Monday, August 9, 2010

Selamat Datang YA RAmadhan!


Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa. Puasa itu diwajibkan dalam beberapa hari tertentu. Maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) maka hendaklah ia digantikan dengan hari-hari lain."

Al-Baqarah : 183

kurang 48 jam sahaja lagi InsyaAllah kita semua akan ketemu dengan bulan yang berkat dan rahmat. Bulan keampunan dan bulan mulia iaitu RAMADHAN yang di berkahi. INsyaAllah dengan kehadiran bulan ini akan mengubat rindu kita semua yang teramat sangat terhadap pesta-peesta ibadah yang biasa kita perbuat. Bulan yang diperuntukkan khas untuk mendidik jiwa dan batin kita akan kita terus kembali dan kekal di jalan yang lurus.

Marilah kita sama-sama berpuasa pada tahun ini dengan puasa yang lebih berkualiti dan puasa yang bukan hanya tergolong dalam golongan puasa awam iaitu mereka-mereka yang hanya berpuasa secara zahirnya sahaja.

Puasa ini juga mengigatkan aku akan atok aku yang telah pergi meninggalkan aku kurang lebih 415 hari yang lalu, kerna bilanya tiba bulan ini Allahyarham kan meningkatkan amalannya berganda-ganda, Beliau akan bagun pada waktu malam jam 3 pagi dan akan membaca Al -Quran sehingga sahur, beliaulah yang telah mengajar aku mengenal al -quran sehingga aku dapat membacanya pada hari ini, Alfatihah untuk beliau...


Terkenang juga aku kepada kawan2 sepermainan ku semasa di MRSM chenderoh lalu, mereka ialah Fakhri Ahmad, Asyraff, HAsby, HAzrol, fikri dan orang yang paling PENTING dalam menjayakan tadarus tersebut adalah ANG @ khairul faridzuan. mereka telah bersama-sama dengan ku untuk istiqomah bertadarus al quran semasa bulan puasa dan kami telah berjaya mengkhatamnya pada hari yang ke23. dan diwaktu itu kami sedang menghadapi peperiksaan SPM.

selamat datang ya ramadhan.

No comments: