Thursday, April 22, 2010

Mati

Kematian suatu kemestian
setiap insan yang bernyawa
tidak tertangguh walau sedetik
walau diberi noradrenali atau dopamine
walau diintubate di neuro icu
walau cerebral protection
WOJIB akan kembali jugok!

walau sihat walau sakit
walau muda walau tua
walau jantan walau tino
walau hitam walau putih

aku ahli jagat
aku wira negara
aku doktor yang hebat
aku pelawak terkenal
aku tok joro terlaris
aku pemimpin tersohor
walau sapo pun aku
aku tetap akan kembali

aku tidok lepah dari sakarotulamut
aku tidak lepas dari siksa kubur
aKU tidok lepah dari mungkar nakir
aku tidok lepah dari titian sirat
aku tidok lepah dari padang mashar

tapi aku mudoh lupo
lupo bahawo aku ni akan kembali
pada tempat yang abadi
tempat yang sremo ore akan kembali

tempat Pencipta kita yang abadi.

Sunday, April 18, 2010

Halaqoh tv9



sambungan...

manusia terdiri daripada 4 golongan

1. Golongan maksum -mereka yang tidak berbuat dosa iaitu para NABI dan RASUL

2. mereka yang membuat dosa-dosa kecil

3. mereka yang membuat dosa besar

4. mereka yang BEGELUMANG dalam dosa. Iaitu mereka yang secar KONSISTEN dalam buat dosa

kisah dizaman nabi Musa AS mengenai penangan org yang berdosa, pada suatu hari Nabi mUSA AS telah mengadakan solat menta hujan bersama 70 000 kaumnya, namun setelah selesai solat tersebut hujan masih belum turun lagi dan nabi Musa AS berdoa bertanya kepda ALlah apakan puncanya, Allah SWT telah menurunkan hdis qursi yang bermaksud hujan tidak turun disebabkan oleh seorang yang BERGELUMANG dengan dosa selama 40 tahun dalam jemaah 70 000 tersebut, maka jika dia bertaubat atau keluar dari golongan tersebut nescaya hujan akan turun, maka NAbi Musa mengisytihar perkara tersebut kepada umum, maka orang yang berdosa tersebut telah memohon ampun kepada Allah dengan TAUBAT NASUHA, setelah orang itu bertaubat kepada ALlah maka hujan pun turun dengan lebatnya. maka itulah PENANGAN orang yang BERGELUMANG dalam DOSA ini.

Marilah kita sama-sama berTAUBAT kepada ALLah dengan TAUBAT NASUHA atas segala kelalaian kita.

Ameen.

Halaqoh tv9

3 syarat yang mesti ada untuk bertaubat:

1. ilmu

2. Rakan sekeliling

3. Persekitaran.

YA Allah bukalah pintu taubatMU kepada kami semua hambaMu ini.

Saturday, April 17, 2010

Pengajaran kuliah hari ini


1. Sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah.

2.Hadis NAbi SAW untuk pilih bakal isteri,
- kerana hartanya
- kerana Rupa parasnya
- kerana nasab keturunannya
- kerana AGAMANYA, jika kamu pilih kerana agamanya nescaya kamu akan selamat.

aku komen : payah tol nak cari wanita solehah!

Sejarah PAS siri 5

IBNU HASYIM:
Fokus Sejarah PAS Siri 5

MESKI pun jelas terdapat matlamat dan tujuan PAS, tetapi pemerhati-pemerhati politik menganggap penubuhan serta pengisytiharan PAS sebagai sebuah parti politik baru masih tidak mempunyai alasan kukuh bagi kewujudannya. Tetapi apa yang jelas, tokoh-tokoh MATA dan Hizbul Muslimin tetap bersama-sama, sentiasa mengawasi dan mempengaruhinya (Lihat A.K.Hidayat-PAS 1551-1991 Tercabar-Mencabar. Terbitan GG Edar KL ).


PAS juga menyatakan, ia merupakan sebuah pertubuhan yang bebas dari pengaruh mana-mana parti politik, terutamanya selepas dua persidangan politik penting yang telah di adakan di Malaya.


Persidangan tersebut ialah:

1.Persidangan yang dikenali sebagai National Conference yang dibuat kesimpulan untuk terus tidak dihadiri oleh PAS. National Conference adalah tajaan dan gagasan yang diketuai Datuk Onn Jaafar bersama 7 orang Menteri Besar yang berkrisis dan berpecah dengan UMNO. Lantas beliau menubuhkan parti baru, Parti Negara dan meninggalkan UMNO. Parti Negara nama asalnya ialah Parti Kemerdekaan Malaya atau Independence of Malaya Party (IMP) yang ditubuhkan pada bulan September 1951.


Dikatakan, elemen-elemen Islam atau semangat Islam dalam PAS ini mula terserlah lagi apabila usaha yang dibawa oleh Yang Di Pertua Agung pertamanya, Ustaz Haji Ahmad Fuad Hassan untuk menyetujui gagasan National Conference tajaan Datuk Onn Jaafar itu, tetapi tidak diterima oleh ahli dan penyokong-penyokong PAS. Ramai yang berpendapat, Haji Ahmad Fuad mungkin terpengaruh dengan cara politik Datuk Onn yang juga merupakan rakan karib beliau.

2.Persidangan yang disebut National Convention, walaupun dihadiri oleh PAS tetapi berlaku kekecuhan dan perselisihan. Wakil PAS keluar majlis dan terus tidak mengikuti pada hari-hari berikutnya hingga selesai. National Convention adalah tajaaan Parti Perikatan pimpinan Tunku Abdul Rahman, yang mengambil alih kepimpinan UMNO peninggalan Datuk Onn. Haji Ahmad Badawi (ayah kepada Perdana Menteri Malaysia sekarang) adalah penyokongnya.


National Convention dianjurkan oleh UMNO-MCA atau Parti Perikatan yang dibawa oleh Tunku Abdul Rahman. MCA adalah singkatan dari Malayan Chinese Associotian yang asalnya adalah badan kebajikan orang-orang Cina. Ia diberi kuasa politik oleh UMNO yang akhirnya memiliki kuasa politik penentu dan penggugat politik negara di masa-masa mendatang. UMNO-MCA telah menubuhkan Perikatan pada tahun 1952. Gabungan tersebut disertai MIC atau Malayan Indian Congress sebelum pilihan raya 1959. National Convention bersidang pada 11 Oktober 1953 dihadiri oleh 2 wakil PAS, iaitu Muhammad Hanif dan Muhammad Asri. Persidangan itu meluluskan lapuran jawatan kuasa kecil pilihanraya, perlembagaan dan pilihan raya federal 1954.


Dalam persidangan yang dihadiri PAS (National Convention) itu, PAS membantah dasar Jus Soli. Jus Soli adalah satu dasar meluluskan sebarang bangsa asing yang dilahirkan di Malaya menjadi pengundi dalam pilihan raya, atau sebarang bangsa asing yang tidak lahir di Malaya, tetapi tinggal di Malaya selama 5 tahun.


Dikatakan juga:


"Persidangan ini memperlihatkan pertentangan dan perbedaan yang nyata antara PAS dan UMNO. Terutama dalam masalah hak mengundi. Muhammad Hanif tidak bersetuju dengan langkah pemperluaskan kelayakan hak mengundi. Menurutnya, rakyat bukan warganegara federal tidak boleh dijamin kesetiaannya. Hak mengundi hendaklah diberikan kepada rakyat raja-raja Melayu dan warganegara persekutuan sahaja.


Dr Ismail dari UMNO menjawab, bahawa jika hendak menjadikan negara ini demokratik, maka pertama sekali yang mesti dilakukan, ialah memberikan hak-hak demokrasi itu. Kerana perbedaan ini, PAS tidak lagi menghantar wakilnya dalam sessi berikut yaang diadakan pada 14 Januari 1954 (kira-kira 3 bulan selepasnya)."

PAS juga membantah kerana adanya wakil-wakil lombong dan ladang getah menghadiri National Convention itu. Kerana itu PAS juga mencadangkan supaya dikhaskan untuk wakil-wakil penanam padi, bukan kerana petani-petani itu orang Melayu, tetapi kerana bidang pertanian itu penting dan patut dikembangkan untuk kepentingan negara. Namun PAS juga menyokong beberapa isu untuk kebajikan rakyat seperti mendesak pilihan raya umum diadakan cepat pada tahun 1954.


Detik-detik ini juga membuktikan PAS sudah lepas bebas dari pengaruh mana-mana parti politik. Tidak berpihak pada Parti Perikatan pimpinan Tunku Abdul Rahman atau Parti Negara pimpinan Datuk Onn. PAS tidak mahu individu-individu tertentu cuba menarik PAS menyokong parti-parti tertentu.


Contohnya, seperti yang berlaku kepada Yang Di Pertua Agungnya Tuan Haji Ahmad Fuad Hasan sendiri. Beliau terpaksa melepaskan jawatannya, keluar dari PAS untuk bersama-sama Datuk Onn, dalam satu Perhimpunan Khas pada 26 September 1953 (Ada kalangan menyebutkan pada 23 September 1953) di Tanah Liat Bukit Mertajam, Seberang Prai.


Pada hal baru sebulan lalu 600 ahli PAS telah memberi mandat baru kepada beliau untuk terus memimpin PAS dalam Muktamar Agung PAS ke 2, yang berlangsung pada 26 Ogos 1953 di Madrasatul Ulum, Bagan Datuk, Perak. Begitu juga dalam Muktamar Agung PAS ke 1, yang diadakan setahun sebelumnya, di Madrasah Ad-Dairat Al-Maarif, Kepala Batas, Pulau Pinang. Seramai 20 orang AJK eksekutif dan 20 orang dari 11 buah cawangan telah memperbaharui mandat kepada beliau.

Menurut Amaludin Darus yang hadir dalam Perhimpunan Khas di Tanah Liat tersebut:
“Cadangan PAS Pasir Mas yang saya sendiri mewakilinya, telah menyebabkan PAS mengambil satu sikap menyokong National Convention, tetapi tidak terikat kepadanya sekiranya langkah-langkah National Convention itu pada pendapat PAS akan merugikan orang Melayu dan Islam.”

Di sana dengan lantang Ustaz Amaludin Darus berkata:


“Kita hendaklah tegak untuk meminpin manusia dan bukan untuk membonceng sesiapa pun jua. Sesungguhnya saya telah melakukan sesuatu bagi mengekalkan PAS sebagai sebuah organisasi Muslimin di negara kita untuk bebas dan berdikiri, yang mana berikutan dengan peristiwa inilah saya telah mencadangkan supaya undang-undang tubuh PAS dipinda bagi menentukan tidak ada orang yang menjadi anggota parti politik lain, dibolehkan untuk dipilih sebagai ahli jawatan kuasa agung PAS dan pegawai-pegawai yang mengendalikan urusan PAS.”

Pindaan ini telahpun diterima di dalam Muktamr Agung Ke 3 berikutnya.


Kegagalan Haji Ahmad Fuad mendapatkan sokongan ahli dan penyokong-penyokong PAS seperti yang disebutkan, sekali lagi menunjukkan kesedaran mendalam mengenai politik Islam di kalangan ahli dan penyokongnya telah wujud, walaupun PAS sendiri ketika itu masih berada pada tahap yang lemah. Kesedaran Islam di kalangan ahli dan penyokong PAS inilah yang menjadikan satu ciri keistimewaan kepada perjuangan PAS, walaupun sepanjang sejarah perjuangannya ramai di kalangan pemimpin atasnya meninggalkan parti, namun parti terus hidup, malah lebih kental dan subur.

Di sebalik perselisihan dan perbedaan pendapat dalam PAS itu, rupanya ada kebaikan-kebaikan yang tersembunyi. Proses pembersihan dari taksub atau fanatik kepada seseorang pemimpin yang rapat dengannya, sehingga membelakangkan kebenaran dan keadilan Islam telah berlaku. Proses pengikisan sifat-sifat asabiah dalam ertikata bantu membantu atau sokong-menyokong sesama kaum sendiri dalam perkara mungkar dan kezaliman dalam jamaah Islam sudah bermula.

Kekotoran asabiah yang membaluti tubuh perjuangan Islam sudah terhakis dan dikikis, tanda kekilatan cahaya wadah Islam akan mula terpancar. Tandanya PAS kini sudah lepas bebas tidak lagi dibelenggu oleh mana-mana individu dan organisasi. Tandanya lagi, kebangkitan Islam telah bersama-sama kebangkitan PAS, kerana PAS adalah wadah Islam. Kebangkitan PAS adalah kebangkitan kebebasan dan kebangkitan Islam.


Rujukan:


1.Hasil dari interbiaw penulis dengan Pegawai-pegawan Pejabat Agung PAS, Ustaz Amaluddin Darus, Ustaz Osman Hamzah, Ustaz Baharuddin Latif, Ustazah Hayati dan lain-lain sekitar tahun-tahun 80an.

2. A.K.Hidayat-PAS 1551-1991 Tercabar-Mencabar. Terbitan GG Edar KL

3.Risalah & buku-buku kecil terbitan Jabatan Penerangan PAS Pusat sekitar 80an dan 90an..

Thursday, April 15, 2010

aku merenung


semut atau seremut hitam
atas batu hitam
pada malam yang kelam.

Pernah dengar tak kata-kata sebegini. Aku selalu dengar sejak di bangku sekolah lagi. Aku masih ingat seorang kawan aku selalu bagi tazkirah di surau sekolah aku dulu dan suka sangat guna perkataan ini. Beliau kata inilah kata-kata dari Imam al Ghazali RA (Aku rasa ni kata-kata dari seorang sahabat nabi SAW, takpe itu bukan persoalan pokok). Tetapi baru-baru ini aku mendapat berita bahawa sahabatku seorang ini telah berubah arah. Orang kampung saya kata TWIST. Daripada seorang yang suka memberi tazkirah kepada yang sebaliknya, aku harap berita ini tidak benar atau separuh benar sahaja. Oh tidak mengapa!! itu bukan persoalannya semoga beliau kembali ke jalan kebenaran InsyaAllah.

Aku cuba nak bawak sini bahawa keikhlasan adalah suatu yang SUKAR! Sangat sukar untuk kita betul-betul mengikhlaskan diri. gapo sebenarnya iklas tu. KAlau ikut hok aku faham , ikhlas ni bilo kito buat sesuatu HANYA semata-mata kerna kita mencari keredhaan ALLAH, bukan ado udang disebalik mee hun atau mee.

Al Syahid Imam hassan Al banna pernah royak bahawa ikhlas adalah setiap muslim mestilah hanya mengharapkan keredhaan Allah dan ganjaran dariNya sahaja. Segala perkataan, amalan, jihad tidak memandang kepada sebarang keuntungan, kemegahan, gelaran atau kedudukan pangkat. Dengan itu seseorang itu menjadi tentera fikrah dan akidah, bukan tentera yang mengejar sesuatu atau kepentingan.

Firman Allah swt di dalam surah Al-An’am 162-163 yang bermaksud :

“Katakanlah olehmu: Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah kerana Allah Tuhan semesta alam. Tidak ada sekutu bagi-Nya dan dengan yang demikian itulah aku diperintahkan.”

jadi gapo tanda-tando kito ikhlas?

Apakah sifat yang berlawanan bagi ikhlas?

Apakah itu riya'

apakah tanda tanda bagi ornag riya'

Sama-sama kita jawab soalan tu sendiri.

YA Allah jadikanlah aku tergolong dalam golongan orang-orang yang ikhlas. Ameen.

Wednesday, April 14, 2010

mari berpantun


burung pungguk burung pipit
saya tumbuk awak sakit

saya tumbuk awak sakit
gigit jari sambil menjerit

gigit jari sambil menjerit
sampai lidah pun terkepit

_________________________
_________________________

anak ikan makan umpan
jalan jalan cari makan

jalan jalan cari makan
jumpa joran ambik simpan

jumpa joran ambik simpan
untuk cucu masa depan

cucu cucu masa depan
makin lama kurang sopan

lama lama kurang sopan
adab hidup seharian

adab hidup seharian
punah ranah angkara syaitan

angkara syaitan punah ranah
manusia syaitan jadi pemerintah

manusia syaitan jadi pemerintah
ikut nafsu tanpa dibantah

ikut nafsu tanpa bantah
walau terang terang dia yang salah

aku rasa pantun aku ni tak ikut format pantun yang digariskan oleh DBP tapi hanya sekadar nasihat untuk diri yang yang lemah ini. tiada tujuan untuk ditujukan kepada mana-mana pihak samaada yang hidup atau yang telah mati.

Monday, April 12, 2010

nota tambahan 2 dalam sejarah PAS 4

Tambahan ll:

Biodata Haji Abdullah Fahim


TUAN Guru Haji Abdullah bin Ibrahim lebih terkenal dengan nama Haji Abdullah Pak Him merupakan seorang tokoh ulama yang banyak memberi jasa kepada pekembangan Islam dan politik di Seberang Perai. Tuan Guru Haji Abdullah telah dilahirkan di Makkah kira-kira 1869. Ayahnya Haji Ibrahim bin Tahir yang berasal di Patani ialah seorang guru al-Quran di Makkah. Haji Ibrahim mempunyai ramai murid di Makkah dari Malaysia, Indonesia dan Patani. Demikian dijelaskan oleh anaknya, Dato' Haji Ahmad Badawi.


Oleh kerana bapanya itu seorang ulama yang lama tinggal di Makkah, iaitu di Shi’b Ali, yang tidak jauh dari kaabah, maka anaknya Dato' Haji Ahmad Badawi telah berminat mendalami pelajaran agama dan al-Quran sejak dari kecilnya lagi. Haji Abdullah adalah ahli UMNO yang pertama di Seberang Perai, yang berdaftar di Johor kepada Dato’ Onn bin Jaafar. Beliau mengambil bahagian cergas dalam perjuangan untuk memerdekakan Malaya dan membuat ramalan bahawa tahun 1957 adalah perlu bagi Malaya mencapai kemerdekaan dan perjuangan yang sesungguhnya perlu dilancarkan. Sekolah Agama Kepala Batas yang ada sekarang telah didirikan oleh Haji Abdullah Pak Him pada tahun 1344 Hijriah dan beliau adalah orang yang pertama mengajar Hadis di situ.


Sekolah ini sekarang mempunyai dua bentuk pengajian iaitu umum (adami) dan berperaturan (nizami). Kini menampung seramai 1,500 orang murid. Sekolah ini berkembang pesat di bawah pengurusan anaknya, Dato' Haji Ahmad Badawi. Haji Abdullah Pak Him bukan sahaja mengembangkan Islam di Seberang Perai, tetapi beliau telah mengajar di Kuala Kangsar ketika pemerintahan Jepun di Malaysia. Semasa di Kuala Kangsar baginda Sultan Iskandar pernah berbincang dengannya dalam masalah Agama kerana baginda sangat berminat dalam hal Agama.


Beliau pernah menolak tawaran menjadi Syeikh al-Islam Kedah kerana bimbang meninggalkan sekolahnya yang sedang berkembang. Walau bagaimanapun setelah desakan yang sangat kuat oleh pihak berkuasa dan demi menjaga kedudukan Islam beliau terpaksa menerima jawatan Mufti yang pertama di Pulau Pinang setelah merdeka. Beliau menjadi Mufti selama 5 tahun. Kebolehan dan kepintaran Haji Abdullah Pak Him memang tidak dapat dinafikan, di samping seorang mufassir (ahli tafsir), ahli falak dan ahli hadis beliau juga seorang yang pintar dalam syair-syair arab. Semangat kemelayuan Haji Abdullah Pak Him sangat kuat.


Beliau membuat tindakan yang keras ke atas orang yang anti-Melayu. Beliau pernah menyerang dan meninggalkan suatu majlis yang cuba mengecil-ngecilkan orang Melayu. Beliau juga mengecam golongan yang cuba memecah-belahkan orang-orang Melayu dengan ajaran-ajaran selain dari Mazhab Syafie. Haji Abdullah Pak Him juga mengharapkan orang Islam tidak berselisih faham antara satu sama lain malah bersatupadu bagi mengukuhkan kedudukan.

nota tambahan 1 dalam sejarah PAS 4

Tambahan l:


Sheikh Abdullah Fahim: Ketua Dewan Ulama PAS Pertama.

Dilulus terbit pada Tuesday, July 01 @ 23:30:21 MYT oleh reformis. Artikel Pilihan Oleh hanahumaira. Mohd Fadli Ghani, Jabatan Arkib PAS.


KEPULANGAN Sheikh Abdullah Fahim, seorang ulamak dan guru di Masjidil Haram ke Tanah Melayu pada 1922 telah mencetuskan pemikiran baru tentang perjuangan kemerdekaan di kalangan rakyat negara ini. Sheikh Abdullah Fahim atau nama sebenarnya Abdullah bin Ibrahim adalah ulamak berdarah campuran Arab-Pattani yang berasal dari Makkah. Beliau dilahirkan di Kota Suci pada 1869 di mana ayahnya, Sheikh Ibrahim bin Tahir adalah guru di Masjidil Haram semenjak berhijrah dari Pattani ke Kedah, kemudian ke Seberang Perai sebelum ke Makkah ketika berlakunya Perang Pattani-Siam pada 1830-an. Dengan keistimewaan beliau sebagai anak seorang ulamak di Makkah, Haji Abdullah telah mengambil kesempatan untuk mendalami pelbagai ilmu agama di sana. Sepanjang pengajiannya, Haji Abdullah telah berjaya menguasai ilmu-ilmu agama seperti usuluddin, fiqh, tasawuf dan tarekat, tafsir al-Quran, hadis, falak serta ilmu alat seperti arudh dan qawafi dalam rumpun sastera Arab.


Beliau dikata berguru dengan lebih 50 orang ulamak dan mendapat 42 ijazah dalam pelbagai bidang pengajian termasuk politik. Dengan kedudukan ilmu beliau ini, Haji Abdullah telah diterima sebagai salah seorang guru di Masjidil Haram sehingga 1921. Beliau telah turun ke Tanah Melayu pada 1921 kerana semangatnya untuk memperjuangkan pembebasan tanah air dan bangsanya dari belenggu penjajah. Selepas pulang ke Tanah Melayu, beliau dijemput oleh Sheikhul Islam Kedah, Sheikh Wan Sulaiman Wan Sidiq untuk mengajar di Pondok Wan Sulaiman atau Madrasah Limbongan Kapal (kini Maahad Mahmud) selama empat tahun.

Pada 1926, beliau kembali ke Kepala Batas dengan tujuan menubuhkan sebuah institusi pendidikan bagi melahirkan anak bangsa yang boleh memperjuangkan kemerdekaan negara. Beliau menamakan pusat pengajiannya sebagai Madrasah ad-Daeratul Maarif al-Wathaniyah . Perkataan al-Wathaniyah atau Bumiputera itu jelas memperlihatkan semangat kemerdekaannya. Tuan Guru Haji Abdullah Fahim bukan sahaja mengasas dan mengajar di sini, tetapi turut menjadi mudir sehingga 1930. Antara murid beliau yang paling terkenal ketika ini ialah Ustaz Abu Bakar al-Baqir, pengasas Hizbul Muslimin. Di sini, Haji Abdullah telah memperkenal pengajian berkelas (nizami) dan juga umum (adami).


Pada 1930, Sheikh Abdullah Fahim dijemput oleh Sultan Perak untuk menjadi Mudir Madrasah Idrisiyah, Bukit Chandan. Beliau berkhidmat sebagai Mudir Madrasah Idrisiyah sehingga 1946. Antara pelajar beliau di sini termasuklah Ustaz Abu Bakar al-Bakir, Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan dan Prof Zulkifli Mohammed. Setelah meninggalkan Bukit Chandan, Haji Abdullah kembali ke Kepala Batas dan menguruskan Madrasah Daeratul Maarif. Walau bagaimanapun, beliau hanya berkhidmat sebagai penaung, manakala anaknya, Tuan Haji Ahmad Badawi sebagai mudir dan murid kesayangannya, Ustaz Abdul Halim al-Hadi sebagai guru besar. Beliau menolak tawaran untuk dilantik sebagai Sheikhul Islam Kedah kerana menjaga maslahat madrasah ini. Pada 1951, Haji Abdullah Fahim telah dilantik sebagai Mufti Pulau Pinang yang pertama dan beliau berkhidmat selama lima tahun. Selepas itu, beliau hanya menumpukan kepada kegiatan keilmuan di Kepala Batas dengan menjadi guru agama di sana.

Selepas Perang Dunia Kedua tercetus, Sheikh Abdullah Fahim telah mula terlibat dalam politik kepartian dengan menyertai Persatuan Melayu Seberang Perai. Ketika Umno ditubuhkan pada 1946, beliau adalah ahli Umno pertama dari Pulau Pinang. Beberapa ketika kemudian, kerana kemasyhuran beliau sebagai seorang ulama, beliau dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Agama Umno yang kemudiannya dikenali sebagai Bahagian Agama dan Pelajaran Umno. Meskipun menjadi ahli Umno, kemahuan beliau untuk melihat kemerdekaan tidak padam walaupun Umno ketika itu tidak memperjuangkan kemerdekaan.


Ketika murid beliau, Ustaz Abu Bakar al-Bakir menubuhkan Hizbul Muslimin, beliau bukan sahaja memberikan sokongan tetapi telah dilantik mempengerusikan Majlis Penasihat Hizbul Muslimin pada 1948 dan dalam masa yang sama mengetuai Bahagian Agama Umno. Ekoran beberapa krisis dalaman Umno berkaitan sikap Umno terhadap isu-isu agama seperti isu judi loteri, fun-fair, kaberet, isu pemurtadan Natrah dan lain-lain, Haji Abdullah telah berundur sebagai Pengerusi Bahagian Agama pada 1950. Selepas itu, jawatan ini diambil alih oleh muridnya, Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan.


Walaupun Haji Abdullah tidak menyertai dua Persidangan Alim Ulamak Malaya pada 1950 dan 1951, tetapi beliau menghantar anaknya, Haji Ahmad Badawi untuk menyertainya. Apabila Persatuan Ulamak Se-Malaya ditubuhkan di Kuala Lumpur pada 23 Ogos 1951, persatuan tersebut telah merancang mengadakan Persidangan Ulamak di Butterworth pada 24 November 1951 untuk meluluskan undang-undang tubuh dan melantik jawatankuasanya. Haji Abdullah Fahim sebagai Mufti Pulau Pinang telah merasmikan persidangan ini yang akhirnya telah mengambil keputusan menukar nama Persatuan Ulama Se-Malaya kepada Persatuan Islam Se-Malaya (PAS). Haji Abdullah Fahim sendiri dicalon sebagai Yang Dipertua Agung PAS tetapi tewas kepada Tuan Haji Ahmad Fuad.


Sebaik sahaja PAS ditubuhkan, Madrasah Daeratul Maarif telah dipilih sebagai Pejabat Agung PAS yang pertama sebelum berpintah ke Bukit Mertajam. Selepas itu ia kembali ke madrasah ini pada 1953 sebelum menumpang beberapa ketika di rumah Setiausaha Agung PAS, Haji Ahmad Maliki iaitu berhampir madrasah ini juga. Kerana penyertaan Haji Abdullah dalam PAS, hampir seluruh murid dan keluarganya menjadi tenaga penting PAS. Turut menyertai PAS di kalangan jawatankuasa madrasah ini ialah Cikgu Ahmad Awang, Ustaz Abdul Halim al-Hadi, Ustaz Abdul Kadir Kamal dan Ustaz Mohd Saghir. Di kalangan keluarganya pula ialah anaknya, Haji Ahmad Badawi; menantunya, Hajah Kailan Hassan; iparnya, Haji Mansor Hassan JP dan beberapa yang lain.


Pada 3 April 1952, Jawatankuasa Agung PAS telah memutuskan untuk menubuhkan Dewan Ulama PAS bagi menyatukan tenaga ulama dan mengelola urusan hukum-hukum agama, maka Sheikh Abdullah Fahim telah dilantik sebagai Ketua Dewan Ulama PAS yang pertama. Antara langkah penting dilaksanakan oleh beliau ialah mengadakan perjumpaan sekolah-sekolah agama rakyat pada 22 Mei 1952 bagi merundingkan usaha untuk menyatukan sekolah agama dan membentuk kumpulan wang untuk membangunkan sistem pendidikan tersebut. Beliau juga telah membuka Pejabat Dewan Ulama PAS di Madrasah Khairiyah, Pokok Sena iaitu sekolah milik Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussein.


Pada akhir 1953, telah berlaku krisis kepemimpinan PAS ekoran sokongan PAS terhadap National Convention tajaan Tunku Abdul Rahman. PAS mula membentuk disiplin parti dengan mencegah pimpinan PAS menjadi ahli parti lain. Pada Ogos 1954, bertempat di Madrasah ad-Diiniyah, Bagan Serai, PAS meluluskan usul tersebut. Akibatnya, beberapa pimpinan PAS seperti Haji Zabidi Ali, Tuan Guru Haji Yahya Junid, Haji Maansor JP, Tuan Guru Haji Huseein Che Dol, Haji Ahmad Maliki dan Haji Ahmad Badawi terpaksa memilih untuk kekal dalam PAS atau menjadi ahli Umno. Haji Hussein Che Dol, Haji Ahmad Badawi dan Haji Ahmad Maliki memilih untuk meninggalkan PAS dan kekal bersama Umno. Pendirian ini turut diambil oleh Sheikh Abdullah Fahim.


Walaupun tidak lagi bersama PAS selepas 1954, Haji Abdullah Fahim selaku Mufti bersama Ustaz Abdul Halim al-Hadi (Guru Besar Maarif Wathaniyah) dan Sheikh Salleh Masri (Pengerusi Majlis Penasihat Agama Pulau Pinang) telah mengeluarkan fatwa mewajibkan umat Islam keluar mengundi dan melarang mereka mengundi calon bukan Islam dalam pilihan raya 1955. Isu ini menjadi hangat kerana ia dilihat merugikan Perikatan dan Setiausaha Agung PAS, Cikgu Ahmad Awang pula menyokong fatwa ini. Pada 31 Mei 1955, pendaftaran PAS telah diluluskan dengan beralamat di Arabic School, Kepala Batas iaitu madrasah milik Haji Abdullah Fahim.


Sumbangan penting Haji Abdullah dalam politik negara ialah menetapkan tarikh kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957. Berdasar keilmuan beliau dalam bidang falak, beliau mengatakan itu tarikh terbaik untuk Tanah Melayu merdeka. Tuan Guru Sheikh Abdullah Fahim telah meninggal dunia pada 27 April 1961 dalam usia 92 tahun. Beliau meninggalkan tiga anak termasuk Tuan Haji Ahmad Badawi iaitu bapa kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.- tajdid.

Sejarah PAS siri 4

BNU HASYIM: Fokus Sejarah PAS siri 4


PADA 23 Ogos 1951, adalah hari perasmian penubuhan Persatuan Ulama Se Malaya di Bangunan Kelab Melayu Bagan, Butterworth. Setelah masing-masing setuju penubuhannya, undang-undang tubuhpun dibahas untuk disahkan.


Seorang perwakilan dari Persatuan Al-Ihya Al-Syarif, Gunung Semanggul Perak, membahas nama yang tertera di rangka undang-undang tubuh tersebut. Beliau adalah Ustaz Uthman Hamzah bekas anggota Hizbul Muslimin dahulu. Beliau mencadangkan nama Persatuan Ulama Se Malaya dipinda kepada Persatuan Islam Se Malaya, atau sebutan ringkasnya PAS.


Alasannya, kerana ahli-ahlinya terbuka kepada umum, yakni orang-orang Islam yang akil baligh (tidak semestinya ulama) dan beberapa alasan lain. Beliau, meragui penyertaan ulama yang kurang memuaskan. Cadangannya tidak diterima oleh jawatankuasa penaja dan Puan Dasimah Dasir yang mewakili Kaum Ibu UMNO, terus menjadi perbahasan. Pengerusi waktu itu adalah Haji Mohd Ghazali Abdullah, yang menghadkan kepada tiga nama sahaja untuk diundi.


Iaitu :


i.Persatuan Islam Se Malaya (PAS) yang mendapat undi sebulat suara.

ii.Persatuan Ulama Se Malaya.

iii.Persatuan Muslimin Tanahair (PERMATA) atau Pertubuhan Islam Malaya (PERTAMA).


Maka PAS ditubuhkan hasil dari muktamar tersebut. Alamat pejabatnya waktu itu: No 721, Kepala Batas, Seberang Prai.


Tujuan-tujuan awalnya ialah:


1.Mewujudkan satu perikatan persaudaraan Islam untuk membentuk satu tenaga bersama bagi menyelenggarakan segala tuntutan Islam dan siasah yang berdasarkan demokrasi.

2.Menumpukan segala ikhtiar dan tenaga untuk menyatukan perlembagaan pentadbiran agama di seluruh negara.

3.Memelihara dan mempertahankan hak-hak kepentingan dan kehormatan agama dan umat Islam.

4.Bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan siasah yang lain di dalam negara ini, yang dasar dan tujuannya tidak berlawanan dengan ajaran-ajaran agama Islam di dalam mencapai demokrasi, keadilan masyarakat dan kemanusiaan.


5.

‘Pegawai-pegawai persatuan’ atau pimpinannya terdiri dari;

i.Seorang Yang Di Pertua.

ii.Seorang Timbalan Yang Di Pertua.

iii.3 orang Naib Yang Di Pertua.

iv.Seorang Setiausaha Agung.

v.Seorang Bendahari

vi.12 Ahli Jawatankuasa. Mereka hendaklah dipilih dan dilantik dalam mesyuarat agung, kecuali 1/3 dari ahli jawatankuasa hendaklah dilantik oleh Yang Di Pertua.


Jawatan mereka hanya setahun, iaitu hingga bertemu mesyuarat agung tahun hadapan. Tugas-tugas dan kewajipan juga terdapat dalam undang-undang tubuh Persatuan Islam Se Malaya tersebut.


Antara barisan kepimpinan pertama yang dilantik menerajui PAS termasuklah:


1.Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan - Yang Dipertua Agung

2.Tuan Haji Ahmad Ghazali Abdullah - Timbalan Yang Dipertua Agung

3.Tuan Haji Hussin Che Dol - Naib Yang Dipertua Agung (Utara)

4.Fakir Muhammad Nor - Naib Yang Dipertua Agung (Tengah)

5.Abdul Rahman Jamaluddin al-Jambuli - Naib Yang Dipertua Agung (Selatan).

6.Tuan Haji Ahmad Maliki - Setiausaha Agung

7.Tuan Haji Ahmad Tuan Hussein – Bendahari.

8.


Ahli Jawatankuasa pula terdiri daripada:


1.Tuan Haji Yahya Joned

2.Tuan Haji Uthman Talib

3.Tuan Haji Mohammad Nor

4.Tuan Haji Zabidi Ali

5.Tuan Haji Abdul Wahab

6.Tuan Haji Assaiya

7.Muhammad Mahzub

8.Tuan Haji Ahmad Nadur.


Permohonan pendaftarannya dibuat di pejabat Pendaftar Pertubuhan Malaya, di Pulau Pinang. Apabila hampir pilihan raya kebangsaan 1955, barulah kelulusannya didapati, iaitu pada 31 Mei 1955. Registration no 773 (Penang). Rujukan kelulusan pendaftarannya 34 in R. of. S 26/52.


Perkataan ‘Siasah’ dalam undang-undang tubuh atau dasar PAS yang tercatat pada tujuan-tujuan ia ditubuhkan sudah menjadi perkataan agung dan berkuasa. Berkuasa membebaskan PAS sebagai pertubuhan yang berdiri sendiri dan mempunyai power. Berkuasa memisahkan parti Islam itu dari belenggu pemimpin-pemimpin UMNO yang memisahkan politik dengan agama Islam. Berkuasa tidak tunduk dan berlutut di bawah pimpinan yang berfaham seperti penjajah di negara ini.


Mereka yang berfaham sempit tentang agama, meletakkan atau menendang agama ke sudut ibadat khususiah semata-mata. Beragama hanya di surau-surau, masjid, pondok pengajian tidak di parlimen, atau mercu pemerintahan dan kekuasaan. Di katakana perjuangan PAS adalah kesinambungan dari perjuangan Rasul dan Nabi-nabi, adalah kerana perjuangan itu meletakkan hukum Allah SWT ditempat yang paling tinggi sekali di atas kekuasaan yang lain.


Allah dan hukumNya sahaja yang Maha Besar, yang lain semuanya kecil belaka. Al-Qur’an dan hukumNya saja yang Maha Tinggi, perlembagaan lain yang bercanggah dengannya, secara tersendiri terbatal dan rendah belaka. Rasulullah SAW meletakkan Al-Qur’an di mercu perlembagaan Madinah mengatasi hukum-hukum jahiliah lain, termasuk hukum-hukum Yahudi dan Kristen.


Dikatakan juga ajaran pemisahan agama dengan politik yang ketinggalan zaman sejak 2,000 tahun dahulu, telah dibawa semula oleh penjajah Inggeris ke Tanah Melayu adalah berasal dari ajaran Kristen. Ini disebut dalam Injil Mathew 21/22 berbunyi:

“Biarkan hak (urusan) maharaja bagi maharaja, dan hak Allah bagi Allah.”


Bagi agama Kristen, hak atau urusan maharaja dan pemerintah tidak boleh dicampuradukkan, atau disamakan dengan hak Allah atau hukum-hukum agama. Maka hampir seluruh pelusuk dunia, masyarakat umat yang dikatakan Islam telah diracuni dan diresapi oleh wabak sekularisme atau faham ‘agama lain politik lain’ atau ‘agama suku politik suku’ ini. Faham tigasuku (tak lengkap) ini, membuat mereka keliru makna agama yang sebenarnya.


Makna ‘agama’ sebenarnya berasal dari bahasa Arab iaitu ‘ad-deen’. Semata-mata dari segi bahasa ertinya;

“Penyembahan, pengabdian kepada Allah atau kepada kekuasaan yang Agung.” – Jabran Masud, Al-Raaid, Darul malaiien, Beirut, ms 688.


Dari segi istilah pula bermaksud;

“Pegangan yang lengkap sempurana(complete), merangkumi jurusan-jurusan ibadat, panduan hidup, dan lain-lain perkara yang boleh menjamin wujudnya perkara-perkara tersebut.” – Said Hawwa, Al-Islam Juzuk 1 ms 13.


‘Pegangan’ yang dimaksudkan di sini ialah aqidah. Aqidah bermaksud apa yang termasuk di bawahnya; Beriman dengan Allah, malaikat, kitab, rasul, hari kemudian dan percaya kepada qadak dan qadar.


‘Ibadat’ yang disebutkan di atas pula, ialah yang termasuk di bawahnya: Menyebutkan dua kalimah syahadat, sembahyang, puasa, zakat dan tunaikan haji di Makkah.


‘Panduan Hidup’ atau manhaj hayat pula, adalah termasuk di bawahnya: Sistem politik, sistem ekonomi, sistem ketenteraan, sistem pelajaran, sistem pembentukan akhlak dan sistem pergaulan.


‘Lain-lain Perkara’ atau muaidad adalah termasuk di bawahnya; Berjihad, melakukan perkara kebaikan (maaruf), mencegah perkara jahat (mungkar), hukuman dan siksaan.


Jadi, makna agama itu amatlah luas ruang lingkupnya, meliputi seluruh cara dan bidang kehidupan atau way of life yang lengkap sempurna, bermula dengan Kalimah Agung Tertinggi ‘La Ilaha Illallah’ yang sebesar-besarnya, hingga sekecil-kecilnya, membuang duri halus bagi memudahkan orang lalulalang di jalan. Apa lagi masalah kepimpinan, kenegaraan, pemerintahan, politik atau siasah??


Mari kita lihat apa makna siasah atau politik…


Menurut Ahmad Atiatullah di dalam ‘Al-Kamus Al-Siasi’ Darul Nahdhat Al-Arabiah, halaman 661. Siasah ertinya;

“Hal ehwal pentadbiran Negara atau usaha kea rah mendapatkan kekuasaan untuk memerintah.”

Dalam kefahaman yang lain, siasah bererti;

“Mengurus pemimpin umat dan mengambil berat (bertanggung jawab) mengenai urusan mereka.” - Jabran Masud, Al-Raaid, Darul Malaiien, Beirut, ms 795.


Jadi, perkataan ‘siasah’ dalam undang-undang tubuh PAS yang diluluskan di dalam muktamar tersebut, bukan sahaja satu siasah untuk berpisah dengan pertubuhan politik UMNO yang tidak Islamik itu, tetapi kesannya adalah sebagai suatu siasah pengumuman dan pengisytiharan kepada rakyat Malaya waktu itu, kepada yang Islam atau bukan Islam, yang faham Islam atau tidak faham Islam, yang sekularisme atau materialisme, bahawa di dalam Islam itu ada politik.


Lebih-lebih lagi apabila PAS menyertai pertandingan dalam pilihan raya umum yang pertama tahun 1955 sebelum merdeka. Sehingga berkatalah penulis-penulis politik.

“Sebuah parti politik bernama Persatuan Islam Se Malaya telah muncul.” - N.J. Funston.

“Ia adalah parti politik Islam yang kedua tertubuh dalam sejarah politik negara.” – Amaluddin Darus.


Malang bagi pemimpin-pemimpin yang buta siasah, menganggap siasah hanya barang lapuk dari agama yang bukan dari politik mereka. Tapi mereka lalai, akhirnya mereka mula dihantui atau ditakuti oleh bayang-bayang siasah yang mula bersiasah…


Rujukan:

1.Ahmad Atiatullah, Al-Kamus Al-Siasi’ Darul Nahdhat Al-Arabiah, halaman 661.

2.Jabran Masud, Al-Raaid, Darul malaiien, Beirut, ms 688.

3.N.J. Funston -Malay Politics In Malaysia: A Study of UMNO and PAS, Kuala Lumpur.

4.Said Hawwa, Al-Islam Juzuk 1 ms 13

5.Hasil dari interbiaw penulis dengan Pegawai-pegawan Pejabat Agung PAS, Ustaz Amaluddin Darus, Ustaz Osman Hamzah, Ustaz Baharuddin Latif, Ustazah Hayati dan lain-lain sekitar tahun-tahun 80an.

Tuesday, April 6, 2010

Sistem Pendidikan negara

Sistem pendidikan adalah satu sistem yang terpenting dalam negara. Sistem yang akan menentukan halatuju bangsa pada masa depan. Hari ini kita telah disajikan dengan pelbagai bentuk sistem pendidikan. Dasar pendidikan yang tidak konsisten dan sebagainya.

Aku nak bawak satu contoh yang aku sangat terkilan, bagaimana dengan senang dan lenang kerajaan menukarkan sistem pembelajaran matematik dan sains kedalam bahasa Inggeris (PPSMI) dengan tanpa satupun kajian yang mendalam, aku hairan , dia buat negara ini macam bapak dia punya, tanpa merujuk kepada pakar-pakar bahasa mereka sewenang-wenangnya bertindak secara sedemikian( Sekarang ni mereka telah bersetuju untuk mansuhkan PPSMI pada 2011, itu janji mereka)

Sistem pendidikan kita juga telah menyebabkan masyarakat yang ada pada hari ini, Lihatlah dalam berita metro semua beritanya adalah 18sx sahaja (ANDAINYA BERITA ITU BETUL LAH!), lihat sahaja di sekeliling kita, tak perlulah tengok kat KL, aku tengok kat temerloh pun dimalam-malam hari di tepi-tepi sungai penuh dengan kunai-kunai malam bersama bunga-bunganya. Apa nak jadi dengan masyarakat kita 20 tahun lagi!!!

aku teringat satu kenyataan Professor Zulkefli Muhammad, seorang bekas pimpinan PAS dan Ahli parlimen , Islam di negara kita tidak akan mencapai keagungan melainkan dengan 2 jalan iaitu jalan pendidikan yang sempurna (iaitu sistem pendidikan yang bersifat mendidik) dan sistem politik Islam yang secara keseluruhan.

sekadar pendapat peribadi aku.

Berita Sedih


Buat sahabatku yang tercinta, aku tahu engkau terpaksa menghadapi ujian kegagalan yang seterusnya setelah engkau telah bersusah payah dalam mengharungi ujian dan dugaan selama lebih kurang setahun bertarung di Ipoh.

Tiada kata indah dan penenang yang mampu aku ucapkan kerna aku tahu aku tidak mampu untuk berbuat demikian. Kerna aku tahu engkau menghadapi ujian yang dasyhat dan tidak diuji kepada yang lain. Kerna ku belum pasti sama ada dapat menghadapi ujian tersebut andainya aku berada pada tempat mu.

Aku hanya mampu berdoa agar engkau terus diberi kekuatan oleh Nya. Ingatlah setiap yang Dia rancangkan adalah yang terbaik bagi kita, ingatlah Firman Nya WAMAKARU WAMAKAROLLAH, WALLAH HU KHOIRULMAKIRIN, Ingatlah kita merancang dan Allah merancang dan perancangan Allahlah yang terbaik walaupun perancangan tersebut tidak sama seperti yang kita rancangkan.

Sahabatku,
Aku tahu engkau mampu untuk mengahadapi mehnah ini, ingatlah ayat Allah yang selalu kita baca setiap pagi dan petang, LAYUKALIFULLAH HUNAFSAN ILLA WUSHAHA, Allah tidak membenani seseorang melainkan dengan kesanggupannya. Rasanya dengan 2 ayat tersebut mudah-mudahan ianya memberi semangat dalam meneruskan perjuangan ini.

Dan akhir sekali sama-sama kita ambik pengajaran dalam awal ayat ke 3 dalam surah at Thalaq (Surah ke 65), WAYARZUKH HUMIN HAISULA YAHTASIB, dan dia memberinya rezki dari arah yang tidak disangka-sangka.

mudah - mudahan kalian mendapat kekuatan dalam meneruskan perjalanan yang seterusnya dan istiqomah dalam perjuangan ini.

nota tambahan 2 dalam sejarah PAS 3


BERBICARA tentang gerakan Islam di Malaysia, tentu tak boleh memisahkan PAS (Parti Islam Semalaysia) sebagai salah satu bahagian yang cukup dominan dan memberikan warna. Parti Islam yang konsisten menjadi pembangkang dalam pemerintahan Malaysia ini kini mengalami pelbagai fasa dan pasang surut dalam sejarah perkembangannya.

Pilihanraya 2008 tak pelak telah mengubah wajah dan peruntungan PAS. Dari sebuah parti yang dianggap ekstrem, PAS berubah menjadi parti moderat tanpa meninggalkan cita-cita Islamnya dan menjadi salah satu pilihan rakyat Muslim di Malaysia. Di Parlimen, PAS menguasai 10% kerusi, atau menjadi 25% parti pembangkang. Empat tahun sebelumnya, PAS masih belum dianggap siapa-siapa, dan kini parti ini menjadi perhatian umum, dan sekaligus banyak pengamat.

Sejarah PAS

Kemunculan PAS dalam sejarah politik Malaysia bermula dari 23 Agustus 1651. Ketika para ulama Malaysia berkumpul di Kuala Lumpur dan bersepakat mendirikan Persatuan Ulama Se-Malaysia. Namun pada 24 November 1951, nama ini diubah menjadi Persatuan Islam Se-Malaysia (PAS) pada pertemuan ulama Malaysia di Bagan Tuan Kecil, Seberang Prai. Sesuai dengan namanya, PAS memang tidak lepas dari kiprah ulama-ulama Islam di negara itu.

Namun, keterlibatan PAS dalam politik Malaysia baru terjadi pada pilihanraya 1955. Melihat suasana sosial Malaysia ketika itu, PAS akhirnya mulai beranjak diri menjadi sebuah gerakan politik dakwah. Pergeseran dan perubahan ini juga tak lepas dari pengaruh Ikhwan di Mesir, dan Masyumi di Indonesia. Para ulama dan mahasiswa yang sedang belajar di Indonesia dan Mesir sedar bahawa negaranya memerlukan sebuah institusi rasmi yang mewakili dalam semua aspek kehidupan terutama dalam kondisi Malaysia yang sedang dijajah Inggeris saat itu.

Sebenarnya tahun 1947, percik pergerakan sudah dimulai dengan adanya Majlis Tertinggi Agama Malaya (MATA) dan diikuti oleh Hizbul Muslimin setahun kemudian. Keduanya merupakan usaha keras dari Dr Burhanuddin al-Helmy dan Ustaz Abu Bakar al-Baqir. Namun, keduanya tidak cukup bergaung kerana tekanan penguasa.

PAS selalu bertentangan dengan Umno, parti paling besar di Malaysia yang berhaluan nasionalis. Tahun 1950 boleh dikatakan peranan ulama di Malaysia tidak ada apa-apanya. Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan, seorang lulusan Maahad Il Ihya Assyariff, Gunung Semanggol dan seorang tokoh Hizbul Muslimin mengatakan dalam tulisannya yang sampai saat ini menjadi salah satu pedoman PAS bahawa kedudukan ulama tak ubahnya seperti sampah, jika tunduk pada pemerintah dan tidak mempunyai kekuatan apapun. Ketika itu, kondisi masyarakat Malaysia memang menyedihkan kerana banyaknya pemurtadan orang Islam, judi, dan berbagai kesenangan duniawi lainnya, yang dalam hal ini ditaja oleh Umno.

Pada 24 November 1951, Haji Ahmad Badawi, seorang ulama di Seberang Perai mengeluarkan satu manifesto yang dinamakan ’Manifesto al-Badawi’ dengan tema ”Ulama Ke Jalan Allah” untuk menyambut persidangan PAS. Mereka memutuskan supaya PAS menjadi sebuah gerakan politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan ke arah membentuk sebuah negara yang diredhai Allah. Secara tegas, para ulama PAS menolak bentuk-bentuk perjuangan yang didasarkan pada ideologi ciptaan manusia yang dibawa masuk oleh penjajah.

Perkembangan PAS

Dari sejak awal, PAS selalu mengusung agar Islam dijadikan dasar negara yang merdeka. Tahun 1959, PAS memenangi pilihanraya di Terengganu dan Kelantan, dan kemudian membentuk pemerintahan sendiri di bawah Mohd Daud Abdul Samad di Terengganu dan Ustaz Ishak Lotfi Omar di Kelantan sebagai Menteri Besar. Kekuasaan PAS di Terengganu dan Kelantan tidak lama, kerana pada Oktober 1961, PAS berhasil digulingkan oleh hasil permainan politik kotor Perikatan. Hanya Kelantan yang bertahan cukup lama iaitu sampai tahun 1977.

Layaknya gerakan Islam yang memperjuangkan Islam, PAS mengalami restriksi penguasa yang tak suka. Penangkapan, embargo politik, dan pembunuhan rahsia terjadi. Cita-cita PAS untuk menampilkan Islam dianggap sebagai ancaman. Pada tahun 1973, PAS mulai membentuk kerjasama dengan pihak lain, iaitu Perikatan dan BN. Kerjasama ini membuka eskalasi baru kerana PAS menyampaikan Islam dengan lebih terbuka. Selama ini, cara PAS dalam membentuk kestabilan politik negara telah disalahgunakan oleh musuh-musuh politiknya dengan menggembor-gemborkan isu Islamnya.

Tahun 1982, terjadi perpecahan di tubuh PAS dan mereka sekaligus kehilangan kekuasaannya dalam pemerintahan. PAS mengalami krisis kepemimpinan dalam tempoh ini. Campur tangan pihak lain dalam hal ini sangat kental. Misalnya saja pada tahun 1996, PAS berkonflik dengan Parti Melayu Semangat 46, dan pada tahun 1991, dengan Umno.

Kemunculan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyebabkan wujudnya gerakan reformasi dalam tubuh PAS. Pada pilihanraya 2004, walau tidak dominan, Terengganu berhasil kembali dikuasai. Dan puncaknya adalah pada Pilihanraya 2008, yang berhasil merebut hati rakyat di Kelantan, Terengganu dan Selangor. Kini, PAS dilihat sebagai ancamana utama Umno dalam menguasai politik orang Melayu Islam.

Rakyat Islam Malaysia tentu sangat berharap bahwa PAS akan terus konsisten dalam membela kepentingan rakyat. Mereka tidak ingin PAS menjadi parti yang bekerja sama dengan pemerintah namun kemudian banyak mengabaikan kepentingan rakyatnya seperti yang selalu terjadi di negara-negara lain. Selama bertahun-tahun, PAS terus dijadikan pilihan utama rakyat Islam Malaysia, dan satu manuver politik yang kurang perhitungan akan membuat rakyat meninggalkan PAS selama-lamanya. (Di angkat dari Satu Umat))

Oleh MEDIA INDONESIA

Kepada peminat-peminat atau pengkaji sejarah PAS, sila layari blog ini, antara blog terbaik mengenai sejarah PAS..

towardsmardhatillah.wordpress.com/.../histories/

nota tambahan 1 dalam sejarah PAS 3


Tambahan I

Sheikh Abdullah Fahim: Ketua Dewan Ulama PAS pertama

Dilulus terbit pada Tuesday, July 01 @ 23:30:21 MYT oleh reformis Artikel Pilihan Oleh hanahumaira & Mohd Fadli Ghani, Jabatan Arkib PAS

KEPULANGAN Sheikh Abdullah Fahim, seorang ulamak dan guru di Masjidil Haram ke Tanah Melayu pada 1922 telah mencetuskan pemikiran baru tentang perjuangan kemerdekaan di kalangan rakyat negara ini. Sheikh Abdullah Fahim atau nama sebenarnya Abdullah bin Ibrahim adalah ulamak berdarah campuran Arab-Pattani yang berasal dari Makkah. Beliau dilahirkan di Kota Suci pada 1869 di mana ayahnya, Sheikh Ibrahim bin Tahir adalah guru di Masjidil Haram semenjak berhijrah dari Pattani ke Kedah, kemudian ke Seberang Perai sebelum ke Makkah ketika berlakunya Perang Pattani-Siam pada 1830-an.


Dengan keistimewaan beliau sebagai anak seorang ulamak di Makkah, Haji Abdullah telah mengambil kesempatan untuk mendalami pelbagai ilmu agama di sana. Sepanjang pengajiannya, Haji Abdullah telah berjaya menguasai ilmu-ilmu agama seperti usuluddin, fiqh, tasawuf dan tarekat, tafsir al-Quran, hadis, falak serta ilmu alat seperti arudh dan qawafi dalam rumpun sastera Arab. Beliau dikata berguru dengan lebih 50 orang ulamak dan mendapat 42 ijazah dalam pelbagai bidang pengajian termasuk politik. Dengan kedudukan ilmu beliau ini, Haji Abdullah telah diterima sebagai salah seorang guru di Masjidil Haram sehingga 1921.


Beliau telah turun ke Tanah Melayu pada 1921 kerana semangatnya untuk memperjuangkan pembebasan tanah air dan bangsanya dari belenggu penjajah. Selepas pulang ke Tanah Melayu, beliau dijemput oleh Sheikhul Islam Kedah, Sheikh Wan Sulaiman Wan Sidiq untuk mengajar di Pondok Wan Sulaiman atau Madrasah Limbongan Kapal (kini Maahad Mahmud) selama empat tahun. Pada 1926, beliau kembali ke Kepala Batas dengan tujuan menubuhkan sebuah institusi pendidikan bagi melahirkan anak bangsa yang boleh memperjuangkan kemerdekaan negara. Beliau menamakan pusat pengajiannya sebagai Madrasah ad-Daeratul Maarif al-Wathaniyah . Perkataan al-Wathaniyah atau Bumiputera itu jelas memperlihatkan semangat kemerdekaannya.


Tuan Guru Haji Abdullah Fahim bukan sahaja mengasas dan mengajar di sini, tetapi turut menjadi mudir sehingga 1930. Antara murid beliau yang paling terkenal ketika ini ialah Ustaz Abu Bakar al-Baqir, pengasas Hizbul Muslimin. Di sini, Haji Abdullah telah memperkenal pengajian berkelas (nizami) dan juga umum (adami). Pada 1930, Sheikh Abdullah Fahim dijemput oleh Sultan Perak untuk menjadi Mudir Madrasah Idrisiyah, Bukit Chandan. Beliau berkhidmat sebagai Mudir Madrasah Idrisiyah sehingga 1946. Antara pelajar beliau di sini termasuklah Ustaz Abu Bakar al-Bakir, Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan dan Prof Zulkifli Mohammed.


Setelah meninggalkan Bukit Chandan, Haji Abdullah kembali ke Kepala Batas dan menguruskan Madrasah Daeratul Maarif. Walau bagaimanapun, beliau hanya berkhidmat sebagai penaung, manakala anaknya, Tuan Haji Ahmad Badawi sebagai mudir dan murid kesayangannya, Ustaz Abdul Halim al-Hadi sebagai guru besar. Beliau menolak tawaran untuk dilantik sebagai Sheikhul Islam Kedah kerana menjaga maslahat madrasah ini. Pada 1951, Haji Abdullah Fahim telah dilantik sebagai Mufti Pulau Pinang yang pertama dan beliau berkhidmat selama lima tahun.


Selepas itu, beliau hanya menumpukan kepada kegiatan keilmuan di Kepala Batas dengan menjadi guru agama di sana. Selepas Perang Dunia Kedua tercetus, Sheikh Abdullah Fahim telah mula terlibat dalam politik kepartian dengan menyertai Persatuan Melayu Seberang Perai. Ketika Umno ditubuhkan pada 1946, beliau adalah ahli Umno pertama dari Pulau Pinang. Beberapa ketika kemudian, kerana kemasyhuran beliau sebagai seorang ulama, beliau dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Agama Umno yang kemudiannya dikenali sebagai Bahagian Agama dan Pelajaran Umno.


Meskipun menjadi ahli Umno, kemahuan beliau untuk melihat kemerdekaan tidak padam walaupun Umno ketika itu tidak memperjuangkan kemerdekaan. Ketika murid beliau, Ustaz Abu Bakar al-Bakir menubuhkan Hizbul Muslimin, beliau bukan sahaja memberikan sokongan tetapi telah dilantik mempengerusikan Majlis Penasihat Hizbul Muslimin pada 1948 dan dalam masa yang sama mengetuai Bahagian Agama Umno. Ekoran beberapa krisis dalaman Umno berkaitan sikap Umno terhadap isu-isu agama seperti isu judi loteri, fun-fair, kaberet, isu pemurtadan Natrah dan lain-lain, Haji Abdullah telah berundur sebagai Pengerusi Bahagian Agama pada 1950.


Selepas itu, jawatan ini diambil alih oleh muridnya, Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan. Walaupun Haji Abdullah tidak menyertai dua Persidangan Alim Ulamak Malaya pada 1950 dan 1951, tetapi beliau menghantar anaknya, Haji Ahmad Badawi untuk menyertainya. Apabila Persatuan Ulamak Se-Malaya ditubuhkan di Kuala Lumpur pada 23 Ogos 1951, persatuan tersebut telah merancang mengadakan Persidangan Ulamak di Butterworth pada 24 November 1951 untuk meluluskan undang-undang tubuh dan melantik jawatankuasanya. Haji Abdullah Fahim sebagai Mufti Pulau Pinang telah merasmikan persidangan ini yang akhirnya telah mengambil keputusan menukar nama Persatuan Ulama Se-Malaya kepada Persatuan Islam Se-Malaya (PAS).


Haji Abdullah Fahim sendiri dicalon sebagai Yang Dipertua Agung PAS tetapi tewas kepada Tuan Haji Ahmad Fuad. Sebaik sahaja PAS ditubuhkan, Madrasah Daeratul Maarif telah dipilih sebagai Pejabat Agung PAS yang pertama sebelum berpintah ke Bukit Mertajam. Selepas itu ia kembali ke madrasah ini pada 1953 sebelum menumpang beberapa ketika di rumah Setiausaha Agung PAS, Haji Ahmad Maliki iaitu berhampir madrasah ini juga. Kerana penyertaan Haji Abdullah dalam PAS, hampir seluruh murid dan keluarganya menjadi tenaga penting PAS.


Turut menyertai PAS di kalangan jawatankuasa madrasah ini ialah Cikgu Ahmad Awang, Ustaz Abdul Halim al-Hadi, Ustaz Abdul Kadir Kamal dan Ustaz Mohd Saghir. Di kalangan keluarganya pula ialah anaknya, Haji Ahmad Badawi; menantunya, Hajah Kailan Hassan; iparnya, Haji Mansor Hassan JP dan beberapa yang lain. Pada 3 April 1952, Jawatankuasa Agung PAS telah memutuskan untuk menubuhkan Dewan Ulama PAS bagi menyatukan tenaga ulama dan mengelola urusan hukum-hukum agama, maka Sheikh Abdullah Fahim telah dilantik sebagai Ketua Dewan Ulama PAS yang pertama.


Antara langkah penting dilaksanakan oleh beliau ialah mengadakan perjumpaan sekolah-sekolah agama rakyat pada 22 Mei 1952 bagi merundingkan usaha untuk menyatukan sekolah agama dan membentuk kumpulan wang untuk membangunkan sistem pendidikan tersebut. Beliau juga telah membuka Pejabat Dewan Ulama PAS di Madrasah Khairiyah, Pokok Sena iaitu sekolah milik Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussein.


Pada akhir 1953, telah berlaku krisis kepemimpinan PAS ekoran sokongan PAS terhadap National Convention tajaan Tunku Abdul Rahman. PAS mula membentuk disiplin parti dengan mencegah pimpinan PAS menjadi ahli parti lain. Pada Ogos 1954, bertempat di Madrasah ad-Diiniyah, Bagan Serai, PAS meluluskan usul tersebut. Akibatnya, beberapa pimpinan PAS seperti Haji Zabidi Ali, Tuan Guru Haji Yahya Junid, Haji Maansor JP, Tuan Guru Haji Huseein Che Dol, Haji Ahmad Maliki dan Haji Ahmad Badawi terpaksa memilih untuk kekal dalam PAS atau menjadi ahli Umno.


Haji Hussein Che Dol, Haji Ahmad Badawi dan Haji Ahmad Maliki memilih untuk meninggalkan PAS dan kekal bersama Umno. Pendirian ini turut diambil oleh Sheikh Abdullah Fahim. Walaupun tidak lagi bersama PAS selepas 1954, Haji Abdullah Fahim selaku Mufti bersama Ustaz Abdul Halim al-Hadi (Guru Besar Maarif Wathaniyah) dan Sheikh Salleh Masri (Pengerusi Majlis Penasihat Agama Pulau Pinang) telah mengeluarkan fatwa mewajibkan umat Islam keluar mengundi dan melarang mereka mengundi calon bukan Islam dalam pilihan raya 1955.


Isu ini menjadi hangat kerana ia dilihat merugikan Perikatan dan Setiausaha Agung PAS, Cikgu Ahmad Awang pula menyokong fatwa ini. Pada 31 Mei 1955, pendaftaran PAS telah diluluskan dengan beralamat di Arabic School, Kepala Batas iaitu madrasah milik Haji Abdullah Fahim. Sumbangan penting Haji Abdullah dalam politik negara ialah menetapkan tarikh kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957. Berdasar keilmuan beliau dalam bidang falak, beliau mengatakan itu tarikh terbaik untuk Tanah Melayu merdeka.


Tuan Guru Sheikh Abdullah Fahim telah meninggal dunia pada 27 April 1961 dalam usia 92 tahun. Beliau meninggalkan tiga anak termasuk Tuan Haji Ahmad Badawi iaitu bapa kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.- tajdid.

Sejarah PAS 3


TERSIRAT lawannya tersurat. Tersirat, ertinya perkara yang tidak nampak pada pandangan lahiriah, berbanding tersurat pula, ialah perkara yang jelas nampak pada mata kasar secara lahiriah. Hal itulah yang dapat dilihat dalam tujuan dan matlamat penubuhan Persatuan Islam Se Malaya.


Yang tersurat pada pada persatuan tersebut ialah cita-cita yang tertera, tertulis dan diketengahkan untuk tatapan pengetahuan umum, yakni yang diberi dan dipersembahkan kepada Majlis Tertinggi UMNO. Mungkin diberi untuk mendapat persetujuan yang sesuai dengan selera UMNO sebagai anak didik penjajah British. Sebab itulah pada zahirnya persatuan ini hanya lebih bersifat badan kebajikan sahaja. Tidak ada politik-politik kepartian kononnya.


Antara matlamat-matlamat yang bersifat kebajikan itu ialah:


1.Untuk menyatupadukan seluruh orang Melayu tanpa mengira parti politik dan orang Islam rakyat Persekutuan dalam UMNO, atau di bawah naungan atau pimpinan UMNO.


2.Juga pertubuhan ini diharapkan akan dapat menjadi badan persediaan untuk mengganti UMNO yang mulai berjuang menuntut kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, setelah tertolaknya Malayan Union seperti mana badan-badan politik lain. Ini adalah kerana mungkin UMNO juga akan diharamkan oleh pihak kerajaan Inggeris.


3.Pertubuhan ini juga diharapkan dapat membantu UMNO dalam perkara-perkara agama, terutama untuk menyatupadukan Majlis Agama Islam Negeri.


Matlamat yang tersurat ini, mungkin menggambarkan sifat tunduk ulama-ulama kapada Majlis Tertinggi UMNO yang boleh dicucuk hidungnya bagaikan kerbau-kerbau di sawah. Tetapi tokoh-tokoh politik Majlis Tertinggi UMNO itu lupa, bila mereka dekati konon untuk membelainya, belum pun sempat memegang atau merentap cucuk hidung, tiba-tiba tanduk-tanduk runcing kerbau tersebut sudah merembat, menusuk masuk, menembusi dan memburaikan isi perut mereka tanpa sedar walaupun tidak membawa maut. Rupanya mereka bukanlah kerbau-kerbau yang dicucuk hidung!


Maka dengan adanya persatuan ulama itu, sekurang-kurangnya dapat menjadi kumpulan yang pendesak, penuntut, pemujuk atau pengimbang, supaya tidak berleluasanya kemungkaran dalam masyarakat. Samada kemungkaran politik atau luar politik, dan dalam parti atau luar parti itu. Inilah rembatan jalan lembut yang tersirat!!


Yang tersirat inilah yang di dalam perancangan ulama-ulama. Matlamat yang tidak dizahirkan dan cita-cita yang tidak ditonjolkan...yang menjadi srategi mereka. Apakah matlamat itu?


Pada hemat penulis, ulama-ulama ini merasa khuatir dan bimbang dengan tindak tanduk perjalanan UMNO pada waktu itu. Cakap-cakap dan tindakan pemimpin yang kadang-kadang bercanggah dengan Islam dan aqidah. Contohnya, masalah halalkan judi seperti yang disebutkan. Kejahilan merendahkan hukum agama ini akan menjadi virus yang terus merebak ke bidang-bidang agama yang lain. Misalnya menjelang merdeka, bebasnya minum arak hingga benarkan wujudnya kilang arak.


Berkembangnya faham sekularisme (agama tak boleh campur politik). Hina hukum hudud dan Agama Islam. (Kata-kata: Nanti habis batu-batu jalan, kerana nak laksanakan hudud! Kalau ikut agama bila kita nak maju? Macam mana nak hidup, kalau itu haram, ini haram? Dan seumpamanya.) Tidak mencegah mungkar, walaupun kadang-kadang buat baik. Dan sebagainya.


Mengenai sekularisme atau pemisahan agama dengan politik, berterusan menjadi pemisahan antara politik Islam dengan politik kufur atau bukan Islam. Bagi golongan agama ini, UMNO sudah mula menampakkan pekungnya ke arah politik yang bukan Islam. Bahkan UMNO tidak mempunyai cita-cita langsung untuk mewujudkan sebuah negara Islam berdasarkan Al-Qur’an dan Hadith bila merdeka kelak. Apabila hal ini berlaku, taraf ulama sama sahaja seperti di zaman penjajahan, tiada kuasa politik apa-apa.


Ulama hanya jadi tukang angguk, dan baca doa selamat untuk majlis-majlis keraian sahaja, walaupun kadang-kadang ada perkara maksiat di dalamnya. Ulama-ulama hanya jadi tukang baca khutbah (macam mesin penyalin) bukan berkhutbah. Ulama-ulama hanya pandai puji jamban dan tiang letrik (pembangunan pemerintah) dalam khutbah bukan mengislah pemerintah, atau hanya mengajar hukum mandi junub sahaja (bukan hal-hal yang menyentuh pemerintahan dan politik negara).


Mereka sedar hal-hal seperti inilah yang membekukan dan menjumudkan lagi pemikiran ulama-ulama. Mungkin inilah strategi penjajah British memandul dan mengkebirikan pengkayaan pemikiran ulama. Sebenarnya kuasa politik Islam inilah yang ulama-ulama mahukan. Kuasa mentadbir bukan ditadbir. Kuasa memerintah bukan diperintah atau di arah. Kerana Islam itulah sahaja yang paling tinggi, yang lain semua rendah belaka. Sesudah tiada pilihan lagi kerana Hizbul Muslimin diharamkan. Apalagi di saat yang sebelumnya dikatakan ‘perlu bersatu untuk mencapai kemerdekaan’.


Mungkin juga mereka merasakan, satu masa nanti politik Islam dan politik kufur akan bertembung. Bagaikan minyak dengan air, akhirnya akan berpisah atau terpisah. Politik yang tidak diasaskan oleh Al-Qur’an dan Hadith sebagai batu asas atau sauhnya, pasti akan mudah terseret atau diheret oleh air atau banjir yang melanda. Oleh itu tidak hairan bila akhirnya UMNO menjadi parti kebangsaan, asabiah atau pragmatis, walaupun selepas merdeka.


Mereka lupa kata pemimpin mereka selepas baru merdeka dulu mengenai tuntutan perlaksanaan negara Islam, jawabnya, “Mereka (yang bukan Islam) sikit, kita ramai. Kita boleh buat (negara Islam) bila-bila masa sahaja, nak takut apa? ..sabarlah!” Lepas merdeka, setelah berlaku penggabungan dengan Sabah dan Sarawak, bila ditanya perkara yang sama, pemimpin itu juga berkata, “Kita tidak boleh buat, kerana mereka (yang bukan Islam) juga ramai.. Kita kena tanya pendapat mereka dulu.” Orang bukan Islam jadi alasan. Bila lagi nak laksanakan Islam dalam pemerintahan? Nak tunggu orang Islam tak ada?


Mereka yakin pertembungan seperti ini akan berlaku, dan kalau berlaku mereka terpaksa berpisah juga akhirnya. Mereka terpaksa berpisah dengan induknya. Bunga-bunga pertembungan ini sudah menampakkan buahnya pada masa itu. Jika ini berlaku mereka akan beropersi mengikut peraturan dan perlembagaan masing-masing. Mereka pasti akan mengucapkan, selamat tinggal UMNO! Bukan lagi as-salamu ‘alaikum..


Inilah jalan yang patut mereka lalui setelah jalan pertama dan lembut tertutup. Inilah tikaman tanduk runcing tersirat dibalik yang tersurat... Yang tidak difahami oleh UMNO dengan mempermain-main ulama waktu itu.


Rujukan:

Hasil dari interbiaw penulis dengan Pegawai-pegawan Pejabat Agung PAS, Ustaz Amaluddin Darus, Ustaz Osman Hamzah, Ustaz Baharuddin Latif, Ustazah Hayati dan lain-lain sekitar tahun-tahun 80an.

Sunday, April 4, 2010

Siri 2, sejarah PAS

IBNU HASYIM: Fokus Sejarah PAS Siri 2

UMNO (singkatan dari United Malay National Organization) atau PAKEMBAR (singkatan dari Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu), mengapa dikatakan ianya ‘parti yang dibenarkan dan dibelai’ atau parti anak didik penjajah British di akhir tahun-tahun 40an itu? Sebabnya ialah parti itu adalah satu-satunya pertubuhan politik yang diberi laluan dan diizinkan bergerak, bahkan dibantu oleh pentadbir penjajah tersebut.


Hizbul Muslimin, gerakan Islam pertama di Tanah Melayu telah diharamkan. Begitu juga PKMM serta sayap pemudanya API dan sayap wanitanya AWAS turut diharamkan. Begitu juga PETA (Gerakan Pembela Tanah Ayer), BATAS dan Malayan Democratic Youth League juga turut diharamkan.


Kerana itu para ulama dikatakan merasa kekosongan disebabkan ketiadaan wadah Islam. Ulama-ulama dalam UMNO yang benar-benar ingin menegakkan Islam mengambil kesempatan untuk mengisi kekosongan tersebut. Perjuangan mereka menjadi tidak lancar dan tersekat-sekat kerana dasar parti mereka tidak mementingkan Islam lebih dari segala-segalanya. Kadang-kadang lebih mementingkan ekonomi tanpa peduli halal haramnya.


Contohnya. Untuk menambah lagi sumber kewangan UMNO, Kesatuan Melayu Kedah telah mencadangkan supaya Jabatan Agama dan UMNO melaksanakan sistem judi loteri. Menurut Ramlah Adam dalam tulisannya ‘UMNO Organisasi dan Kegiatan Politik’ (Terbitan Mohd Nawi Book Store 1978) menyebutkan:

“..Kesatuan itu faham bahawa loteri tidak dibenarkan dalam Islam. Tetapi loteri itu lebih merupakan derma dan ia bertujuan untuk membaiki kehidupan, yang bukan untuk seorang sahaja tetapi seluruh kaum Melayu yang ada serta menjadi anggota UMNO.”


Cadangan ini disokong oleh Perikatan Melayu Perak cawangan Selama. Menurutnya:


“Mungkin alim ulama akan mengatakan ini haram,tetapi agama kita mengharuskan makan apa saja walaupun bangkai babi, jika tidak ada lain yang patut dimakan. Keadaan ini samalah dengan keadaan ekonomi orang Melayu yang di dalam hutan belukar, maka sudah tentu ‘harus’ untuk dijalankan loteri itu.”


Walaupun terdapat bantahan dari tokoh agama dan para ulama dengan hujah-hujah kukuh dan syar’ie di sekitar tahun 1940an itu, namun sistem loteri yang dikatakan ‘untuk kebajikan masyarakat’ tetap berjalan dan ianya terus menjadi lambang keangkuhan UMNO di dalam meletakkan alim ulama dan hukum Islam di bawah telunjuk mereka.


Menurut Tarmizi Mohd Jam melalui risalah ‘Masa Depan PAS Johor’:


“Salah satu sebab mengapa PAS ditubuhkan ialah sebagai protes kepada UMNO yang pada waktu itu hendak membenarkan judi dan loteri. Tuan Haji Ahmad Fuad, Haji Abdullah Fahim dari Seberang Prai dan Haji Fathullah Suhaimi dari Singapura telah bangun menentang dengan sekeras-kerasnya judi tersebut.”


Kekosongan tiadanya wadah Islam seperti yang disebutkan, boleh diisi dengan menubuhkan sebuah badan yang pada lahirnya berbentuk kebajikan di bawah naungan UMNO. Inilah strateginya. Mungkin dengan sebutan ‘di bawah naungan UMNO’, ianya dapat mengatasi masalah kecurigaan penjajah.


Tulis Tarmizi lagi setelah berlangsungnya muktamar ulama-ulama se Malaya di Butterworth Seberang Prai (menurut Tarmizi pada 23 & 24 November 1951):


“Walaupun penubuhannya tidak dapat restu raja-raja Melayu atas penasihat-penasihat Inggeris yang telah mencium bau kebangkitan Islam, namun PAS berjaya ditegakkan.”


Bagi UMNO pula, sebagai sebuah pertubuhan politik ia perlu berusaha memperoleh sokongan dari pemimpin-pemimpin Islam dan ulama-ulama berpengaruh. Di sinilah kebijaksanaan politik ulama-ulama UMNO dalam usaha membebaskan agama dari cengkaman pemimpin-pemimpin mereka. Mereka telah mengambil kesempatan ini dan telah berjaya menghimpunkan ulama-ulama di Malaya.


Ada lagi yang berpendapat, satu muktamar ulama-ulama Islam peringkat kebangsaan dianjurkan oleh bahagian agama UMNO, yang dipelupori oleh Tuan Haji Ahmad Fuad Hasan antara 21 & 22 Februari 1950 di Bangunan Kelab Muar Johor. Khabarnya UMNO di bawah pimpinan Datuk Onn waktu itu, telah mengeluarkan perbelanjaan sebanyak RM500 untuk membiayai muktamar tersebut. Pengerusi persidangannya ialah Haji Mohd Noh bin Orang Kaya Omar. Sebanyak 46 wakil-wakil negeri dan 300 orang pemerhati telah menghadirinya. Hadirin adalah terdiri dari alim ulama cawangan-cawangan UMNO, wakil-wakil dari Majlis Agama Negeri, dan dari organisasi-organisasi Islam lain. Maka Persatuan Ulama-ulama Se Malaya telahpun ditubuhkan.


Ada lagi yang berpendapat, Persidangan Persatuan Ulama-ulama Se Malaya ke 2 (masih dalam sayap agama dalam UMNO) pula di adakan di Bangunan Kelab Sulaiman Kuala Lumpur pada 23 Ogos 1951.

Tiga keputusan dicapai dalam persidangan tersebut:


1.Mendirikan satu persatuan alim ulama yang bebas.

2.Melantik jawatankuasa sementara bagi menggubal perlembagaan.

3.Meneruskan ikhtiar bagi menyatukan pentadbiran agama dalam Persekutuan Tanah Melayu.


Jawatankuasa kecil bagi menggubal undang-undang yang dipilih terdiri dari Haji Ahmad Tuan Husin, Muhammad Shafie Kuala Lumpur, dan Haji Ayub, Perak.


Menurut Tengku Ismail Abdul Rahman, ketua Jabatan Agama Islam Johor, keinginan ahli-ahli Persatuan Ulama-ulama Se Malaya untuk membentuk satu parti politik Islam yang bebas adalah disebabkan dua perkara penting:


1.Mereka merasa bahawa ini adalah satu cara yang baik untuk mencapai pemusatan hal ehwal Islam.

2.Satu parti politik yang bebas adalah perlu untuk mencapai objektif-objektif tersebut.


Menurut beliau lagi, penyatuan di kalangan pentadbir-pentadbir Islam adalah perlu bagi mencapai reformasi-reformasi yang diingini. Penyatuan seumpama ini tidak dapat dibuat jika persatuannya berada di dalam UMNO, yang undang-undangnya tidak berteraskan Al-Qur’an dan Al-Hadith. Lihat N.J. Funston. -Malay Politics In Malaysia: A Study of UMNO and PAS, Kuala Lumpur.


Ada juga yang berpendapat, beberapa perjumpaan antara ahli-ahli UMNO telah diadakan di Johor, Perak dan Kuala Lumpur. Mereka berjaya membentuk sebuah panatia penaja untuk mengusahakan perlaksanaannya.

Antara yang terpilih ialah:


1.Ustaz Haji Ahmad Fuad Hassan - Pengerusi

2.Ustaz Haji Ahmad Maliki - Setiausaha

3.Tuan Haji Ahmad Badawi Abdullah - Anggota

4.Tuan Haji Ahmad Ghazali Abdullah - Anggota

5.Tuan Haji Ahmad Tuan Hussein - Anggota

6.Tuan Haji Mansor J.P - Anggota

7.Dua tiga orang ulama yang menjadi ahli dari Selangor dan Negeri Sembilan.


Penitia penaja inilah yang berusaha merangka perlembagaan serta menamakan pertubuhan yang dicita-citakan itu, iaitu dengan nama Pertubuhan Ulama Se-Malaya. Penitia ini telah berusaha mengadakan persidangan dengan persatuan-persatuan kebajikan Melayu atau Islam, Majlis Agama Islam Negeri, ulama perseorangan, para kadhi dan juga mufti.


Panitia ini juga memilih UMNO Bahagian Seberang Prai dan Pulau Pinang sebagai tuan rumah persidangan dua hari yang diadakan di Kelab Melayu Bagan, Butterworth Seberang Prai, pada 22 &23 Ogos 1951 bersamaan 21 & 22 Zulkaedah 1370H.


Ada juga yang menyebutkan Ustaz Uthman Hamzah guru Madrasah Ihya As-Syarif juga bekas ahli jawatan kuasa eksekutif Hizbul Muslimin, dan Syed Abdullah Hamid Al-Edrus seorang penulis dan penerbit di Singapura adalah di antara yang memainkan peranan penting dalam penubuhan PAS. Begitu juga penyokong-penykong terdiri dari guru-guru pondok, ustaz-ustaz, imam-imam dan pelajar-pelajar sekolah agama.


Perhatian:

Setelah penulis menghasilkan buku ini, nama asal: ‘1950-2000 Sejarah Kebangkitan Dan Masa Depan PAS Kuasai Malaysia?’ Terbitan GG EDAR Januari 1993, Allahyarham Ustaz Baharudin Abdul Latif, seorang tokoh lama PAS abang kepada Haji Subky Latif datang menemui penulis menjelaskan tentang tarikh tubuh PAS. Menurutnya pada 24 & 25 November 1951, di Kelab Melayu Bagan, Butterworth Seberang Prai. Beliau masih betul-betul ingat lagi, semuanya tercatat dalam dairinya dan masih disimpan.


Tetapi menurut Allahyarham Ustaz Fadzil Mohd Noor, Presiden PAS ke 6 yang penulis temui selepas itu, menetapkan tarikh penubuhan PAS ialah pada 23 Ogos 1951. Maka, kesimpulannya PAS telah ditubuhkan secara rasmi pada 23 Ogos 1951. Bagaimanapun, ada fakta lain yang menyebut PAS ditubuhkan pada 24 November 1951. Namun bagi sesetengah ahli sejarah dan tokoh-tokoh lama dalam PAS, fakta 24 November 1951 adalah tarikh kepastian PAS ditubuhkan.


Di sinilah bermulanya proses kebangkitan PAS. Penubuhan PAS berjaya diusahakan dengan kebijaksanaan dan siasah para ulama. Meraka adalah ulama yang cuba bersungguh-sungguh membebaskan agama mereka dan memegang amanah Allah.


Seperti Sabda Nabi..

-‘Ulama itu pemegang amanah Allah atas segenap makhlukNya’. Riwayat Al-Qudha’iy dan Ibnu Asakir dari Anas RA (hasan).

-Ulama itu pelita-pelita bumi, pengganti-pengganti Nabi.’ Riwayat Ibnu Adi dari Ali RA (dha’if).

-Sesungguhnya ulama di bumi seperti bintang-bintang di langit, dia menjadi penunjuk umat di dalam kegelapan, baik di darat mahupun lautan.’ Riwayat Al-Ajduri dari Anas RA (hasan).

-Ulama itu waris sekelian para Nabi.’ Riwayat Ibnu Nadjar dari Anas RA (hasan).


Jadi, jelaslah.. di mana PAS memang ditubuh oleh orang-orang PAS.


Rujukan:


1.N.J. Funston -Malay Politics In Malaysia: A Study of UMNO and PAS, Kuala Lumpur.

2.Ramlah Adam - UMNO Organisasi dan Kegiatan Politik’ Terbitan Mohd Nawi Book Store – 1978

3.Tarmizi Mohd Jam - Masa Depan PAS Johor

4. Hasil dari interbiau penulis dengan Pegawai-pegawan Pejabat Agung PAS, Ustaz Amaluddin Darus, Ustaz Osman Hamzah, Ustaz Baharuddin Latif, Ustazah Hayati dan lain-lain sekitar tahun-tahun 80an.




aku komen :

1. Dengan mengentahui sejarah dan salasilah PAS, adalah amat mustahil sekali PAS boleh bergabung dengan UMNO dalam membentuk kerajaan kerana matlamat dalam politik dan agama yang berbeza.

2. Tetapi PAS dan UMNO mempunyai beberapa persamaan dan persamaan ini mesti dijadikan point untuk PAS dan UMNO berbincang mengenai halatuju umat ISlam dan mElayu.

3. ini terbukti PAS boleh bekerjasama dengan DAP dan PKR kerana menpunyai beberapa common term (AKU BUKAN BERMAKSUD DAN DAN UMNO BERKERJASAMA UTK MEMBENTUK KERAJAAN)

Fikir-fikirkan!


aku no komen. gambar ni aku ambik dari blog tranungkite. Gambar ni banyak menjelaskan sejarah dan kehidupan org melayu sekarang.


Hidup JEBAT (aku tak cium keris)