuan PAS ke dalam dan ke luar.
Hukum tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah Kitabullah (al-Quran) dan Sunnah Rasul serta ljmak dan Qias yang terang dan nyata.

Dengan tertakluk kepada hukum tertinggi tersebut, segala gerakan dan pentadbiran PAS adalah dijalankan di bawah perintah dan kekuasaan Muktamar.

Akan tetapi Muktamar itu sendiri tertakluk di bawah syarat-syarat yang terkandung dalam Perlembagaan PAS dan aturan peraturan Muktamar atau Mesyuarat PAS.

Bagi menjamin kekuasaan PAS yang diperuntukkan itu dan badan-badan yang diberikan kepadanya kuasa oleh Muktamar Tahunan dan oleh mana-mana peruntukan dalam Perlembagaan yang tidak terkeluar daripada kehendak-kehendak yang diperuntukkan dalam hukum tertinggi PAS dan tidak berlawanan pula dengan dasar PAS, maka sebuah majlis yang dinamakan Majlis Syura Ulama ditubuhkan.

Majlis Syura Ulama berkuasa menghurai, menjelas dan mentafsir dasar PAS dan mana-mana peruntukan di dalam Perlembagaan PAS yang tidak menimbulkan kesamaran mengenai maksud dan tujuannya serta membuat ketetapan mengenainya, mengeluarkan arahan dan perintah supaya dasar dan ketetapan itu dipatuhi dan dilaksanakan oleh mana-mana pihak atau badan di dalam PAS dan mengawasi serta memelihara supaya dasar dan ketetapan serta kehendak-kehendak dalam Perlembagaan parti dipatuhi dalam kegiatan, gerakan dan pentadbiran PAS serta memelihara, menjaga dan mengawal tatatertib PAS.

Majlis ini juga berkuasa melantik ahli-ahli jawatankuasa tatatertib PAS seperti yang terdapat pada fasal 75 Perlembagaan parti.

Mengenai ahli PAS, hanya terdapat satu jenis sahaja keahlian di dalam PAS, iaitu dinamakan Ahli PAS. Untuk menjadi ahli PAS, seseorang itu mestilah Warganegara Malaysia, beragama lslam, akil baligh menurut hukum syarak, menerima serta taat kepada Perlembagaan PAS dan peraturan, arahan-arahan serta keputusan-keputusan parti dari masa ke semasa.

Seseorang pelajar universiti atau kolej universiti tidak boleh menjadi ahli PAS tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada Naib Canselor universiti berkenaan. Permohonan menjadi ahli PAS hendaklah dibuat melalui Setiausaha Cawangan di mana ia berkehendak masuk menjadi ahli atau jika ada sesuatu sebab yang munasabah, maka permohonan bolehlah dilakukan terus kepada Setiausaha Kawasan ataupun Setiausaha Agung PAS.

Seseorang ahli PAS boleh berhenti atau diberhentikan daripada menjadi ahli apabila memohon atau mengisytiharkan diri keluar daripada PAS, dipecat atau menyertai mana-mana parti politik yang lain.

Semua ahli-ahli PAS hendaklah taat dan patuh kepada hukum-hukum dan ajaran-ajaran lslam yang menjadi dasar PAS, taat dan patuh kepada Perlembagaan parti serta aturan dan peraturannya, taat dan patuh kepada arahan-arahan dan perintah-perintah parti, melaksanakan kewajipan-kewajipan yang ditugaskan oleh parti sedaya upaya yang boleh, menjaga dengan cermat segala rahsia-rahsia parti, mengamal akhlak lslam, mengawal diri supaya tidak melakukan sebarang tindakan yang menyalahi atau merugikan kepentingan parti dan menerima PAS sebagai satu-satunya wadah perjuangan lslam bagi diri di dalam negara ini.

Semua ahli PAS berhak memilih atau dipilih untuk memegang mana-mana jawatan dalam parti dan boleh dicadang untuk mewakili parti, berhak mengundi dan diundi dalam parti mengikut ketentuan-ketentuan yang terdapat di dalam Perlembagaan parti serta aturan dan peraturannya, berhak menghadiri perhimpunan-perhimpunan dan rapat-rapat parti, berhak memberikan pendapat dan pandangan kepada parti serta berhak mendapat apa-apa gelaran yang ditetapkan oleh parti mengikut yang diputuskan oleh Muktamar Tahunan parti apabila dan pada bila-bila masa ada usul yang demikian.

Antara kewajipan-kewajipan ahli kepada parti selain daripada yang disebutkan tadi termasuklah menunaikan yuran dan lain-lain menurut keputusan parti dari masa ke semasa, melaksanakan arahan-arahan dan keputusan-keputusan parti sama ada umum atau khusus, menghadiri mana-mana kursus, tamrin, atau perhimpunan parti sebagaimana yang ditetap dan diarahkan, memperdalamkan ilmu pengetahuan khususnya tentang ajaran dan hukum-hukum lslam, memperkuat kedudukan dan menjaga kehormatan parti sama ada di dalam atau di luar negeri. Pada amnya semua ahli hendaklah melaksanakan kehendak-kehendak Perlembagaan parti.