ALLAHUAKBAR
ALLAHUAKBAR
ALLAHUAKBAR
Patik meranfak sembah diatas pemashyuran kebawah duli Tuanku sultan Fariz Petra sebagai kebawah duli sultan kelantan yang baru. Baginda sangat terkenal sebagai tengku Mahkota yang sangat dihormati dan dikenali ramai. Bukan kerana konvoinya yang berjela-jela atau bukan kerana kenderaannya yang mewah-mewah atau bukan kerana liputan media tetapi kerana keluhuran budi pekerti baginda dan ketegasan baginda dalam melaksaan hukum-hukum Islam.
Adalah tidak pelik seandainya kita tiba-tiba melihat baginda bersolat jumaat di Masjid-masjid diserata tempat diKelantan tanda dihebohkan dahulu oleh jawatankuasa masjid. Itulah resam baginda yang hampir menyerupai resm khalifah Umar Alkhattab yang turun sendiri melihat apa yang berlaku di negara madinah pada waktu-waktu malam sewaktu khilafah islam. Inilah sultan yang patut dicontohi.
patik mengharapkan semua jajahan takluk Kelantan akan lebih harmoni dan sejahtera sewaktu dibawah pemerintahan sultan kita yang tercinta ini. Patik juga harapkan tiada lagi pengampu-pengampu yang mengadu domba pihak istana dan kerajaan kelantan demi kepentingan politik sempit mereka atau demi memenuhi poket mereka.
aku ni walaupun bukan dilahirkan di kelantan tapi masih consider orang kelantan sebab aku bole cakap kelantan. hahaha sebenarnya aku masih dikira orang kelantan kerana mengikut undang-undang tubuh kerajaan kelantan,anak kepada bapa yang dilahirkan dikelantan adalah consider rakyat kelantan. so tak salah aku ngaku orang kelantan. hahaha.
1 comment:
Bismillah.. Antara keistimewaan Sultan Kelantan...
menggunakan Allahu Akbar, bukannya Daulat Tuanku.. satu perubahan yang cukup baik mencerminkan keperibadian baginda yang begitu zuhud.
Smoga pemerintahan Baginda berjaya membawa keharmonian..
Post a Comment