Showing posts with label luahan. Show all posts
Showing posts with label luahan. Show all posts

Monday, August 9, 2010

Hari ini disini

Sekadar aku nak melontarkan persoalan hok dok main di pikiran aku. Aku kurang mengerti (mungkin sebab aku ni juniur lagi) dengan masyarakat temerloh ini dan pahang barat ini. BAla apakah yang menimpa kita sehingga kita dihukum sedemikian rupa. Adakah ini ujian dari Allah atau bala atau balasan terus dari Allah terhadap kita masyarakat di temerloh ini.

kita mempunyai pelbagai sebab untuk Allah menurunkan balanya kepada kita disini. Dengan jelas terang dan nyata kita telah melanggar hukum dan perintah Nya. Pelbagai maksiat dan kemungkaran telah berlaku di sini

misalnya

1. berapa ramai anak luar nikah telah berjaya dihasilkan oleh masyarakat kita?
2. Umno temerloh telah bersetuju dengan JUDI bola, judi bola ni JUDI jugak bang oii.

3. berapa banyak kes PENZINAAN telah berlaku di daerah kita ini

4. berapa ramai Remaja dan RETUA yang minum arak, mabuk dan eksiden di daerah kita ini?

dan macam-macam lagilah


maka fikir-fikirkan mengapa pula kejadia ini berlaku ?

1. Misteri penyakit lubuk yu yang telah mengorbankan 8 orang warga kita

2. Kejadian kemalangan yang meningkat mendadak di daerah kita dan kes kematian akibat kemalangan juga meningkat dengan mendadak semenjak dua menjak ini

3.Pesakit yang menghurung kecemasan dan hospital pada hari ini bagaikan semut yang tak pernah jumpa gula

4. Bermacam-macam ragam dan penyakit telah melanda orang-orang kita

5. berapa ramai masyarakat kita telah dijangkiti HIV dan AIDS

apakah ini.....


YA Allah ampunillah kami dan rahmatillah kami sempena dengan menjelangnya bulan yang berkat ini. Kami akan beruasaha untuk memperbaiki diri kami dan keluarga kami serta masyarakat kami.

Wednesday, June 30, 2010

Terkenang

Lama sudah aku tidak meletakkan sebarang perkataan dalam blog ini. Huhu. aku bizi dengan posting baru aku. Posting yang banyak mengajar aku erti kesabaran dan kesusahan, posting yang mengajar aku erti kehidupan sebenar seorang doktor 1st liner atau yang direct contact dengan pesakit yang pelbagai. Bermacam-macam ragam dan feel yang kadang kala hampir-hampir menggugat kesabaran aku. Tapi syukur Alhamdulillah setakat hari ini aku masih boleh lagi mengawal segala tindak tanduk tersebut.

Aku sebagai hamba yang kerdil ini mengharapkan kekuatan yang terus diberikan oleh Allah SWT semoga tahap kesabaran dan ilmu aku bertambah dengan laluan baru ini.
Ya Allah Ampunillah hambamu yang banyak dosa dan maksiat ini. semoga hambaMu yang kerdil ini terus diberi keampunan, taufiq dan hidayah oleh Mu. Ya Allah janganlah Engkau hina kau kerana dosa dan maksiat yang aku buat, sebaliknya ampunillah aku atas kesalahan tersebut.

InsyaAllah selepas aku habis assessment dengan bos esk, aku akan terus menulis secara istiqomah di diariku ini....

Thursday, June 3, 2010

Masyarakat perlu dibekalkan dengan ilmu


Rasul SAW pernah bersabda "tholabul ilmi minah mahdi ilallahdi" tuntut lah ilmu itu dari buaian hingga liang lahat. Ertinyo usaha untuk menuntut ilmu adalah suatu usaha yang berterusan dari masa ke masa dan dari tahap sekarang hingga tahap seterusnya. Capaian ilmu pada hari ini adalah berbeza dengan ilmu pada hari esok. Misalnya kalau ilmu perubatan dulu ramai orang menganggap bahawa semua pesakit yang myocardial infaction hanya boleh bagi clexane(swine derivatives) untuk cegah recurrence tapi setelah kajian yang terus dibuat didapati bahawa arixtra (sumber yang halal) juga memberikan kesan yang effect yang sama kepada pesakit jantung dan adalah lebih baik menggunakan ubat tersebut.

Sebenarnya aku nok memberitahu mengenai PENYALAHGUNAAN jabatan kecemasan hospital oleh masyarakat awam kita, aku tak tahu sama ada mereka tahu atau tidak tahu fungsi sebenar jabatan kecemasan. Atau mereka hanya buat-buat tak tahu tentang fungsi tersebut. Banyak kisah-kisah yang aku rasakan tak patut berlaku dan boleh menyebabkan miscommunication antara masyarakat dan pihak hospital.

senario 1 :

55 years old gentleman takde sakit ape-ape sebelum ni datang ke unit kecemasan pukul satu (1 am) kerana complaint of numbness (kebas-kebas) pada tangan kanan selama 1 tahun. Beliau tidak ada demam, atau lemah-lemah badan. difahamkan oleh beliau bacaan gulanya adalh 14 dan 15 mmol/l sebelum ini. Aku tak nak beritahu provisional diagnosis atau differential diagnosis tetapi ape yang aku nak utarakan adalah adakah kes ini adalah kes kecemasan? Tidakkah beliau boleh menunggu hingga hari esok untuk pergi ke klinik satu malaysia untuk masalah tersebut? Tahukan beliau bahawa pada waktu malam hari atau after office hour hanya ada 4 orang doktor untuk menjaga unit kecemasan yang sentiasa penuh itu? persoalannya tidak tahu atau saje buat-buat tak tahu? Pentingnya kita untuk ambik tahu tentang ilmu semasa.

Senario 2:

25 years old Lady, work as cashier presented to casualty at 3am with the complaint of fever for 1 hour. Diagnosis adalah urinary tract infection. Komen aku same seperti diatas.

Banyak lagi senario yang berlaku disini yang boleh dikongsi sebagai sebahagian dari ilmu kita.

Senario 3:
senario ni takdo kaitan dengan jabatan kecemasan.Sekadar berkongsi pengalaman aku kat sini.

Dalam keadaan tergesa-gesa seorang lelaki melayu yang memakai songkok dan baju melayu telah bertayakan kepada aku dan rumate aku yang baru balik keje, doktor, kat mana toilet, saya nak ambik wuduk? Aku jawab sambil tersenyum, toilet kat depan tu je, sebelah surau.Boleh je encik ambik wuduk dalam surau terus. Dia pun tergesa-gesa kesana. Setelah beberapa langkah kami berjalan tiba-tiba beliau berpatah balik dan memangil kami semula, Doktor ni Islam ke? Kami jawap serentak Ye la, dia pun bentanya kembali pada kami, doktor pandai azan tak? aku cakap pandai la, azan tu kan asas dan dilaungkan 5 kali sehari, kenapa? Rupa-rupanya isteri beliau baru sahaja selamat melahirkan anak dan beliau meminta kami membetulkan azan dan iqomah beliau. Aku dan rumate aku tergamam seketika dan terus melaksanakan ape yang beliau hajatkan. dalam hati aku sebak seketika, walaupun beliau tidak tahu azan tetapi begitu berusaha untuk mengazankan anak beliau supaya kalimah yang pertama didengari oleh anak beliau adalah kalimah Allah. Subhanallah! andai kata beliau belajar sehari atau dua hari sebelum itu sudah pastilah tidak kelam kabut seperti tersebut. Aku mengucapkan tahniah dan meminta beliau bergegas tempat dimana anaknya diletakkan.

Semoga Nur ISlam terus bercahaya menyinari alam ini dan memberi keadilan kepada semua makhluk.

Luahan hati

Tiga puluh jam yang diperuntukkan untuk aku berehat kian menyusut,kurang 6 jam lagi aku mesti masuk keje balik. Ah sudah hampir 2 minggu aku EOD call di jabatan kecemasan yang agak memenatkan ditambah lagi dengan arahan AUTOKRATIK yang memestikan aku dan semua geng aku menyiapkan summary semua pesakit yang ada dalam rekod hospital ini. Memang tak patut la pihak hospital melakukan KERAHAN tenaga sedemikian rupa. DAh la kerahan tenaga, pihak rekod pulak letakkan pelbagai SYARAT misalnya BHT hanya boleh diambil antara jam 8-10am pada 1,3,5 sahaja.MENGARUT! Semalam aku bercadang nak siapkan semua tugasan tersebut tapi malangnya pejabat rekod tak benarkan aku pulangkan dan ambik bht tersebut kerana katanya waktu itu takda dalam jadual pengambilan dann penyerahan BHT!woi kawan aku pergi tu time aku free la!Time bos aku bagi masa untuk aku berehat!takkan aku nak korbankan masa keje aku dan menyusahkan para MO aku untuk datang time 8-10am 1,3,5!Lu pikir la sendiri bak kata Nabil.

Aku setuju benar andaikata hospital ini menggunakan IT sepenuhnya.Banyak manfaatnya. Tapi tolonglah terima cadangan-cadangan kami supaya semua staff dilayan seperti staff bukan sebaliknya. Kami tahu kami bukan orang yang berkedudukan tetapi kami mempuyai jobscope yang wajib kami patuhi dengan sepenuh kualiti. Aku percaya kalau membuat kerahan tenaga seperti inipun ramai akan buat kerja tersebut tetapi keikhlasan adalah boleh dipertikaikan. Tak ikhlas maka macam mana ianya hendak menjadi pahala?

Friday, March 5, 2010

Luahan sanubari

Entah mengapa ku merasakan hari ini penuh dengan kedukaan dan kemuraman. Bermula dari pagi-pagi sampailah disaat ini, bermacam-macam dugaan demi dugaan menimpaku. hari yang sangat panjang bagi ku. Ya Allah ampunilah dosaku.

Bermula dengan kebebalan ku untuk menjawab soalan2 specialist pagi dan petang tadi, kebluran aku dalam kerje-kerja wad, ketidakfokusan kerjaku hari.

Kusangka ia berakhir disitu tetapi. tidak, Allah telah memanjangkan ujian hinggalah disaat ini. Aku nyaris-nyaris melanggar rumah TNB ketika aku dalam perjalanan ke rumah ibadah. Tiba-tiba krete yang dipandu mengalami masalah brek, Alhamdulillah aku sempat kawal dan elak, kalau tidak tidorlah aku di wad surgical malam ni untuk cc(cerebral concusion). Tak Nak. Aku tak nak masuk hospital. andainya apa-apa berlaku biarlah aku berada di rumah sahaja.

Tidak berhenti disitu, aku still strugle untuk mengingati kembali ilmu neuroanatomy yang telah aku tinggalkan sekian lama. tetapi malam ini bukanlah masa terbaik bagiku. aku masih gagal lagi mengingati kembali apa yang sepatutnya aku ingat, padahal esok aku kene cover bed - bed yang telah ditinggalkan oleh sahabat2ku. sudah pasti aku akan gagal memeriksa pesakit katil 17 dengan sempurna pada hari esk. Maka dengan itu sudah pasti pakar on call akan kecewa dan akan terus meluahkan kekecewaan beliau.

Ya Allah tolonglah aku yang lemah ini.