Wednesday, March 31, 2010

Ciri -ciri wanita solehah



Email : Shah Bundy

Rasulullah bersabda,'Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah'. (Riwayat Muslim).*

Ciri-ciri wanita solehah.

Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita untuk menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima habuan syurga yang penuh keni'matan dari Allah s.w.t. . Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat sahaja, iaitu:

1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami

Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut:

1- Taat kepada Allah dan RasulNya

- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki ajnabi kecuali ada bersamanya mahramnya.
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan takwa
- Berbuat baik kepada dua ibubapa
- Sentiasa bersedekah samada dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki ajnabi
- Bersikap baik terhadap jiran tetangga

2. Taat kepada suami

- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya semasa suami tiada di rumah.
- Tidak cemberut di hadapan suami.
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami.
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya.
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan fizikal dan kecantikannya serta kebersihan rumahtangga.

FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA

Apabila kita melihat bahawa punca rendahnya martabat wanita adalah datangnya dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaiamana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.

Faktor-faktor tersebut ialah:

1- Lupa mengingati Allah

Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan aktiviti luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairan jika ramai wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingati Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: Ertinya: " Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya."

Sabda Rasulullah s.a.w.: Ertinya: "Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang aku sampaikan." (Riwayat Tarmizi)

Mengingati Allah s.w.t. bukan sahaja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu, muzakrah atau sebagainya.

2- Mudah tertipu dengan keindahan dunia

Keindahan dunia dan keseronokkannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan setakat itu sahaja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Bukan sedikit yang sanggup menderhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana keni'matan dunia yang terlalu sedikit.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An'am: Ertinya:" Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir."

ciri-ciri calon suami yang ideal


Email daripada : Shah Bundy


Sering kita mendengar maksud sepotong hadith yang berbunyi,

"Dikahwini wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya,keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka utamakanlah (dalam pemilihanmu itu) wanita yang kuat beragama, nescaya sejahtera hidupmu” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Secara umumnya hadith ini menyenaraikan tentang ciri-ciri wanita yang biasanya menarik perhatian lelaki untuk dijadikan calon isteri. Wanita yang kaya, berharta, berdarjat tinggi dan cantik jelita adalah pakej lengkap yang meruntun hati kaum lelaki untuk menyuntingnya.Namun yang lebih penting hadith di atas menyarankan kepada kaum lelaki agar memilih bakal isteri yang memiliki ciri “kuat penghayatan agamanya”. Ini disebabkan wanita yang melaksanakan segala ajaran agama akan memberikan pengaruh serta kesan yang besar terhadap kebahagiaan hidup berumahtangga.

Bagaimana pula ciri-ciri lelaki yang baik untuk dijadikan suami? Jika hadith di atas memberi panduan kepada kaum lelaki dalam memilih bakal isteri mereka, maka di samping itu Islam juga memberi panduan kepada kaum wanita dalam memilih bakal suami mereka.Hal ini disebabkan aspek memilih jodoh bukanlah perkara yang boleh dipandang mudah. Ia tidak boleh dilakukan dengan terburu-buru atau tanpa penilitian yang mendalam. Ini disebabkan perkahwinan melibatkan soal kehidupan, zuriat, hak, tanggungjawab dan kasih sayang yang bakal kita jalani bersama dengan pasangan.

Lebih-lebih lagi bagi seorang wanita, ia perlu menyelidik terlebih dahulu latar belakang bakal suaminya dari segi akhlak serta penghayatan agamanya.

Ini kerana menurut kajian, kaum wanitalah yang paling teruk menerima kesan buruk apabila suami mengabaikan hak isteri, tidak mempergauli isteri dengan baik, curang, tidak melaksanakan tanggungjawab terhadap keluarga dan sebagainya. Adalah menjadi kewajipan ibu bapa memberikan panduan yang baik bagi anak-anak perempuan mereka mencari bakal suami dari kalangan lelaki yang berakhlak tinggi dan taat pada ajaran agama. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Jika seorang lelaki datang untuk meminang anak perempuan kamu dan kamu redha (berpuas hati) tentang agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia (dengan anak perempuan kamu). Jika hal itu tidak kamu lakukan, akan berlakulah fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar”

Sesungguhnya sifat-sifat inilah (baik akhlak dan agama) yang mesti dijadikan kriteria utama di dalam memilih bakal suami sebelum dilihat atau dipilih pada sudut harta, pangkat dan kedudukan lelaki tersebut. Lelaki yang sederhana kehidupannnya tetapi berakhlak mulia serta taat melaksanakan segala perintah Allah SWT dan rasul-Nya itulah sebenarnya seorang yang kaya, sebaliknya lelaki fasik (ingkar kepada suruhan Allah SWT ) walaupun hidup kaya raya, hakikatnya ia adalah miskin.

Mengapa demikian? Kerana kefasikan hidup akan melesapkan harta kekayaan melalui aktiviti perujudian, minuman keras, berkunjung ke tempat - tempat maksiat, berfoya-foya dan sebagainya. Hak-hak isteri dengan sendirinya hilang dan terabai. Isteri hidup dalam tekanan perasaan kerana tanggungjawab terhadap keluarga dan anak-anak dilupakan. Inilah yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW dalam hadis di atas sebagai “fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar”.

Suami yang hidup dalam kefasikan bermakna mengundang murka Allah SWT. Jika Allah SWT sudah murka, bagaimanakah rahmat dan keberkatan hidup berumahtangga akan dapat dinikmati?

Diriwayatkan dalam sebuah kisah, seorang lelaki datang menemui Hasan bin Ali RA (cucu Rasulullah SAW) untuk meminta nasihat. Katanya, “Anak perempuanku dipinang oleh beberapa orang lelaki. Dengan lelaki yang bagaimanakah yang layak dikahwinkan dengan puteriku?” Hasan menjawab,

“Kahwinkanlah dia dengan lelaki yang bertakwa kepada Allah, kerana jika ia menyukai isterinya ia pasti mengasihinya, tetapi jika ia tidak menyukai isterinya pasti ia tidak akan berlaku zalim terhadapnya (tetap menghormati isterinya)”.

Prof. Dr. Miqdad Yaljan dalam bukunya

Menurut beliau lagi, sekiranya perceraian berlaku, ia akan lebih mendatangkan kemudaratan kepada wanita berbanding lelaki sama ada dari sudut sosial, psikologi dan ekonomi. Tambahan lagi pandangan negatif sesetengah masyarakat kepada wanita bergelar janda menambahkan lagi tekanan perasaan mereka. Malah perasaan malu akibat perceraian lebih dirasai oleh golongan wanita berbanding lelaki.

Rasulullah SAW juga amat benci kepada mana-mana bapa (atau wali)yang mengahwinkan anak perempuan mereka dengan lelaki yang fasik. Baginda mengingatkan dalam sabdanya yang bermaksud:

Lihatlah betapa tegasnya Rasulullah SAW dalam menggesa para ibu bapa agar mengahwinkan anak perempuan mereka dengan lelaki yang beriman dan menjauhi dari mengahwinkannya dengan lelaki yang fasik.

Apakah fitnah atau malapetaka yang lebih besar selain daripadamenikahkan anak-anak yang berjiwa bersih, berperibadi mulia dan taat menjalankan suruhan agama dengan lelaki yang tidak menghiraukan perintah Allah SWT dan bergelumang pula dengan maksiat?

Kita melihat bahawa berapa ramai anak-anak perempuan yang ketika berada di bawah naungan keluarganya tidak pernah melakukan maksiat, tetapi apabila berkahwin dengan lelaki fasik, mereka terus hanyut dalam arus maksiat yang diterajui oleh suami mereka sendiri.

Gadis yang pada mulanya berperibadi mulia, akhirnya terseret jauh oleh kesesatan suaminya. Memakai pakaian yang mendedahkan aurat, meninggalkan solat dan bentuk-bentuk ibadah lainnya. Semua ini jelas merupakan kerugian yang nyata sekali bagi dirinya.

Oleh sebab itu, amat wajarlah Rasulullah SAW menghukum mana-mana bapa atau wali yang mengahwinkan anak perempuan mereka dengan lelaki yang fasik, yang seolah-olah dia memutuskan hubungan silaturrahim dengan anak perempuannya sendiri.

Kesimpulannya, kaum wanita perlu lebih teliti dan berhati-hati dalam soal pemilihan jodoh. Ini kerana perkahwinan bukanlah kontrak perniagaan yang berorientasikan keuntungan semata-mata, tetapi ia merupakan “ikatan sosial” yang merangkumi pelbagai aspek kemanusiaan seperti pertalian jiwa, kasih sayang, ketenangan hati, tuntutan biologi, nasab keturunan, hak, tanggungjawab, toleransi dan sebagainya.

Hayatilah firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan kahwinkanlah orang orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki mahupun perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dengan limpah kurniaan-Nya,kerana Allah Maha Luas rahmat-Nya lagi Maha Mengetahui(an-Nur: 32).

“al-Bayt al-Islami Kama Yanbaghi An Yakun” menulis: Soal perkahwinan adalah persoalan hidup keseluruhannya. Lebih-lebih lagi kaum wanita dalam membuat penelitian terhadap bakal suami. Ini kerana kuasa talak terletak di tangan suami mereka.

“Sesiapa yang menikahkan anak perempuannya dengan lelaki fasiq bererti ia telah memutuskan hubungan silaturrahim dengan anaknya sendiri”.

Saturday, March 27, 2010

PRK Hulu Selangor

PRK hulu selangor P94 akan diadakan pada masa terdekat ini. soalanya parti manakah yang akan bertarung bagi mewakili PR dan BN dan mungkin ada parti anak-anak air.

untuk BN aku x kesahlah. diorang tahu macam mana nak pilih dan aku pun x anak komen.

bagi PR pun aku tahu ada cara-cara nak pilih, dan 95% aku komfiden PKR akan terpilih berdasarkan kenyataan-kenyataan awal beberapa pemimpin mereka kebelakangan ini.

Secara peribadi kau sangat tidak bersetuju andainya PKR dipilih. mari kita lihat beberapa factor yang boleh menurunkan undi rakyat terhadap PR andainya PKR dipilih.

1. Masalah dalaman PKR, Kalut ribut dengan masalah itu dan inibermulalah daripada akar umbi hingga pucuk pokok pimpinan. Kekalutan ini akan dimainkan dan diperdagangkan oleh BN dengan kuasa medianya yang ada. kemelut kejatuhan kerajaan PR Perak adalah berpunca daripda pembelot daripada PKR, Hal ini tidak sukar untuk difahami kerana mereka ini sebahagian besarnya dulu adalah berakalkan UMNO dan kebanyakannya berhijrah atas dasar tidak puas hati atau simpati sahaja. Hijrah mereka bukan kerana dasar dan perjuangan, jadi senanglah mereka untuk diumpan dengan wang dan wanita.

2. Pembunuhan pimpinan dewan penyokong PAS di perak baru-baru ini. jika kita lihat dari satu sudut ia akan memberikan sedikit undi simpati kepada PAS daripada masyarakat india yang mempuyai 19% komposisi pengundi.

3. Majoriti pengundi di sana adalah terdiri daripada masyarakat Melayu dan adalah lebih bijak andainya diletakkan calon melayu dan yang mempunyai prinsip perjuangan (bukan yang mencari makan)

4. Andainya calon PKR yang bertanding maka semua katak-katak aakan digerakkan untuk menghentam kerajaan PR dan fitnah-fitnah akan di solek untuk menjadi berita utama oleh mereka.

selain daripada itu factor sodio ekonomi, hubungan keluarga dan kehendak tempatan hendaklah diambil kira. aku x kenal sangat org kat sana. aku pernah pergi pun 2 kali je seumur hidup aku, tu pun 4 tahun lalu dan 10 tahun lalu.

wallah Huaklam.

Pilihanraya iraq

Iyad alawi telah memenagi dengan majoriti 2 kerusi. Party beliau terlah mendapat 91 kerusi berbading pencabarnya yang juga perdana menteri iraq Nouri almaliki.

kalau di negara kita KOMPEM dah depa ni lompat-lompat. Mari kita lihat same x perangai depa ni dengan katak di tempat kita. Atau mereka ni lebih bermaruah!

Nasihat saidina Umar

nasihat saidima umar al khattab RA terhadap sahabat-sahabatnya sebelum pergi berperang

1. banyakkanlah istigfar kepada Allah

semoga kita dapat ikuti nasihat orang yang ditakuti oleh syaitan laknatullah tersebut.

kenape? same2 pk

1. kenapakah kita sering kali melakukan dosa dan maksiat?
2. kenapa sering sahaja mensia-siakan organ deria yang Allah kurnia pd kita?
3. Allah bagi mata dan nikmat penglihatan tapi malangnya RAMAI antara kita lihat perkara-perkara yang HARAM kita lihat!
4. Allah bagi telinga dan nikmat pendengaran tapi kita guna untuk dengar maksiat-maksiat dan yang melalikan!
5. Allah bagi kita Akal untuk berfikir sebagai khalifah, macam mana nk memajukan dunia dan mendekatkan diri kepadfa Allah dan gunakan untuk membezakan antara yang hak dan batil tapi kita ABUSE akal kita! kita gunakan di tempat yang tak sepatutnya

sedangkan kita semua tahu bahawa cctv Allah sentiasa ada di kanan dan kiri kita untuk mencatat setiap kerja amal kita dan akan dibaca semua skali di hadapan khalayak di masyar nanti!

sedangkan kita semua ingin masuk syurga Allah dan tak mahu kenerakaNya. tapi kita still buat perkara2 durjana tersebut.

Adakah kita mahu tergolong dalam golongan yang telah diumpamakan oleh Allah dalam Al quran sebagai lebih rendah dari binatang ternak.

sama-sama kita pk dan terus pk,

Beramal kerana Allah, pemuda melangkah gagah!
Dari Hal Pistol. Boleh Buat Sendiri?

Posted by Ibnu Hasyim at 4:52 PM

JOM KREATIF
BUKAN nak ajar jadi pengganas, tidak. Tetapi Islam mengajarkan umatnya mesti kuat. Kuat fizikal dan spiritual. Kuat termasuk memiliki senjata tercanggih dan bijak menggunanya. Ramai orang Islam di negara ini, yang hanya pandai menonton filem bertarung, filem kung fu, perang dan macam-macam, tetapi tidak pernah belajar ilmu pertahan diri.

Jauh lagi hendak tahu mengenai senjata-senjata moden. Ada yang tak pernah pegang pistol pun, kecuali lihat gambar sahaja. Mari kita ambil tahu sikit carakerja pistol, dari jenis senjata api ringan. Ambil tahu, bukan simpan, memiliki. Berkreatif sikit dalam bermasyarakat atau berjamaah.

Senjata Api ringan, dalam hal ini revolver merupakan alat bantu mekanik yang berfungsi menembak satu atau sejumlah projektil menuju target yang diinginkan, bekerja berdasarkan prinsip fizikal dengan mengaplikasikan teori mekanikal pegas.

Komponen utama dari senjata api terdiri atas:
i..Hammer atau striker. Berfungsi sebagai pemukul.
ii..Laras (barrel). Berfungsi sebagai pemandu peluru agar melesat lurus semasa menembak.
iii..Pelatuk. Sebagai pengawal masa menembak.

Semua komponen tadi pada dasarnya merupakan suatu rangkaian mekanisme yang berfungsi untuk menyokong mekanisme tembakan projektil. Sedangkan projektil adalah sebahagian dari suatu sistem yang disebut cartridge, beroperasi dengan bantuan senjata api berdasarkan asas teori Kinematika dan Hidrodinamika gas.

Konstruksi cartridge terdiri atas rangkaian:

Satu: Peluru atau bullet. Dibuat dari logam solid (biasanya timah) yang berfungsi sebagai projektil penghantam target.

Kedua: Kelongsong , case atau shell. Berfungsi sebagai induk dari keseluruhan sistem cartridge.

Ketiga: Propelant. Sebagai sumber bahan bakar gas pendorong atau pendesak. Teknologi awal yang diterapkan pada senjata api, umumnya memakai serbuk hitam (black powder) yang menghasilkan sisa pembakaran 55% gas dan 45% asap.
Namun semenjak ditemui komposisi serbuk hitam yang hampir keseluruhannya adalah 'smokeless powder' (gas minus asap) oleh Paul Vieille pada tahun 1884, serbuk hitam sudah tidak digunakan lagi.

Kandungan senyawa dalam propelant yang dikenal dengan sebutan Primex ini adalah :
0-40% nitroglycerin,
0-10% dibutyl phthalate,
0-10% polyester adipate,
0-5% rosin,
0-5% ethyl acetate,
0.3-1.5% diphenylamine,
0-1.5% N-nitrosodiphenylamine,
0-1.5% 2-nitrodiphenylamine,
0-1.5% potassium nitrate,
0-1.5% potassium sulfate,
0-1.5% tin dioxide,
0.02-1% graphite,
0-1% calcium carbonate,
dan sisanya adalah nitrocellulose

Keempat: Percussion cap atau umum disebut Primer. Senyawa logam yang sangat sensitif memantikkan api bila terkena hentakan. Komposisinya adalah Timah azide dan Potasium klorat yang ditanam dalam perunggu.

Semasa pelatuk ditekan, hammer akan terangkat ke belakang. Pegas yang ditanam pada gagang pistol, kemudian menolak hammer ke depan dan menghentam primer.


Hentaman dari hammer tadi memantikkan api pada primer, hingga memancing ledakan gas yang mampat akibat terbakarnya mesiu di dalam cartridge. Gas bertekanan tinggi inilah yang kemudian mendesak peluru terlepas dari kelongsong dan melesat melalui laras senjata.


Walaupun nampak sederhana, tetapi memerlukan komitmen yang tinggi dalam melihat carakerja senjata ini. Kesalahan kecil saja dapat mengakibatkan kemalangan besar. Boleh buat sendiri ke? Terletak kepada kemampuan anda.

(Sumber : www.kaskus.us / 2MA)

Tuesday, March 16, 2010

cahaya


setiap orang meninginkan cahaya kehidupan yang terang dan diberkahi. Tahukah kita bahawa kita tidak sama sekali boleh mengharapkan cahaya tersebut datang bergolek atau ada seseorang yang datang memberikan cahaya tersebut kepada kita tau kita mengharapkan seseorang tersebut merubah diri kita kearah kebaikan?

ketahuilah kita adalah penentu kepadfa diri kita, berusahalah untuk merubah diri kita kearah kebaikan dan berdoalah kepada Allah

Ya Allah tunjukkanlah aku jalan keimanan, jalan cahaya dan keluarkanlah dari dari kegelapan...

Sunday, March 14, 2010

Peringatan hari ini

" Wahai orang-orang yang beriman! janganlah harta benda dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Maka barangsiapa yang berbuat demikian, mereka itulah orang-orang yang rugi" surah Al Munafiqun 63:9)

sementara dari surah at-Taghabun 64:11, Allah SWT berfirman maksudnya :

"Tidak ada sesuatu musibah yang menimpa seseorang, kecuali dengan izin Allah, Dan barangsiapa yang beriman kepada ALlah nescaya Allah kan memberi petunjuk kepada hatinya. dan Allah Maha Mengentahui segala sesuatu.

wallah huaklam.

Friday, March 12, 2010

Peringatan untuk aku hari ini.



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

"Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu jadikan orang-orang yang dimurkai Allah sebagai penolong mu, sesungguhnya mereka telah berputus asa terhadap akhirat sebagaimana orang-orang kafir yang telah berada didalam kubur juga berputus asa." (surah al Mumtahana 60:13)

solat Istiqa


Solat istiqa atau solat meminta hujan telah dilaksanakan oleh pimpinan kerajaan negeri Kelantan bermula jam 830 am tadi. Alhamdulillah berkat doa dan ibadat akhirnya, jiran kelantan iaitu Pahang juga mengalami hujan pada pagi petang tadi sesudah hampir 1 bulan hujan tidak membasahi bumi pahang darul balak ini. Alhamdulillah.

kredit untuk pimpinan kerajaan Kelantan dan PAS Kelantan.

Wednesday, March 10, 2010

Santai

Selamat berjuang

Kepada sahabat sahabiah yang akan menduduki final pro exam yang berbaki 12 hari lagi, Semoga kalian dipermudahkan urusan oleh Allah swt. InsyaAllah bulan 6 nanti kalian akan menjadi doctor.

Khas buat Ahmad Hadyan, Husni, Rafi, Nik, Mahzan, Usop etc

Shahirah, Aishah, Raihan, Syida (tiada dlm gambar) etc.

man jadda wajada.




Al quran

Peringatan ringkas kepada diriku dan sesiapa yang ingin mengambil peringatan!!!

" Wanita-wanita yang keji untuk lelaki yang keji dan lelaki yang keji untuk wanita-wanita yang keji (pula) dan wanita-wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi wanita yang baik (pula)"

- surah an-Nur:26 -

Monday, March 8, 2010

Muqodimah. Sejarah PAS siri 1



(Kartun dari akhbar 'Majlis' 5 Jan 1948, menunjukkan bahtera U.M.N.O. memintas sampan² P.K.M.M, C.J.A, PUTERA dan M.D.U. menuju ke pelabuhan Federation of Malaya.)

IBNU HASYIM: Fokus Sejarah PAS Siri 1


PAS adalah singkatan dari Parti Islam Se Malaysia. Perjuangan PAS adalah kesinambungan dari perjuangan para Rasul dan Nabi-nabi. Bermula dari Adam AS (Alaihi Wassallam) hingga ke Nabi terakhir Muhammad SAW (Sallallahu Alaihi Wasallam). Disambung oleh khalifah-khalifah Ar-Rasyidin Abu Bakar RA (Radiyallahu An), Umar RA, Uthman RA, Ali RA, Khalifah-khalifah Bani Umayah, Bani Abasiah dan yang terakhir sekali kerajaan Uthmaniah di Turki.


Maka ulama-ulama pewaris para Nabi memegang amanah dan meneruskan perjuangan tersebut. Perjuangan PAS yang bertolak dari kalimat ‘La Ilaha Illallah’ secara seluruhannya berdasarkan kepada Al-Qur’an, As-sunnah dan tokoh-tokoh Khulafa Ar-Rasyidin.


As-syahid Sayyid Qutb, dalam bukunya ‘Mu’allim Fit-thariq’ menyebutkan:


“... Tamaddun insan akan terjadi apabila hakimiah yang tertinggi dalam masyarakat itu diletakkan kepada Allah SWT (Subhanahu Wa Taala) semata-mata, tanpa wujudnya pengabdian atau ketaatan kepada selain daripadaNya.”


Di sinilah titik-titik pertemuan dalam perjuangan antara PAS dengan gerakan-gerakan Islam lain. Sehingga golongan-golongan beraliran seperti ini sering dicop atau dilebelkan ‘fundamentalis’. Contohnya, gerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir, Jamaat Islami di Pakistan, Masyumi di Indonesia dan lain-lain. Begitu juga fahaman Islam melalui gerakan pembaharuan Islam sejagat dengan arus menentang dan membebaskan diri dari penjajahan barat ke atas negara umat Islam.


Antaranya adalah ulama tiga serangkai Syed Jamaliddin Al-Afghani dan muridnya Syeikh Muhammad Abduh, serta Syed Rasyid Ridha di Asia Barat. Gerakan mereka melalui majalah ‘Al-Manar’ diterbitkan di Kaherah yang mengandungi makalah islah dalam bidang agama dan sosial. Begitu juga majalah ‘Al-Urwatul Wuthqa’ diterbitkan di Paris, yang banyak membincangkan isu-isu penjajahan. Gerakan islah mereka juga telah berjaya mendapat tempat di hati pelajar-pelajar Melayu di Timur Tengah, terutamanya dari Universiti Al-Azhar.


Pelajar-pelajar tersebut termasuk dari Indonesia telah menubuhkan persatuan dan menerbitkan akhbar ‘Seruan Al-Azhar’. Pengaruh ulama tiga serangkai tersebut mula merembas masuk ke Tanah Melayu pada awal kurun ke 20 berpusat di Singapura, Melaka dan Pulau Pinang. Angkatan pembaharuan ini telah muncul tahun 1906, dengan menerbitkan majalah ‘Al-Imam’ di Singapura. Tahun 1926 terbit pula majalah ‘Al-Ikhwan’.

Tahun 1925 akhbar ‘Edaran Zaman’ dan ‘Saudara’ pada tahun 1928. Semuanya terbit di Pulau Pinang. Angkatan tersebut dipimpin oleh Syeikh Mohd Tahir Jalaluddin, Syed Syeikh Al-Hadi dan Haji Abbas Taha.


Mereka berpendapat antaranya:


“Kelemahan umat Islam itu adalah disebabkan oleh penganut-penganutnya tidak mengikuti ajaran-ajaran Islam yang betul, sebagaimana terkandung di dalam Al-Qur’an dan Al-Hadith.”


Bukan itu sahaja, golongan reformasi ini telah berjaya menyedarkan masyarakat Melayu tentang betapa pentingnya menghapuskan penjajah barat bagi mewujudkan sebuah negara Islam yang merdeka. Mereka juga dikatakan berjaya mencetuskan revolusi intelektual di kalangan masyarakat Melayu yang akhirnya menubuhkan beberapa kesatuan bagi memajukan bangsa Melayu dan umat Islam pada tahun-tahun berikutnya.


Persatuan Melayu pertama bercorak politik secara nyata ditubuhkan di negara ini ialah Kesatuan Melayu Muda (KMM) pimpinan lbrahim Haji Yaakob. la ditubuhkan pada Mei 1937. Kesatuan ini ditubuhkan atas kesedaran mahu memperjuangkan kemerdekaan negara serta membebaskan Tanah Melayu daripada terus ditindas dan dijajah oleh penjajah British. Malangnya, kesatuan ini tidak dapat bertahan lama kerana ia telah diharamkan oleh Jepun, semasa Jepun menguasai Tanah Melayu pada tahun 1941-1945.


Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, sebuah parti politik baru Melayu dibentuk, iaitu Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) atau disebut juga Malay Nationalist Party (MNF). la ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di Ipoh, Perak. Pemimpin awalnya ialah Mokhtaruddin Lasso, yang kemudiannya berpindah tangan kepada Dr Burhanuddin Al-Helmi dan Ishak Haji Muhammad. Dr Burhanuddin Al-Helmi adalah seorang tokoh agama yang mampu menguasai bahasa Arab dan lnggeris disamping bahasa Melayu.


PKMM telah mengisytiharkan matlamatnya untuk mencapai kemerdekaan negara secara penuh. Dr. Burhanuddin banyak berkorban untuk PKMM dan beliau mendapat kepercayaan golongan agama untuk menyertai gerakan politik bagi menentang penjajah. PKMM telah berjaya perluaskan pengaruhnya dalam masyarakat Melayu sehingga ia berjaya menubuhkan pula beberapa sayap atau bahagian dalam struktur organisasinya. Selain Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Barisan Tani Se Malaya (BATAS), Majlis Agama Tertinggi Se Malaya (MATA) juga merupakan antara sayap atau bahagian dalam struktur organisasi PKMM. MATA merupakan bahagian agama parti berkenaan.


N.J.Funston menyebutkan, tujuan utama penubuhan MATA adalah untuk mengekalkan pengawalan hal ehwal Islam oleh mana-mana pihak. Di dalam persidangannya, telah diisytiharkan tentang pemisahan hal-hal agama dari dikawal oleh mana-mana negeri secara persendirian. Mereka berpendapat, sultan-sultan tidak cekap membuat keputusan dalam hal-hal agama. Kongres telah mendesak supaya kuasa yang berkaitan dengan agama diserahkan kepada MATA . N.J.Funston. -Malay Politics In Malaysia: A Study of UMNO and PAS, Kuala Lumpur.


Melalui MATA dalam satu mesyuarat agung tahunannya telah berjaya melahirkan ‘Hizbul Muslimin’ pada 14 Mac 1948, di Sekolah Agama Al-Ihya As-Syarif, Gunung Semanggul Perak. Tujuan PKMM melahirkan Hizbul Muslimin sebagai sayapnya adalah bagi mengumpulkan tenaga para ulama. Maka lahirlah sebuah parti Islam pertama di negara ini!


Matlamat utama ditubuhkan:


1.Untuk mencapai kemerdekaan.

2.Membina sebuah masyarakat yang berasaskan kepada kefahaman Islam.

3.Untuk mendirikan sebuah negara Islam atau Darul Islam.


Bagi mencapai ketiga-tiga matlamat ini, Hizbul Muslimin telah mengemukakan 7 lagi objektif.


1.Untuk menimbulkan prinsip kesedaran politik di kalangan orang-orang Islam di Malaya.

2.Untuk menyatupadukan umat Islam di bawah satu ideologi.

3.Untuk menyokong kebebasan cetak, bersidang dan bersuara.

4.Untuk menambah jumlah sekolah dan menyediakan jenis pendidikan menurut keinginan masyarakat pada waktu itu.

5.Untuk mempertingkatkan akhlak orang-orang Melayu.

6.Secara amnya, untuk menjaga kebajikan dan kedudukan ekonomi orang-orang Melayu.

7.Tambahan pula ia sedia berkerjasama dengan parti-parti politik dan pergerakan Islam dari luar negeri.


Hizbul Muslimin atau Hamim dipimpin oleh antaranya:


1.Ketua Umum – Ustaz Abu Bakar Al-Baqir.

2.Naibnya - Ir.Haji Ariffin Alias dari Johor Bahru.

3.Setiausaha - Ustaz Uthman Hamzah.

4.Cik Gu Muhammad Daud Jamil dari Kelantan.

5. 4 orang wakil:

a.Ustaz Yahaya bin Abdullah selaku ketua.

b.Ustaz Harun Fahmi Taib.

c.Ustaz Baharudin Latif.

d.Ustaz Uthman Hamzah.


Dalam pendiriannya, Hizbul Muslimin menyokong PKMM tetapi sekeras-kerasnya menolak perjuangan UMNO. Bagaimanapun, riwayat hidup Hizbul Muslimin berakhir pada Ogos 1948 apabila British bertindak mengharamkannya disamping menahan seramai tujuh orang pucuk pimpinannya, termasuklah Ustaz Abu Bakar Al-Baqir sendiri di bawah Undang-undang Darurat atau Emergency Regulations.


Rupanya penyekatan, penekanan dan pengempangan ke atas arus kebangkitan Islam yang tidak dapat dibendung itu, secara tidak langsung membantu dan menambahkan lagi semangat untuk wujudnya parti Islam yang lain. Keghairahan sokongan rakyat khususnya dari alim ulama terhadap perjuangan politiknya amatlah memberangsangkan. Semangat dan sokongan kental inilah yang akhirnya merintis jalan mudah ke arah penubuhan PAS seterusnya.


Ada juga ahli sejarah berpendapat penghargaan dan pengiktirafan perlu dihulurkan kepada Ustaz Abu Bakar Al-Baqir, pemimpin MATA dan seterusnya Hizbul Muslimin, kerana mereka telah menggarap sebahagian besar dari ground work yang melebarkan persekitaran untuk memudahkan penubuhan PAS. Peranan Hizbul Muslimin dalam penubuhan PAS lebih tertonjol lagi apabila sebahagian besar dari bekas pucuk pimpinannya turut menyertai PAS dan memainkan peranan secara aktif.


Mereka antaranya termasuklah Ustaz Othman Hamzah yang pernah memegang beberapa jawatan penting dalam PAS, dan pernah berkhidmat sepenuh masa hingga ke akhir hayat dengan PAS. Begitu juga Ustaz Baharuddin Abd. Latiff, Tuan Haji Khaider Khatib dan Ustaz Yunus Haji Yatimi. Juga dikatakan besar kemungkinan Bahagian Agama UMNO yang dipimpin oleh Ustaz Ahmad Fuad Hassan turut diresapi dengan pengaruh Hizbul Muslimin ini. Tambahan lagi ramai pemimpin agama dalam UMNO ketika itu kecewa dengan pucuk pimpinan mereka yang bercadang untuk menaja perjudian (loteri).


Pegerakan reformasi ini dikatakan amat berpengaruh dalam masyarakat dan boleh menggugat pihak penjajah British pada waktu itu dan masa mendatang. Tuduhan ‘bahaya dari gunung’ atau ‘Red Islamic Party’ oleh Datuk Onn Jaafar tokoh UMNO, parti yang dibenarkan dan dibelai oleh penjajah waktu itu, adalah sebagai buktinya.

Apalagi bila kita melihat kepada kepada ‘janji Allah’ pada firman-firman di bawah ini...


-‘Dan ketahuilah, bahawa sesungguhnya parti Allah itulah yang mencapai kemenangan.’ Surah Al-Mujadalah ayat 22.

-‘Kami menjadikan kamu khalifah di muka bumi.’ Surah Yunus ayat 14.

-‘Kalau kamu menolong (agama) Allah, nescaya Allah akan menolong kamu.’ Surah Muhammad ayat 7.

-‘Mereka mahu memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan) mereka, dan Allah tidak mahu selain menyempurnakan cahayaNya, walaupun orang-orang kafir itu tidak menyukai. Dia yang telah mengutuskan RasulNya (dengan membawa) petunjuk (Al-Qur’an) dan agama yang benar, untuk dimenangkannya atas segala agama, walaupun orang-orang musyrik tidak suka.’ At-taubah ayat 32 & 33.


Maka bertambah lagi semangat ulama-ulama tersebut untuk menubuhkan parti Islam.


Rujukan:


1..N.J.Funston. Malay Politics In Malaysia: A Study of UMNO and PAS, Kuala Lumpur.
2..Sayyid Qutb, ‘Mu’allim Fit-thariq’

3..Hasil dari interbiaw penulis dengan Pegawai-pegawan Pejabat Agung PAS, Ustaz Amaluddin Darus, Ustaz Osman Hamzah, Ustaz Baharuddin Latif, Ustazah Hayati dan lain-lain sekitar tahun-tahun 80an.


Tambahan I


Ustaz Abu Bakar Al-Baqir Ulama Dari Gunung (1907-1974)

By Kayacipta Oktober28, 2008.


NEGERI bumi timah ini sememangnya tidak pernah ketandusan melahirkan ulama-ulama yang berketrampilan. Malahan kewibawaan mereka menjangkau ke seantero Nusantara sekaligus melewati ke seluruh dunia Melayu. Nama-nama mereka begitu harum di langit zaman dan meniti setiap bibir pengikutnya sejak zaman berzaman. Begitu jualah Ustaz Abu Bakar Al-Baqir yang amat sinonim dengan Parti Hizbul Muslimin (Hamim), sebuah parti Islam yang pertama tertubuh di Tanah Melayu.


Menurut Dr. Ishak Haji Mohamad (Pak Sako) dalam Mastika, November 1973, nama Hizbul Muslimin itu telah dipinjam daripada pertubuhan politik di Mesir yang dalam bahasa Inggeris disebut The Muslim Brotherhood. Penubuhan Hamim dirangka oleh Ustaz Abu Bakar Al-Baqir bersama-sama Dr. Burhanuddin Al-Helmi, alim ulama serta cendikiawan Islam di Maahad El Ehya’ Al Shariff (MAEAS), Gunung Semanggol Perak pada 14 Mei 1948 yang telah dihadiri seramai 5,000 orang. (Dr. Burhanuddin sebenarnya pernah berkhidmat di MAEAS mengajar ilmu politik Islam).


Sejarah mencatatkan, Hamim mendapat sambutan hebat daripada golongan kebangsaan berhaluan kiri yang terdiri guru-guru dan pelajar sekolah pondok seluruh tanah air. Namun begitu sejarah Hamim sebenarnya tidak panjang seperti MAEAS. Justeru itu, Ustaz Abu Bakar Baqir bukan sahaja sinonim dengan Hamim tetapi lebih tertonjol bersama kecermerlangan MAEAS. Beliau bersama pemimpin Semanggol, Haji Abdul Rahman Mahmud telah mendirikan MAEAS pada tahun 1934 di atas tanah milik bapanya bagi menggantikan pondok Al Rahmaniah yang telah uzur.


Pondok yang terkenal itu menawarkan lima mata pelajaran penting seperti Ilmu teras (tauhid, tassawuf, fiqh, tafsir, hadis): Ilmu alat (nahu arab, sarf, balaghah); Ilmu pelengkap (sejarah Islam, logika, hisab, ilmu alam, al-tibb, bahasa Inggeris, kesusasteraan Melayu, tatanegara, sejarah umum, pidato umum, seni-khat) dan ilmu pertukangan yang diajar untuk pelajar putera sahaja. MAEAS ialah sebuah sekolah agama rakyat yang cukup berjasa. Ia melahirkan ramai pemimpin, antaranya Allahyarham Tan Sri Muhammad Asri Muda, bekas Menteri Besar Kelantan.


Pengasasnya pernah disebut sebagai ulama yang sentiasa membasahkan lidahnya dengan zikirullah. Kisah hidupnya tidak banyak ditulis orang. Namun begitu sumber yang dikumpulkan oleh Nabir Haji Abdullah dan risalah benar susunan Muhammad Asri (terbitan jamaah Pimpinan Umum Hizbul Muslimin) ada menyatakan bantahan terhadap penangkapan Ustaz Abu Bakar Baqir sekitar tempoh 1948-1952. Latar belakang beliau dimuatkan di dalam tulisan tersebut.


Berasal


Susur-galurnya berasal dari daerah Kendal Jawa Tengah. Datuknya, Haji Abdul Jabar merantau ke Tanah Melayu dan menetap di Gunung Semanggol pada pertengahan abad ke 19. Sebelum ke Gunung Semanggol, Haji Abdul Jabar pernah tinggal di Klang, Selangor dan kemudian berhijrah ke Kuala Kurau, Perak. Hasil usahanya, beliau meninggalkan tanah pusaka yang luas kepada anaknya, Mohd. Said iaitu bapa Ustaz Abu Bakar Baqir.

Mohd. Said cukup mementingkan pendidikan agama. Beliau mengasuh anak-anaknya; Muhaiyuddin, Abu Bakar, Abdullah, Aishah, Saodah dan Hafsah dalam suasana didikan Islam yang amat mendalam dan menerapkan Islam sebagai ad-deen. Ustaz Abu Bakar Baqir lahir di Gunung Semanggol, Perak pada 1907. Ketika usianya enam tahun, anak kelima dari enam beradik ini belajar hingga darjah lima (tertinggi) di Sekolah Melayu Semanggol serta mempelajari fardu ain dan Al-Quran.


Kemudian, dia menuntut di Madrasah Al Rahmaniah, Semanggol yang diasaskan oleh Haji Abdul Rahman Mahmud, bekas penuntut Jame’ Al-Azhar Mesir dan Masjid Al-Haram Makkah selama 15 tahun. Kira-kira enam tahun Ustaz Abu Bakar di pondok itu (1919-1924) mengaji fiqh, tauhid, tafsir, Al Quran dan hadis serta tatabahasa Arab.


Kepala Telaah


Di pondok ini, Ustaz Abu Bakar dilantik sebagai kepala telaah, (mengikut tradisi, jawatan itu tidak mampu disandang kecuali mereka yang mencapai tahap kelayakan akademik tertentu). Sebenarnya, pelantikan itu menunjukkan pengiktirafan Tuan Guru Haji Abdullah Pak Yim kepadanya. Dan pengiktirafan inilah yang mendorong Ustaz Abu Bakar menjadi pendidik di samping menubuhkan unit pengajian Kanzul Maarif di pondok itu. Menerusi unit ini Ustaz Abu Bakar bersama rakan-rakanya berlatih berdebat pada setiap malam Jumaat.


Minatnya untuk mendalami politik Islam kian bercambah apabila beberapa rakan, antaranya Ustaz Abdul Halim Haji Ahmad Maliki dan Ustaz Ahmad Score (kerana dia pemain bola sepak) sering berdebat mengkaji kemurnian Islam berbanding komunisme, kapitalisme dan faham politik yang lain. Minat itu sentiasa dipupuk dan kian melebar ke arah menyemaikan semangat cintakan watan apabila beliau mengadakan hubungan dengan penuntut-penuntut Melayu di sekolah-sekolah agama di seluruh Tanah Melayu dan Singapura.


Perhubungan dua hala itu bertujuan menubuhkan sekolah-sekolah agama Islam dan mencari ikhtiar mengembling tenaga untuk membebaskan tanah air dari cengkaman penjajah. Antara yang berhubung rapat dengannya; Dr. Burhanuddin Al Helmi dan Fadhullah Shuhaimi (Singapura)’ Ahmad Mahir (Kelantan); Ahmad Fuad Hassan (Kuala Kangsar); Ismail Hamzah (kemudian Mufti-Kuala Kangsar); Haji Arshad (Bagan Datoh); Abdul Hadi Kamil (Sabak Bernam) dan Haji Hassan Yunus (Bekas Menteri Besar Johor 1959-1967).


Mengikut jejak


Pada tahun 1931 apabila Tuan Guru Haji Abdullah Pak Yim berpindah ke Madrasah Idrisiah Bukit Chandan, Kuala Kangsar kerana menunaikan jemputan Almarhum Sultan Iskandar Shah (1918-1938) menjadi guru, beliau ikut serta sebagai pelajar pula. Di Madrasah Idrisiah dia sempat menuntut selama tiga tahun (1931-1933). Dia cukup disayangi gurunya, Haji Abdullah Pak Yim. Justeru, dia ditauliahkan sebagai guru sambil belajar iaitu pada separuh masa pertama setiap hari menjadi murid, separuh masa lagi menjadi pendidik dengan gaji RM 30.00 sebulan.


Pada tahun 1934 Ustaz Abu Bakar Baqir meletakkan jawatan dan pulang ke Gunung Semanggol. Kepulangan ini kerana dijemput oleh gurunya yang pertama iaitu pengasas Madrasah Al Rahmaniah, Haji Abdul Rahman Mahmud yang juga bakal bapa mertuanya. Setelah setahun kembali menetap di bumi kelahiranya, pada tahun 1935 dia berkahwian dengan Fatimah Abdul Rahman dan dikurniakan tujuh anak.


Kegiatan Ustaz Abu Bakar Baqir tidak hanya tertumpu kepada politik tetapi melebar ke arena ekonomi, kebajikan dan pendidikan. Namun begitu, bidang pendidikanlah yang paling menonjol. Beliau bukan sekadar ulama tetapi dikenali sebagai tokoh pendidik yang berkalibar, Pelantikannya sebagai pengerusi badan kebajikan dan pendidikan Majlis Agama Tertinggi SeMalaya (MATA) serta pernah merangka dasar pendidikan nasional membuktikan keupayaan beliau di bidang tersebut.


Dalam persidangan di MAEAS pada 15 November 1947, beliau dibantu oleh Abdul Al-Rabb Al Tamimi, berjaya membentuk Lembaga Pendidikan Rakyat (LEPIR) bertujuan menyeragamkan sukatan pelajaran sekolah agama rakyat di Tanah Melayu. Bagi mencapai matlamat itu, sebuah pusat pendidikan sekolah rakyat ditubuhkan dan ia dikelolakan oleh Syeikh Zubir Haji Ahmad yang kemudiannya digantikan oleh Abdul Rabb Al Tamimi, MAEAS telah dijadikan contoh kepada sekolah agama rakyat di tanah air ketika itu.


Dalam bidang ekonomi dan kebajikan pula, Ustaz Abu Bakar mengetuai Persatuan Al Ehya Al Syarif sehingga akhir hayatnya (didaftarkan dibawah Undang-Undang Kompeni dan Syarikat pada 1940) mengusahakan tiga projek; kilang padi, stesen pam minyak dan stesen janakuasa elektrik. Stesen janakuasa elektrik yang dibina pada tahun 1956 itu, menawarkan perkhidmatan kepada penduduk kawasan Gunung Semanggol, Bukit Putus, Bukit Gunung Semanggol, Kubu Gajah dengan bayaran RM1 sebulan bagi sebuah rumah selama satu dekad. Stesen ini kini telah diambil-alih oleh Tenaga Nasional Berhad.


Dalam menggerakkan ekonomi, beliau pernah menjelajah ke seluruh pelusuk tanah air untuk menarik minat orang Melayu mengusaha dan menggunakan barang buatan sendiri yang terjamin bersih dari segi syarak. Usaha beliau berhasil apabila beberapa kilang serbuk kopi, kicap dan taucu didirikan di Taiping, Tanjong Malim, Kuala Kangsar dan Ipoh sebagai tapak permulaan penceburan bangsa Melayu dalam dunia perniagaan.


Dalam bidang politik pula, beliau akrab dengan pemimpin Kesatuan Melayu Muda (KMM) seperti Ibrahim Yaakub dan Dr. Burhanuddin Al Helmi. Dia cukup serasi dengan Dr Burhanuddin. Ini dapat dilihat beberapa agenda penting MAEAS, Dr Burhanuddin turut sama sebagai penggerak utama. Umpamanya, persidangan Ekonomi-Agama SeMalaya yang berlangsung pada 22-24 Mac 1947, sekaligus mencetuskan penubuhan Pusat Perekonomian Melayu (PEPERMAS) dan MATA.


Seperti Dr Burhanuddin, Ustaz Abu Bakar Baqir turut menerima padah kerana menentang penjajah Inggeris. Dia dipenjara pada 29 Julai 1948 dan dibebaskan empat tahun kemudian (1952). Seiring itu, Hamim turut menerima nasib yang sama-berkubur apabila Ketua Umumnya terpenjara. Setelah dibebaskan, Ustaz Abu Bakar tidak lagi bergiat dalam politik sebaliknya menumpukan perhatian memajukan MAEAS di samping berkhidmat sebagai ahli Majlis Mesyuarat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Melayu Negeri Perak serta menganggotai Jawatankuasa Syariah atas sifatnya sebagai seorang ulama.


Beliau juga pernah dilantik berkhidmat sebagai Ahli Dewan Negara Perak dan dianugerahkan sebagai Tokoh Guru pada tahun 1975 setelah meninggal dunia. Sesungguhnya, ‘ulama dari gunung’ ini telah meninggalkan selaut jasa, segunung intan untuk bangsanya, sudahpun berpulang ke alam baqa ketika berusia 67 tahun kerana sakit tua pada tanggal 14 Julai 1974 dan disemadikan di tanah perkuburan Islam Gunung Semanggol.

– Al Fatihah buat Allahyarham ..oleh Zabidin Hj Ismail

Sejarah PAS

InsyaAllah aku akn postkan kembali sejarah2 PAS yang telah di tulis dalam blog Ibni Hasyim. sejarah ini ditulis oleh beliau sendiri Dr Hj mohamad Hasyim. semoga ia dapat menjadi koleksi dan ilmu yang berguna.

insyaAllah 30 siri sejarah akan menyusul mengikut masa dan ketikanya.

terima Kasih kepada Tuan Hj Dr Mohamad Hasyim.

lagu best

ni lagu yang best tapi aku blom pandai lagi nak letak kat blog
hahaha


http://www.youtube.com/watch?v=8RKWQBuhZaI

Peringatan

Ini adalah peringatan ALLAH terhadap aku dan sekalian manusia yang ingin menjadikannya peringatan

peringatan ini dipetik dari surah Al Hasyr (59: 18,19)

Aku berlindung kepada Allah dari godaan syaiton yang direjam.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَلْتَنظُرْ نَفْسٌ مَّا قَدَّمَتْ لِغَدٍ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! bertaqwalah kepada ALLAH dan hendaklah setiap orang memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esk (Akhirat), dan bertaqwalah kepada ALLAH. sesungguhnya ALLAH MAha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan.

وَلَا تَكُونُوا كَالَّذِينَ نَسُوا اللَّهَ فَأَنسَاهُمْ أَنفُسَهُمْ أُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada ALLAH, sehingga ALLAH menjadikannya lupa akan diri sendiri. Mereka itulah orang-orang fasik."

jelas,terang,teliti dan rapi.

Saturday, March 6, 2010

Santai

katak katak


ni bukan katok gomok atau katok puru

politik negaraku

Ketidakstabilan politik negara pasca pru12 berterusan. Inilah sebenarnya telah menambahperitkan lagi keadaan ekonomi negara yang telah parah. satu kejayaan yang luar biasa telah dicipta oleh pakatan rakyat, yang telah berjaya menjadi kerajaan dibeberapa negeri waimma gagal di peringkat pusat.

Keterkejutan pihak BN berterusan, keegoan pihak mereka dalam menerima kekalahan tersebut adalah punca utama situasi polotik pada hari ini. Lihatlah betapa rakusnya mereka menyerang pakatan rakyat dan usaha membeli dan menyogok AP (ahli parlimen) dan ADUN PR menjadi-jadi. Hasilnya beberapa nama telah mendaftarkan diri sebagai katak-katak jadian (salientia) yang telah menghancurluluhkan hati pengundi dan seterusnya memberikan impression negatif terhadap PR. Tidaklah arif bagi aku menklaskan golongan ini dalam species katak mana, biarlah mereka yang ahli dalam bab katak ini mengkategorikannya.

Apa yang aku nak ketengahkan kat sini adalah:
1. Dimanakah kualiti AP dan ADUN dinegara kita. dimanakah prinsip perjuangan mereka, dimanakah ilmu dan idea mereka.
2. Apakah keuntungan jangka panjang atau pendek yang akan diperolehi oleh rakyat terbanyak dan negara secara keseluruhannya dengan perlompatan ini?

Lihat sajalah apakah alasan-alasan mereka melompat. Kenepa mereka tidak menyuarakan perkara tersebut dalam barisan parti mereka andainya benar mereka mendakwa sedemikian.

Dari sudut yang lain aku gembira dengan lompatan ini kerana inilah tapisan Allah dalam proses kemenangan rakyat, Mereka yang benar-benar ikhlas berjuang InsyaAllah akan tesut istiqomah dalam perjuangan ini.

Allahhuakbar.

Friday, March 5, 2010

Luahan sanubari

Entah mengapa ku merasakan hari ini penuh dengan kedukaan dan kemuraman. Bermula dari pagi-pagi sampailah disaat ini, bermacam-macam dugaan demi dugaan menimpaku. hari yang sangat panjang bagi ku. Ya Allah ampunilah dosaku.

Bermula dengan kebebalan ku untuk menjawab soalan2 specialist pagi dan petang tadi, kebluran aku dalam kerje-kerja wad, ketidakfokusan kerjaku hari.

Kusangka ia berakhir disitu tetapi. tidak, Allah telah memanjangkan ujian hinggalah disaat ini. Aku nyaris-nyaris melanggar rumah TNB ketika aku dalam perjalanan ke rumah ibadah. Tiba-tiba krete yang dipandu mengalami masalah brek, Alhamdulillah aku sempat kawal dan elak, kalau tidak tidorlah aku di wad surgical malam ni untuk cc(cerebral concusion). Tak Nak. Aku tak nak masuk hospital. andainya apa-apa berlaku biarlah aku berada di rumah sahaja.

Tidak berhenti disitu, aku still strugle untuk mengingati kembali ilmu neuroanatomy yang telah aku tinggalkan sekian lama. tetapi malam ini bukanlah masa terbaik bagiku. aku masih gagal lagi mengingati kembali apa yang sepatutnya aku ingat, padahal esok aku kene cover bed - bed yang telah ditinggalkan oleh sahabat2ku. sudah pasti aku akan gagal memeriksa pesakit katil 17 dengan sempurna pada hari esk. Maka dengan itu sudah pasti pakar on call akan kecewa dan akan terus meluahkan kekecewaan beliau.

Ya Allah tolonglah aku yang lemah ini.

Muktamar Wehdatul Islamiah versi Edition


Lihatlah wajah - wajah bersih berseri para alim ulama' Islam yang bersidang bagi mencari arah penyatuan Ummat Islam berdepan konspirasi musuh - musuh Islam antarabangsa yang senantiasa menanti peluang untuk pecah belahkan ummah .


Muktamar Penyatuan Islam Antarabangsa kali ke 23 yang berlangsung di Kota Tehran menyaksikan sekitar 200 orang ulama' dari seluruh dunia dari pelbagai aliran pemikiran dan mazhab bersidang mencari nokhtah pertemuan dan meminimakan perbedaan yang boleh dielakkan agar ummat Islam kembali bangkit menjadi suatu kuasa besar dunia.

Persidangan muktamar Penyatuan Islam Antarabangsa kali ke 23 ini bertepatan dengan sambutan ulangtahun keputeraan Nabi kita Muhammad saw . Suhu pula seperti menghormatinya apabila salji mula mencair dan cuaca mula menampakkan cahaya matahari .

Persidangan ini menggunakan 3 bahasa . Pertama bahasa Arab , kedua bahasa Parsi dan ketiga ialah bahasa Inggeris kecuali dua pembentang menggunakan bahasa Rusia dan Perancis dan diterjemah ke dalam bahasa Arab .

Sejurus Muktamar ini dirasmikan oleh Ayatullah Asy Syeikh Al Hasyimi Ar Rafsanjani , majlis pembukaan turut diberi penghormatan kepada ulama' - ulama' berikut untuk berucap :

Prof. Dr Burhanudin Rabbani Bekas Presiden Jumhuriyyah Afghanistan ,
Al Maulavi Muhammad Ishak al Madani Pengerusi Majlis Tertinggi Majma' Taqribd
Ustaz Dr. Abdel Aziz At Tuwaijiri Mudir ISISCO
Al Ustaz Dr. Adil Al Falah wakil Kementerian Auqaf Kuwait .
Al Ustaz Dr. Nuur Ali Adam Menteri Awqaf Somalia .
Hujjatul Islam Asy Syeikh Mohd Hassan Al Akhtari S/U Agung Majlis Ahli Bait
Al Ustaz Asy Syeikh Abdul Hadi Awang Presiden Parti Islam Se Malaysia [ PAS ]

Pembentang Kertas Kerja :

Al Ustaz Asy Syeikh Mukhtar As Salaami
[ Bekas Mufti Kerajaan Tunisia ] : Jalan Keluar dari Pengaruh Negatif Kepuakan
Al Ustaz Dr. Jaafar Abdus Salaam
[ S/U ar Rabitah Jaamiat Al Islamiyyah ] : Fenomena Hidup dan Keperluan al Ijtihad
As Syed Sadruddin Al Qabanji
[ Imam Najaf al Asyraf ] : Syubhat yang wujud sekitar Sunnah An Nabawiyyah
Al Ustaz Dr. Taufiq Ali Wahbah.
[ Presiden Markaz Al Arabi Lid Diraasaat - Mesir ] : Ummat Islam dalam Memerangi Taasub dan Cabaran Masa kini.


Asy Syeikh Zafar Najar .
[ Presiden Majlis Al Islami Afrika Selatan ] : Syubhat yang wujud sekitar Sunnah
Al Ustaz Dr. Quraisy Syihab .
[ Penulis dan Pemikir Islam Indonesia ] : Pidato Umum
Al ustaz Dr. Fuad Al Barazi.
[ Presiden Rabitah Al Islamiyyah Denmark ] : Sebab Ikhtilaf Fuqaha'
Al Ustaz Dr. Abdur Rahim As Saayih.
[ Pensyarah Univ. Al Azhar ] Ummat Islam : Keperluan segera untuk Taqrib
As Syed Muhd Hadi Al Hadi.
[ Mudir Muassasah Ar Rasul As Saqafiah Afghan ] Menangani Pegangan Mazhab dan Peranannya dalam Mengembangkan Ilmu .

Asy Syeikh Taajudin Al Hilali
[ Bekas Mufti Australia ] : Pidato Umum
Ustaz Dr Abdul Wahid
[ Pengkaji dan Pemikir islam Denmark ] : Problems in the Muslim ummah .
Ustaz Dr. Othman Jaah
[ Pengerusi Majlis Taqrib Zambia .

Al Ustazah Dr. Lina Al Humsi
[ Pensyarah Univ. Damascus ] : Realiti sebuah Penyelewengan bagi Kelompok
Al Ustaz Dr. Muhammad Al Aasi
[ Al Imam marKaz Al Islami Washington ] : Rasionalism Vs Sectarianisma
Al Ustaz Dr. Abdur Rahim Umar Mahyudin
[ S/U Agung Markaz Pengajian Al Wehatil Islamiyyah ] Kesan Negatif bagi Riwayat Sejarah terhadap Penyatuan Ummat Islam .

Tentunya ramai lagi pembentang kertas kerja yang tidak sempat saya catat , sementara ada juga beberapa kertas kerja yang saya tidak sempat menghadhirinya kerana mempunyai program lain di Tehran . Namun keseluruhan perbincangan dan perbahasan para ulama' dipersidangan ini [ antara yang BOLEH ] saya simpulkan seperti berikut :

[ Kesimpulan yang saya buat ini tidak mengambil kira resolusi rasmi yang akan dikeluarkan oleh Muktamar dipenghujung sidang pada malam ini . Saya tidak boleh menyertainya kerana terpaksa pulang 6 jam lebih awal kerana ingin menghadhiri Konvensyen Jabatan Amal di Terengganu pada pagi 6 hb nanti .]

Kesimpulan Pertama : Ummat Islam digesa supaya merapatkan jurang perbezaan antara aliran pemikiran dan anutan Mazhab .

Kesimpulan kedua : Tumpukan perhatian kepada faktor - faktor penting yang membawa kepada penyatuan ummah dan pastikan elemen - elemen perpecahan dapat ditangani dengan bijak.

Kesimpulan ketiga : Awasi propaganda barat dan spekulasi media - media mereka untuk meretak dan memecah belahkan kesatuan ummat Islam antarabangsa .

Kesimpulan Keempat : Perkasakan peranan para ulama' Islam dalam usaha memahamkan ummah akan peri pentingnya kesatuan dikalangan mereka tanpa prejudis antara satu sama lain biarpun berbeza aliran pemikiran.

Kesimpulan Kelima : Wujudkan sikap saling hormat menghormati terhadap perbedaan pandangan mahupun perlaksanaan Feqhiyyah selama mana ia berdasarkan hujjah dan nas yang asal iaitu Al Quran dan Sunnah Rasulullah saw .

Kesimpulan Keenam : Ulama' - ulama' Islam digesa agar sering duduk semeja antara satu sama lain dalam usaha mempertautkan hubungan ummat Islam di peringkat antarabangsa terutama saat berdepan dengan musuh - musuh Allah swt.

Kesimpulan Ketujuh : Elemen taasub dan Jahil mesti diperangi secara jujur oleh para ulama' agar mereka tidak melahirkan ummat yang melampau dan keterlaluan dalam tindakan dan amal.

Kesimpulan Kelapan : Menggesa kerajaan - kerajaan Ummat Islam supaya memanafaatkan segala keupayaan , kuasa , pengaruh , harta untuk membangunkan Islam sebagai satu kuasa alternatif bagi menggantikan kezaliman , penindasan dan korupsi di semua peringkat .

Kesimpulan Kesembilan : Ummat Islam mesti bergerak ke arah mewujudkan zone antarabangsa yang selamat dengan peranan ulama' yang gigih dan cekal berjuang serta mengangkat izzah Islam di mata dunia dengan membersihkan persepsi buruk serta menghadapi propaganda jahat dari barat .

Kesimpulan Kesepuluh : Ummat Islam seharusnya tidak lagi terperosok dalam sempadan daerah masing - masing , sebaliknya mula melihat masaalah ummat Islam yang lain sebagai masaalah bersama dan ditangani secara berkesan atas semangat agama yang satu .