Saturday, July 3, 2010

PESANAN LUQMANUL HAKIM

(email dari seorang sahabat, terima kasih kepada beliau)


1. Hendaklah engkau selalu berada di majlis para ulama' dan dengarlah
kata-kata para hukama (orang yang bijaksana), kerana Allah
menghidupkan jiwa yang mati dengan hikmat sepertimana menghidupkan
bumi yang mati dengan hujan yang lebat.
2. Janganlah engkau jadi lebih lemah daripada seekor ayam jantan, ia
telah berkokok pada waktu pagi hari sedangkan engkau pada ketika itu
masih terbaring di atas katilmu.
3. Janganlah engkau menangguhkan taubat kepada Allah kerana mati itu
akan datang tiba-tiba.
4. Dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak orang sudah
ditenggelamkannya. Oleh itu, jadikanlah taqwa sebagai kapalnya.
5. Pukulan bapa ke atas anaknya bagaikan air menyirami tanaman.
6. Tiga orang yang tidak dapat dikenali melainkan pada tiga keadaan.
Orang yang lemah lembut melainkan ketika marah, orang yang berani
melainkan ketika berperang dan saudara maramu melainkan ketika engkau
berhajat dan memerlukan pertolongan daripadanya.
7. Sesungguhnya dunia ini sedikit sahaja, sedangkan seluruh umurmu
lebih sedikit daripada itu. Manakala umurmu yang masih berbakti lagi
amat sedikit daripada yang lebih sedikit tadi.
--------------------------------------------------------------------------------
AQIDAH
Masalah aqidah adalah masalah yang paling penting dalam kehidupan
seorang muslim. Ia merupakan asas atau tapak bagi pembangunan Islam.
Dewasa ini kita dapati banyak penyelewengan terjadi sama ada dari segi
pemikiran, perkataan mahupun tingkah laku. Kesemuanya berpunca
daripada tidak memahami aqidah Islam secara mendalam.
Firman Allah yang bermaksud:
"Dan ingatlah sewaktu Luqman berkata kepada anaknya: "Wahai anak
kesayanganku! Janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu
yang lain). Sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman
yang besar."(Surah Luqman: 31).
--------------------------------------------------------------------------------
SOLAT
Firman Allah bermaksud:
"Wahai anak kesayanganku! Dirikanlah solat." (Surah Luqman: 17). Islam
memberikan keutamaan yang sangat besar kepada solat yang tidak pernah
diberikan kepada ibadat lain. Kerana ia adalah tiang agama,
sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: "Pokok pangkal sesuatu
adalah Islam, tiangnya adalah solat dan kemuncaknya adalah jihad fi
sabillillah." Solat yang dikhendaki oleh Islam bukanlah sekadar
berkata-kata yang diucapkan oleh lidah dan pergerakan badan.
Tetapi solat yang sebenar adalah yang dilakukan dengan penuh perhatian
dan tumpuan pemikiran, penuh rasa takut dalam hati serta menzahirkan
keagungan dan kebesaran Allah, itulah solat yang diterima oleh Allah
SWT.
Dari segi kejiwaan, solat memberikan ketenangan dan kekuatan bagi jiwa
seseorang. Daripada segi kesihatan, ia mendidik seseorang supaya
menjaga kebersihan dan melatih badan agar sentiasa segar dan cergas.
Dari segi akhlak pula ia mencegah perbuatan mungkar dan menjaga waktu
manakala dan dari segi kemasyarakatan solat mendidik persamaan dan
persaudaraan.
--------------------------------------------------------------------------------
BERBAKTI KEPADA IBU BAPA
Firman Allah yang bermaksud:
"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya,
ibunya mengandungkan dengan menanggung kelemahan demi kelemahan, dan
tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun. "Bersyukurlah
kepadaKu dan kepada kedua ibu bapamu, kepada Ku jua tempatmu kembali."
(Surah Luqman: 41)
Ibu bapa mempunyai kedudukan yang paling istimewa. Mereka menduduki
tempat yang kedua sesudah beriman kepada Allah dan Rasulullah. Oleh
kerana itu, tiada seorang pun di atas muka bumi ini yang dapat
menyamai kedua dua ibu bapa. Berbakti kepada ibu bapa adalah wajib ke
atas setiap anak dalam apa jua keadaan sekalipun ia merupakan asas
terpenting dalam pendidikan Islam.
Manakala menderhaka kepada kedua ibu bapa adalah berdosa besar. Adalah
mudah bagi anak-anak yang sudah biasa terdidik atas sikap berbakti dan
menghormati kedua ibu bapa untuk dididik dan diasuh supaya menghormati
jiran tetangga, guru-guru dan seterusnya menghormati manusia
seluruhnya.
--------------------------------------------------------------------------------
SABAR
Kesabaran adalah suatu keperluan dalam usaha menegakkan keimanan,
melaksanakan amal soleh, memperjuangkan kebenaran dan keadilan.
Semuanya bukanlah suatu perkara yang mudah. Oleh itu, ia sangat
memerlukan kesabaran. Kesabaran dalam menghadapi hawa nafsu,
musuh-musuh luar dan kesusahan lain. Begitu juga kesabaran amat perlu
dalam menempuh jalan perjuangan yang amat panjang dan semestinya
mengikuti tahap-tahap yang teratur untuk menuju matlamat.
--------------------------------------------------------------------------------
JANGAN SOMBONG
Sifat takabur adalah lahir daripada perasaan bangga diri yang
merasakan dirinya lebih baik daripada orang lain. Biasanya seseorang
yang takabur dikuasai oleh sifat-sifat buruk lain seperti taksub,
mudah marah, dendam dan hasad dengki. Sebaliknya, Islam menganjurkan
tawadduk kerana ia salah satu sifat terpuji yang amat digalakkan oleh
Islam. Kalau takabur menjadi punca pertelingkahan dan perbalahan, maka
tawaduk adalah pengikat yang menguatkan persaudaraan, mengukuhkan
perpaduan serta melahirkan keselamatan dan ketenangan.
--------------------------------------------------------------------------------
KESEDERHANAAN
Kesederhanaan menggambarkan ketenangan dan kesopanan tingkah laku.
Tenang dan sopan santun adalah buah daripada budi pekerti mulia yang
sangat dituntut oleh Islam. Begitu juga melembutkan suara ketika
bercakap adalah menjadi ukuran pekerti mulia.
--------------------------------------------------------------------------------
DAKWAH
Adalah menjadi fardhu ain bagi setiap muslim supaya melaksanakan tugas
menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Firman Allah bermaksud:
"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada
kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah daripada yang
mungkar, merekalah orang-orang yang beruntung," (Surah Ali Imran:
104).
Pendidikan Luqman adalah pendidikan yang menyeluruh dan lengkap
meliputi asas-asas aqidah, ibadat, akhlak dan dakwah. Oleh sebab
itulah Allah telah merakamkan pendidikan Luqman itu untuk dijadikan
contoh kepada umat Islam sepanjang zaman.

Wednesday, June 30, 2010

6 jenis wanita yang mesti dijauhi

(ambo ambik dari blog gu ambo, cikgu adham, kredit kepada beliau)

Assalamualaikum dan salam seahtera.. Semalam kawe di taged oleh sahabat dalam facebook, dimana ebewa peringatan yang begitu bermakna buat kita semua...


Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ANANAH, yang MANANAH, dan yang HANANAH, dan jangan engkau kahwini yang HADAQAH, yang BARAQAH dan yang SYADAQAH.



” 1- Wanita Ananah:- Wanita yang banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau berpura-pura sakit.



2- Wanita Mananah:- Wanita yang suka mengungkit-ngungkit terhadap suaminya. Wanita ini sering menyatakan seperti ini: “Aku membuat itu keranamu”.



3- Wanita Hananah:- Wanita yang menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.


4- Wanita Hadaqah:- Wanita yang melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.



5- Wanita Baraqah: - 1) Wanita yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya. 2) Wanita yang marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.



6- Wanita Syadaqah:- Wanita yang banyak bercakap perkara yang lagha dan lagi membisingkan. Sumber rujukan TS : Imam Al Ghazali..


terimo kaseh cekgu dehe atas nasihat demo.

Terkenang

Lama sudah aku tidak meletakkan sebarang perkataan dalam blog ini. Huhu. aku bizi dengan posting baru aku. Posting yang banyak mengajar aku erti kesabaran dan kesusahan, posting yang mengajar aku erti kehidupan sebenar seorang doktor 1st liner atau yang direct contact dengan pesakit yang pelbagai. Bermacam-macam ragam dan feel yang kadang kala hampir-hampir menggugat kesabaran aku. Tapi syukur Alhamdulillah setakat hari ini aku masih boleh lagi mengawal segala tindak tanduk tersebut.

Aku sebagai hamba yang kerdil ini mengharapkan kekuatan yang terus diberikan oleh Allah SWT semoga tahap kesabaran dan ilmu aku bertambah dengan laluan baru ini.
Ya Allah Ampunillah hambamu yang banyak dosa dan maksiat ini. semoga hambaMu yang kerdil ini terus diberi keampunan, taufiq dan hidayah oleh Mu. Ya Allah janganlah Engkau hina kau kerana dosa dan maksiat yang aku buat, sebaliknya ampunillah aku atas kesalahan tersebut.

InsyaAllah selepas aku habis assessment dengan bos esk, aku akan terus menulis secara istiqomah di diariku ini....

Tuesday, June 8, 2010

Tazkirah

Surah Fussilat 41:30-32

Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu (30)

"Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat; dan kamu akan beroleh - pada hari akhirat - apa yang diingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh - pada hari itu - apa yang kamu cita-citakan mendapatnya (31)

"(Pemberian-pemberian yang serba mewah itu) sebagai sambutan penghormatan dari Allah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani!(32)

Thursday, June 3, 2010

Masyarakat perlu dibekalkan dengan ilmu


Rasul SAW pernah bersabda "tholabul ilmi minah mahdi ilallahdi" tuntut lah ilmu itu dari buaian hingga liang lahat. Ertinyo usaha untuk menuntut ilmu adalah suatu usaha yang berterusan dari masa ke masa dan dari tahap sekarang hingga tahap seterusnya. Capaian ilmu pada hari ini adalah berbeza dengan ilmu pada hari esok. Misalnya kalau ilmu perubatan dulu ramai orang menganggap bahawa semua pesakit yang myocardial infaction hanya boleh bagi clexane(swine derivatives) untuk cegah recurrence tapi setelah kajian yang terus dibuat didapati bahawa arixtra (sumber yang halal) juga memberikan kesan yang effect yang sama kepada pesakit jantung dan adalah lebih baik menggunakan ubat tersebut.

Sebenarnya aku nok memberitahu mengenai PENYALAHGUNAAN jabatan kecemasan hospital oleh masyarakat awam kita, aku tak tahu sama ada mereka tahu atau tidak tahu fungsi sebenar jabatan kecemasan. Atau mereka hanya buat-buat tak tahu tentang fungsi tersebut. Banyak kisah-kisah yang aku rasakan tak patut berlaku dan boleh menyebabkan miscommunication antara masyarakat dan pihak hospital.

senario 1 :

55 years old gentleman takde sakit ape-ape sebelum ni datang ke unit kecemasan pukul satu (1 am) kerana complaint of numbness (kebas-kebas) pada tangan kanan selama 1 tahun. Beliau tidak ada demam, atau lemah-lemah badan. difahamkan oleh beliau bacaan gulanya adalh 14 dan 15 mmol/l sebelum ini. Aku tak nak beritahu provisional diagnosis atau differential diagnosis tetapi ape yang aku nak utarakan adalah adakah kes ini adalah kes kecemasan? Tidakkah beliau boleh menunggu hingga hari esok untuk pergi ke klinik satu malaysia untuk masalah tersebut? Tahukan beliau bahawa pada waktu malam hari atau after office hour hanya ada 4 orang doktor untuk menjaga unit kecemasan yang sentiasa penuh itu? persoalannya tidak tahu atau saje buat-buat tak tahu? Pentingnya kita untuk ambik tahu tentang ilmu semasa.

Senario 2:

25 years old Lady, work as cashier presented to casualty at 3am with the complaint of fever for 1 hour. Diagnosis adalah urinary tract infection. Komen aku same seperti diatas.

Banyak lagi senario yang berlaku disini yang boleh dikongsi sebagai sebahagian dari ilmu kita.

Senario 3:
senario ni takdo kaitan dengan jabatan kecemasan.Sekadar berkongsi pengalaman aku kat sini.

Dalam keadaan tergesa-gesa seorang lelaki melayu yang memakai songkok dan baju melayu telah bertayakan kepada aku dan rumate aku yang baru balik keje, doktor, kat mana toilet, saya nak ambik wuduk? Aku jawab sambil tersenyum, toilet kat depan tu je, sebelah surau.Boleh je encik ambik wuduk dalam surau terus. Dia pun tergesa-gesa kesana. Setelah beberapa langkah kami berjalan tiba-tiba beliau berpatah balik dan memangil kami semula, Doktor ni Islam ke? Kami jawap serentak Ye la, dia pun bentanya kembali pada kami, doktor pandai azan tak? aku cakap pandai la, azan tu kan asas dan dilaungkan 5 kali sehari, kenapa? Rupa-rupanya isteri beliau baru sahaja selamat melahirkan anak dan beliau meminta kami membetulkan azan dan iqomah beliau. Aku dan rumate aku tergamam seketika dan terus melaksanakan ape yang beliau hajatkan. dalam hati aku sebak seketika, walaupun beliau tidak tahu azan tetapi begitu berusaha untuk mengazankan anak beliau supaya kalimah yang pertama didengari oleh anak beliau adalah kalimah Allah. Subhanallah! andai kata beliau belajar sehari atau dua hari sebelum itu sudah pastilah tidak kelam kabut seperti tersebut. Aku mengucapkan tahniah dan meminta beliau bergegas tempat dimana anaknya diletakkan.

Semoga Nur ISlam terus bercahaya menyinari alam ini dan memberi keadilan kepada semua makhluk.

Buat sahabat-sahabat dan rumate ku!


Selamat jalan dan selamat maju jaya ku ucapkan kepada kalian semua yang akan berhijrah dan berpindah ke hospital-hospital lain untuk menyambung IBADAH kalian sebagai seorang doktor! selamat maju jaya kepada sahabatku yang akan ke hospital kuala lipis, raub, jerantut dan sebagainya. Semoga kalian terus istiqomah dalam usrah dan perjuangan. Ikhlaskanlah diri dan tekunlah dalam ibadat semoga ianya menjadi suatu ibadah yang berguna untuk membuntuk sahsiah dan membantu kita di waktu tiada yang dapat membantu selain amal ibadat kita, hari yang mana harta dan anak pinak tidak lagi berharga melainkan hati yang bersih dan ikhlas kepada Allah.

Luahan hati

Tiga puluh jam yang diperuntukkan untuk aku berehat kian menyusut,kurang 6 jam lagi aku mesti masuk keje balik. Ah sudah hampir 2 minggu aku EOD call di jabatan kecemasan yang agak memenatkan ditambah lagi dengan arahan AUTOKRATIK yang memestikan aku dan semua geng aku menyiapkan summary semua pesakit yang ada dalam rekod hospital ini. Memang tak patut la pihak hospital melakukan KERAHAN tenaga sedemikian rupa. DAh la kerahan tenaga, pihak rekod pulak letakkan pelbagai SYARAT misalnya BHT hanya boleh diambil antara jam 8-10am pada 1,3,5 sahaja.MENGARUT! Semalam aku bercadang nak siapkan semua tugasan tersebut tapi malangnya pejabat rekod tak benarkan aku pulangkan dan ambik bht tersebut kerana katanya waktu itu takda dalam jadual pengambilan dann penyerahan BHT!woi kawan aku pergi tu time aku free la!Time bos aku bagi masa untuk aku berehat!takkan aku nak korbankan masa keje aku dan menyusahkan para MO aku untuk datang time 8-10am 1,3,5!Lu pikir la sendiri bak kata Nabil.

Aku setuju benar andaikata hospital ini menggunakan IT sepenuhnya.Banyak manfaatnya. Tapi tolonglah terima cadangan-cadangan kami supaya semua staff dilayan seperti staff bukan sebaliknya. Kami tahu kami bukan orang yang berkedudukan tetapi kami mempuyai jobscope yang wajib kami patuhi dengan sepenuh kualiti. Aku percaya kalau membuat kerahan tenaga seperti inipun ramai akan buat kerja tersebut tetapi keikhlasan adalah boleh dipertikaikan. Tak ikhlas maka macam mana ianya hendak menjadi pahala?