Tuesday, July 20, 2010

renungan

"manusia memang mudah lupa. lupa akan segala hal. KAdang-kadang kita sudah merasakan bahawa kita adalah yang terbaik dan kita telah buat yang terbaik, akan tetapi sedarkah kita bahawa kita sebenarnya telah bertindak secara zalim terhadap tangunggan kita (baca anak buah). Kita telah membuat satu keputusan yang telah menyebabkan anak buah kita (baca pekerja) tertekan dan kecewa dengan kita. Ni pun kalau mereka sedar bahawa mereka buat yang terbaik, TETAPI andai kata mereka ini dengan sengaja dan dengan niat yang sebaliknyanya maka alangkah ruginya mereka! Berhempas pulas siang dan malam, pagi dan petang tetapi keberkatan dan pahala ??? wallahhuaklam.

Sebab itulah setengah ulama' menafsifkan manusia berasal dari perkataan an-nas dalam bahasa arab maksud nya lupa.

senario inilah yang sering berlaku kepada golongan yang menjadi kuli dan lowest rank dalah hierarki sesebuah pejabat, misalnya Houseman di sesebuah hospital. Tiada tempat mengadu dan hanya dapat luahkan perasaan sesama sendiri dan dengan cara "divert psychology" bagi memastikan kekoolan terpelihara.

yelah kita semua pun dh besar panjang, dah tua bangka kata orang kelantan, takkan kita masih lagi nak bertindak secara id atau tidak matang. laksanakanlah segala reaksi dengan penuh tanggungjawab dan beretika atau dalam bahasa yang canggih berintegriti.


----------------------------------------------------------------------------------

Tugas mereka hanya dalam pejabat dan kerje mereka hanya mesyuarat dan jamuan dan arahkan itu dan ini. tak perlu melayan karenah pesakit yang 100001 pesen. habis waktu pejabat balik rumah, malas datang keje buat2 sakit dan ambik MC. Cakap manis belit itu dan ini.huhu.

ada yang keje on call pun tido saje,Kalau call trace result marah-marah, "PERATURAN BARU!! TIDAK DIBENARKAN TRACE RESULT!!!" pesakit tunggu kat bawah berJAM-JAM. kesian tapi apa boleh buat, akhir sekali dia komplen doktor lambat admit pesakit kedalam wad, tunggu lama sangat kat bawah!,kalau anak dia sakit lepas dapat darah terus saje dia lari ke tempat tersebut dan buat ujian tersebut dan keputusan dapat segera.jadi anak dia dapat disetelkan dalam masa 30 jam je. Maksudnya dia tahu result ujian tersebut perlu segera tetapi kenapa bila result orang lain maka terpaksa tunggu berjam-jam hanya semata-mata dengan test yang boleh ambik masa 3-4 minit atau 40 minit saje?

itulah manusia.Dikurnia oleh Pencipta dengan akan dan nafsu ,senantiasa diberi pilihan sama ada yang baik atau buruk yang senang atau susah.


akhir sekali aku ambik kata - kata megat nordin dalam dikir beliau marilah undi bulan " Assalamualaikum salam perpaduan salam sejahtera "

Thursday, July 15, 2010

alangkah bahagianya wanita

Oleh: AKHISALMAN

Ini adalah diantara kelebihan wanita yg diberi oleh Islam.

1. Syurga sesiapa yg menjaga wanita dgn baik.Nabi bersabda: Sesiapa yg mempunyai 3 orng saudara perempuan, 2 orng anak perempuan atau 2 org saudara perempuan dan dia menyemai adab2 yg baik pd mereka, mengelokkan hubungan dgn mereka dan mengahwinkan mereka maka ganjarannya adalah syurga. (HR Abu Daud, Tirmizi dll)

Nabi juga bersabda:
من عال جاريتين حتى تبلغا جاء يوم القيامة، أنا وهو كهاتين ،وضم أصابعه
Maksudnya:Sesiapa yg menjaga dua org anak perempuan sehingga mereka baligh maka dia akan datang di hari kiamat dan hubungan aku dengannya seumpama dua jari ni. Lalu baginda merapatkn jari jemarinya. (HR MUslim)

2. Larangan berkeras pd wanita.
Nabi bersabda:

لا تكرهو النساء فإنها المؤنسات الغاليات
Maksudnya: Janganlah kamu memaksa wanita maka sesungguhnya mereka adalah penghibur hati yg tinggi harganya. (HR THabrani).

bersabar dan bertindak dgn cara elok bila berhadapan dgn karenah mereka..

3. Menghiasi mereka dgn perhiasan.
Nabi bersabda:Hendaklah kamu kahwinkan anak2 laki dan perempuan kamu. Hiasilah anak2 perempuanmu dgn emas dan perak. Berilah pakaian yg elok pd mereka. Berilah mahar yg baik pd mereka untuk menggalakkan mereka berkahwin. (HR Dailami)

4. Berkomunikasi dgn wanita dgn cara yg baik

استوصوا بالنساء،فإن المرأة خلقت من ضلع، وأن أعوج شيء في الضلع أعلاه، فإن ذهبت تقيمه كسرته، وإن تركته لم يزل أعوج، فاستوصوا بالنساء خيرا

Maksudnya: Berpesanlah2 pd wanita..Maka sesungguhnya wanita dicipta dr tulang rusuk, Sesungguhnya tulang rusuk yg plng bengkok adalah yg plng atas. Mk sekiranya kamu cuba berkeras meluruskan tulang tersebut ia akan patah, jika kamu biarkan maka dia akan terus bengkok, berpesan2lah pd wanita dgn cara yg baik.(HR Bukhari dan MUslim)

Nabi bersabda: Sesipa yg memuliakan wanita maka dia org mulia, sesipa yg menghina wanita dia org yg hina. (HR Ibnu Asakir)

oleh tu pd lelaki sekalian (termasuklah diriku) hendaklah kamu berkomunikasi dgn wanita (ketika perlu) dgn cara yg baik. jgn berkasar pd mereka dan terimalah maaf dr mereka..

5. Dicintai oleh Nabi s.a.w
Nabi bersabda:

حبب إلي من دنياكم: النساء والطيب وجعلت قرة عيني في الصلاة
Maksudnya: Perkara yg kusukai di dunia ni adalah wanita, wangian dan dijadikan penyejuk hati di dalam solat.(HR Nasai)

Ni menunjukkan taraf yg tinggi yg diberikan Islam pd wanita.

Dialah peneman waktu bersendirian..
penghibur waktu kesedihan..
peringan beban2 dan kesusahan..
pengelak dr membuat maksiat pd tuhan..
penambah semngat utk buat ketaatan..
penguat semangat ketika dlm kelemahan..
pembantu dlm perjuangan..
penyelesai bg segala permasahan..
penampung bg kekurangan..
penegur ketika lakukan kesalahan..
dialah anugerah tuhan
puisiku untk insan yg brgelar wanita.


kredit untuk cinaisalam

Monday, July 12, 2010

Hebatnya Solat Subuh dan Isyak

Oleh: nurdin

" [azan subuh] Rasulullah saw, apabila baginda meragui keimanan seseorang pada zamannya, akan memerhatikan solat Subuh individu berkenaan untuk mengesahkan tahap keimanannya.

Apabila baginda dapati orang tadi tidak menunaikan solat Subuh, maka benarlah apa yang baginda ragui itu,” demikian catat buku ‘Misteri Solat Subuh’ tulisan Dr Raghib as-Sirjani.
[azan subuh]

Edisi bahasa Malaysia diterjemahkan oleh Ahmad Munaji LC dan diterbitkan oleh Darul Nu’man.

Menurut buku terbabit, kepentingan solat Subuh (tetapi bukan bermakna solat lima waktu lain boleh dikesampingkan) turut terkandung di dalam hadis baginda bermaksud:

“Sesungguhnya dua solat ini (Subuh dan Isyak) adalah solat yang berat bagi orang munafik. Sesungguhnya apabila mereka mengetahui apa yang ada di dalam solat Subuh dan Isyak, maka mereka akan mendatanginya sekali pun dengan merangkak.” (Hadis riawayat Ahmad dan an-Nasa’i)

Apa yang dimaksudkan Rasulullah saw dengan ‘mendatanginya sekali pun dengan merangkak’ ialah datang solat berjamaah di masjid.

Penulis buku berkenaan tidak bermaksud bahawa mereka yang tidak datang solat Subuh di masjid sebagai munafik, tetapi catatnya:

“Kalau seseorang meninggalkan solat ini dengan sengaja, maka kesengajaan itu adalah bukti nyata dari sifat kemunafikan.” – inimajalah.com

Bacaan lanjut di www.inimajalah.com

Saturday, July 3, 2010

PESANAN LUQMANUL HAKIM

(email dari seorang sahabat, terima kasih kepada beliau)


1. Hendaklah engkau selalu berada di majlis para ulama' dan dengarlah
kata-kata para hukama (orang yang bijaksana), kerana Allah
menghidupkan jiwa yang mati dengan hikmat sepertimana menghidupkan
bumi yang mati dengan hujan yang lebat.
2. Janganlah engkau jadi lebih lemah daripada seekor ayam jantan, ia
telah berkokok pada waktu pagi hari sedangkan engkau pada ketika itu
masih terbaring di atas katilmu.
3. Janganlah engkau menangguhkan taubat kepada Allah kerana mati itu
akan datang tiba-tiba.
4. Dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak orang sudah
ditenggelamkannya. Oleh itu, jadikanlah taqwa sebagai kapalnya.
5. Pukulan bapa ke atas anaknya bagaikan air menyirami tanaman.
6. Tiga orang yang tidak dapat dikenali melainkan pada tiga keadaan.
Orang yang lemah lembut melainkan ketika marah, orang yang berani
melainkan ketika berperang dan saudara maramu melainkan ketika engkau
berhajat dan memerlukan pertolongan daripadanya.
7. Sesungguhnya dunia ini sedikit sahaja, sedangkan seluruh umurmu
lebih sedikit daripada itu. Manakala umurmu yang masih berbakti lagi
amat sedikit daripada yang lebih sedikit tadi.
--------------------------------------------------------------------------------
AQIDAH
Masalah aqidah adalah masalah yang paling penting dalam kehidupan
seorang muslim. Ia merupakan asas atau tapak bagi pembangunan Islam.
Dewasa ini kita dapati banyak penyelewengan terjadi sama ada dari segi
pemikiran, perkataan mahupun tingkah laku. Kesemuanya berpunca
daripada tidak memahami aqidah Islam secara mendalam.
Firman Allah yang bermaksud:
"Dan ingatlah sewaktu Luqman berkata kepada anaknya: "Wahai anak
kesayanganku! Janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu
yang lain). Sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman
yang besar."(Surah Luqman: 31).
--------------------------------------------------------------------------------
SOLAT
Firman Allah bermaksud:
"Wahai anak kesayanganku! Dirikanlah solat." (Surah Luqman: 17). Islam
memberikan keutamaan yang sangat besar kepada solat yang tidak pernah
diberikan kepada ibadat lain. Kerana ia adalah tiang agama,
sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: "Pokok pangkal sesuatu
adalah Islam, tiangnya adalah solat dan kemuncaknya adalah jihad fi
sabillillah." Solat yang dikhendaki oleh Islam bukanlah sekadar
berkata-kata yang diucapkan oleh lidah dan pergerakan badan.
Tetapi solat yang sebenar adalah yang dilakukan dengan penuh perhatian
dan tumpuan pemikiran, penuh rasa takut dalam hati serta menzahirkan
keagungan dan kebesaran Allah, itulah solat yang diterima oleh Allah
SWT.
Dari segi kejiwaan, solat memberikan ketenangan dan kekuatan bagi jiwa
seseorang. Daripada segi kesihatan, ia mendidik seseorang supaya
menjaga kebersihan dan melatih badan agar sentiasa segar dan cergas.
Dari segi akhlak pula ia mencegah perbuatan mungkar dan menjaga waktu
manakala dan dari segi kemasyarakatan solat mendidik persamaan dan
persaudaraan.
--------------------------------------------------------------------------------
BERBAKTI KEPADA IBU BAPA
Firman Allah yang bermaksud:
"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya,
ibunya mengandungkan dengan menanggung kelemahan demi kelemahan, dan
tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun. "Bersyukurlah
kepadaKu dan kepada kedua ibu bapamu, kepada Ku jua tempatmu kembali."
(Surah Luqman: 41)
Ibu bapa mempunyai kedudukan yang paling istimewa. Mereka menduduki
tempat yang kedua sesudah beriman kepada Allah dan Rasulullah. Oleh
kerana itu, tiada seorang pun di atas muka bumi ini yang dapat
menyamai kedua dua ibu bapa. Berbakti kepada ibu bapa adalah wajib ke
atas setiap anak dalam apa jua keadaan sekalipun ia merupakan asas
terpenting dalam pendidikan Islam.
Manakala menderhaka kepada kedua ibu bapa adalah berdosa besar. Adalah
mudah bagi anak-anak yang sudah biasa terdidik atas sikap berbakti dan
menghormati kedua ibu bapa untuk dididik dan diasuh supaya menghormati
jiran tetangga, guru-guru dan seterusnya menghormati manusia
seluruhnya.
--------------------------------------------------------------------------------
SABAR
Kesabaran adalah suatu keperluan dalam usaha menegakkan keimanan,
melaksanakan amal soleh, memperjuangkan kebenaran dan keadilan.
Semuanya bukanlah suatu perkara yang mudah. Oleh itu, ia sangat
memerlukan kesabaran. Kesabaran dalam menghadapi hawa nafsu,
musuh-musuh luar dan kesusahan lain. Begitu juga kesabaran amat perlu
dalam menempuh jalan perjuangan yang amat panjang dan semestinya
mengikuti tahap-tahap yang teratur untuk menuju matlamat.
--------------------------------------------------------------------------------
JANGAN SOMBONG
Sifat takabur adalah lahir daripada perasaan bangga diri yang
merasakan dirinya lebih baik daripada orang lain. Biasanya seseorang
yang takabur dikuasai oleh sifat-sifat buruk lain seperti taksub,
mudah marah, dendam dan hasad dengki. Sebaliknya, Islam menganjurkan
tawadduk kerana ia salah satu sifat terpuji yang amat digalakkan oleh
Islam. Kalau takabur menjadi punca pertelingkahan dan perbalahan, maka
tawaduk adalah pengikat yang menguatkan persaudaraan, mengukuhkan
perpaduan serta melahirkan keselamatan dan ketenangan.
--------------------------------------------------------------------------------
KESEDERHANAAN
Kesederhanaan menggambarkan ketenangan dan kesopanan tingkah laku.
Tenang dan sopan santun adalah buah daripada budi pekerti mulia yang
sangat dituntut oleh Islam. Begitu juga melembutkan suara ketika
bercakap adalah menjadi ukuran pekerti mulia.
--------------------------------------------------------------------------------
DAKWAH
Adalah menjadi fardhu ain bagi setiap muslim supaya melaksanakan tugas
menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Firman Allah bermaksud:
"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada
kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah daripada yang
mungkar, merekalah orang-orang yang beruntung," (Surah Ali Imran:
104).
Pendidikan Luqman adalah pendidikan yang menyeluruh dan lengkap
meliputi asas-asas aqidah, ibadat, akhlak dan dakwah. Oleh sebab
itulah Allah telah merakamkan pendidikan Luqman itu untuk dijadikan
contoh kepada umat Islam sepanjang zaman.